Tiada Rampasan Kuasa Tiada Anarki Kepada Rakyat Malaysia Anda Yang Terbaik


KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Sebaik sahaja dingin subuh semakin hilang, berderet kenderaan mula bergerak perlahan penuh sabar menghantar anak-anak ke sekolah seperti biasa, kemudian bertali arus pula di jalan dan lebuh raya berkejaran untuk ke tempat kerja, kehidupan berjalan seperti biasa, gedung perniagaan tetap dibuka, perniagaan terus berjalan lancar.
Tidak ada rampasan kuasa, tidak ada anarki, walaupun buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, negara kini ditadbir oleh perdana menteri interim sahaja tanpa kabinet membantu, susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan, Isnin lepas.
Di sesetengah negara, ini adalah saat yang mengundang kemunculan pihak yang cuba mengambil alih kerajaan menerusi kekerasan, cara yang menyalahi undang-undang, menggembleng kekuatan fizikal, atau mula menggerakkan usaha merampas kuasa sebaik sahaja tiada kerajaan yang mentadbir negara.
Di sesetengah negara, waktu ini anarki bermula, orang ramai mulai merempuh kedai dan gedung perniagaan, tiada siapa yang kenal dengan undang-undang lagi.
Namun di Malaysia keadaan tetap aman, ketenteraman tetap terpelihara, setinggi tahniah dan penghargaan perlu diberikan kepada rakyat Malaysia yang penuh berdisiplin.
Kedai-kedai, gedung perniagaan beroperasi seperti biasa di Malaysia, dan rakyatnya kekal mendapat bekalan harian yang diperlukan, tiada yang kurang, tiada sekatan, tiada catuan atau pembelian panik.
Yang jelas adalah kompleks-kompleks perniagaan kini mungkin tidak meriah sepertimana sebelum ini, gara-gara Covid-19.
Jentera kerajaan masih berjalan seperti biasa di semua peringkat persekutuan dan negeri, dengan orang ramai tidak berhadapan dengan apa-apa masalah, semuanya disebabkan perkhidmatan awam yang cekap dalam negara dan juga kakitangan awam yang kekal berdisiplin.
Malah, 1.6 juta kakitangan awam masih menerima gaji bulanan Isnin lepas, yakni hari kerajaan persekutuan terbubar.
Sebelum ini kematangan demokratik rakyat Malaysia juga telah jelas terserlah apabila kerajaan yang mentadbir negara, ditukar menerusi peti undi pada tahun 2018, tanpa sebarang pertumpahan darah.
Kini, keadaan ketika ini juga menuntut seluruh rakyat untuk meletakkan kepercayaan penuh kepada sistem demokrasi berparlimen.
Ini kerana rakyat Malaysia tahu bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad sedang memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu ini.
Dr Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri ke tujuh pada hari Isnin lepas, dan Yang di-Pertuan Agong yang menerima peletakan jawatan itu kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, beberapa jam kemudian.
Peletakan jawatan Dr Mahathir dibuat susulan perkembangan politk semasa negara, yang dipercayai berkaitan dengan cubaan beberapa pihak menyusun semula gabungan parti kerajaan persekutuan.
Kepada semua rakyat Malaysia, sama-sama kita sanjung kerjasama utuh sesama kita di saat-saat yang penuh mencabar ini, dengan meletakkan kepentingan negara di tempat teratas.
Sumber: BERNAMA
The post “Tiada Rampasan Kuasa, Tiada Anarki”, Kepada Rakyat Malaysia, Anda Yang Terbaik appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/26/tiada-rampasan-kuasa-tiada-anarki-kepada-rakyat-malaysia-anda-yang-terbaik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rampasan Kuasa Dan Kreativiti Rakyat Malaysia

Rampasan Kuasa Dan Kreativiti Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 314 hits
Siapa sangka Tekanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sama ada yang menyokong BN atau Muafakat Nasional mahupun Pakatan Hancing selama hampir dua tahun mampu menzahirkan kreativiti tahap tinggi hari ini Sejak dari malam semalam membawa ...
Bubar Parlimen Adalah Pilihan Terbaik Rakyat Daripada Orang Giler Kuasa Sedang Berebut

Bubar Parlimen Adalah Pilihan Terbaik Rakyat Daripada Orang Giler Kuasa Sedang Berebut

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 274 hits
Sebentar tadi Perdana Menteri Interim Dr Mahathir menyatakan bahawa satu sidang Dewan Rakyat akan diadakan untuk memilih Perdana Menteri yang baru pada hari Isnin depan 2 Mac 2020 Ini berikutan tiada Ahli Parlimen yang didapati mendapat sok...
Apa Sebenarnya Terjadi Di Sebaik Rampasan Kuasa

Apa Sebenarnya Terjadi Di Sebaik Rampasan Kuasa

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 176 hits
Meskipun teka teki perdana menteri kelapan sudah terjawab dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin namun pelbagai teori konspirasi politik mengenai kemelut kepimpinan negara sejak minggu lalu mulai timbul Antaranya mengenai ketegangan dal...
Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Rendah Sampah Penuh Dibuang Dalam Longkang

Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Rendah Sampah Penuh Dibuang Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 234 hits
Ohmedia agak kecewa apabila melihat mentaliti rakyat Malaysia masih rendah kerana membuang sampah sarap merata rata sehingga tidak memikirkan kesan terhadap alam sekitar dan juga masyarakat sekeliling Cuba korang tengok gambar dekat bawah n...
Terbaru 10 Universiti Terbaik Malaysia 2019

Terbaru 10 Universiti Terbaik Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 354 hits
Ranking Universiti merupakan penanda aras kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan tidak kira di peringkat tempatan mahupun global Ranking universiti sentiasa menjadi rujukan para pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat tert...
Bersatu Pkr Tidak Lagi Kuasa Majoriti Dewan Rakyat

Bersatu Pkr Tidak Lagi Kuasa Majoriti Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 247 hits
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Tariq Ismail menasihatkan pemimpin PKR supaya berhenti bercakap mengenai isu peralihan kuasa Ia susulan kenyataan angota Parlimen Selayang William Leong yang mahukan pelan B diaktifkan bagi menekan ...
Kemaruk Promo Kfc 20 02 Rakyat Malaysia Sanggup Beratur Panjang

Kemaruk Promo Kfc 20 02 Rakyat Malaysia Sanggup Beratur Panjang

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 630 hits
Benda nilah yang membuatkan rakyat Malaysia beratur Kfc yang 20 dapat 2 tu Tengok jer lah punya beratur Panjang Hai pembaca blog pakcu lama gak tak menulis bukan sebab tak ada idea tapi kena virus Bukan virus cobit 19 tu tapi ni lebih parah...
Panggil Sidang Dewan Rakyat Tun M Cabar Kuasa Agong

Panggil Sidang Dewan Rakyat Tun M Cabar Kuasa Agong

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 226 hits
Pakatan Harapan menolak cadangan Perdana Menteri Sementara Tun Mahathir untuk memanggil sidang Dewan Rakyat bagi melantik Perdana Menteri Dalam kenyataan medianya Majlis Presiden PH berkata Mahathir tidak wajar mendahului titah Yang di Pert...
Covid 19 Kes Terbaru Libatkan Wanita Rakyat Malaysia Baru Pulang Dari Jepun

Covid 19 Kes Terbaru Libatkan Wanita Rakyat Malaysia Baru Pulang Dari Jepun

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 317 hits
Wabak koronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru paru di bandar Wuhan di wilayah Hubei China Pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan Koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh te...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Lunch Di Kedai Makan Os Gerik Perak

Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi