Apa Sebenarnya Terjadi Di Sebaik Rampasan Kuasa



Meskipun teka-teki perdana menteri kelapan sudah terjawab dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun pelbagai teori konspirasi politik mengenai kemelut kepimpinan negara sejak minggu lalu mulai timbul.
Antaranya mengenai ketegangan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari lalu sehingga membawa kepada keruntuhan kerajaan pakatan itu.
Menurut pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin segalanya bermula apabila team kartel Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bermesyuarat di Hotel Sheraton manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada 23 Februari lalu.
“Dalam mesyuarat tu, Tun M tak setuju kalau nak ambil Umno (satu blok) sebagai sebuah parti.
“Tun M tak nak Zahid, Azeez semua masuk. Kau gila. Penat penat kita berjuang lawan diaorang. Ada yang masuk jel apa semua akhirnya nak terima diaorang balik dan ambil jadi kerajaan?
“Atas dasar prinsip. Tun tolak. Nak terima ahli Parlimen sikit sikit boleh. Bukan satu parti sekali gus macam tu,” katanya dalam satu posting di Facebook.
Adam Mukhriz berkata Dr Mahathir dalam nada menahan sebak memberitahu pimpinan tertinggi parti “jangan paksa saya langgar prinsip saya.”
Antara yang menyokong pendirian Dr Mahathir adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Abu Bakay Yahya, Datuk A.Kadir Jasin dan Ulya Husamudin.
Jelas Adam Mukhriz lagi keputusan itu bagaimanapun tergantung bagi memberikan ruang kepada Dr Mahathir untuk membuat keputusan.
“Azmin waktu tu pun sama nak berharap Tun ubah fikiran. Tun pun balik rumah. Dekat rumah, Haji Hadi, Azmin, Fadilah GPS, Zahid Hamidi, Abang Johari, Tan Sri Muhyiddin semua datang bincang kat rumah pulak next plan.
“Masa ni lah Zahid keluar kan syarat-syarat dia antara jawatan kanan kabinet, kena ambil semua sekali atau tak nak terus, dan minta buat keputusan sekarang juga.
“Kenapa mereka paksa buat keputusan sekarang? Sebab Najib punya kes, Zahid punya kes akan ada keputusan tak lama lagi. Maka mereka perlu keputusan segera! Tun kata kerja bodoh. Belum apa apa dah ugut.
“Okaylah. Malam tu berlaku la Langkah Sheraton. Berpeluk gila sakan. Ku Nan datang macam menteri orang tolong buka laluan, semua yang ada malam tu dah berangan pilih nak kementerian itu ini. Gila! No way!” katanya.
Adam Mukhirz berkata pemimpin Pakatan Harapan mula bertemu dengan Dr Mahathir keesokan harinya.
“Tun tak ada kat office then tahu Tun kat rumah, mereka pergi kat rumah. Ingat tak yang mereka tunggu kat luar? Tun tak sihat. Ye lah stress fikir. Lepas dari tu barulah seorang demi sorang jumpa Tun M dalam rumah.
“Sebelum jumpa ni, mereka ni anggap Tun M la orang paling jahat. Bagi mereka Tun M lah orang yang merencanakan semua ni. Kerajaan Pintu Belakang atau Langkah Sheraton ke apa.
“Selepas jumpa seorang demi seorang jumpa Tun, mereka dah di’explain’ apa semua. Mereka sedar yang Tun M adalah orang yang ikhlas dan berprinsip sebab Tun M boleh jadi PM kepada coalition kepada semua parti tapi waktu tu dah terlambat. Tun M telah pun letak jawatan,” katanya.
Kata Adam Mukhriz lagi, Dr Mahathir tidak mahu menjadi perdana menteri kerana dia tidak boleh memimpin Pakatan memandangkan Bersatu sudah mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan.
“Actually kerajaan PH dah tumbang. Jadi Tun M tak nak jadi PM dalam kerajaan Umno ni tadi. Tun juga letak jawatan Pengerusi Bersatu sebab tak setuju dengan pendirian Bersatu yang dibuat Tan Sri Muhydidin.
“So Tun M pergilah jumpa Agong dan jadi PM Interim. And Agong kata nak jumpa sorang sorang. Malam tu PH buat Majlis Presiden tanpa Tun M. Sebab Tun M bukan lagi Pengerusi Bersatu dia tak boleh hadir.
“Bagi PH pula mungkin ingat Tun M tak ikhlas sebab tak datang. Maka mereka calonkan Anwar sebagai PM,” katanya.
Sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong bertemu semua ahli Parlimen, Adam Mukhriz berkata Agong memaklumkan Dr Mahathir bahawa tidak siapa mendapat majoriti.
Justeru katanya, Dr Mahathir mencadangkan perkara itu dibawa ke Dewan Rakyat tetapi ditolak Speaker.
Susulan itu, pemimpin Pakatan kembali menyokong Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri kelapan.
“Tun setuju untuk jadi PM balik dengan beberapa syarat yang mana mereka pun bersetuju. Sebelum tu, Bersatu buat ketetapan untuk namakan Muhyiddin sebagai PM dan bersetuju dengan Umno dan PAS secara blok. Which is Tun M tak nak.
“Jadi bila pergi ke Istana pagi tu, semua dah bawa nama. Bersatu, PAS, Umno sokong Muhyiddin dan PH sokong Tun M. Warisan datang kemudian,” katanya.
Adam Mukhriz turut berkongsi momen sedih Dr Mahathir apabila beliau kehilangan sokongan beberapa ahli Parlimen yang dianggap sebagai kawan.
“Itu yang Tun M kata dia dikhianati. Ya. Pengkhianatan yang terbesar. Tun M nyatakan Muhyiddin Yassin adalah pengkhianat beliau.
“Banyak pengajaran kita dapat dari cerita ni. Tamak dan gelojoh. Bila ada pemimpin yang mahu itu ini tapi tak reti sabar gini la jadinya. Hati hati dengan orang kita percaya,” katanya.
– Mstar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26591

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Rampasan Kuasa Tiada Anarki Kepada Rakyat Malaysia Anda Yang Terbaik

Tiada Rampasan Kuasa Tiada Anarki Kepada Rakyat Malaysia Anda Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMPUR 26 Feb Sebaik sahaja dingin subuh semakin hilang berderet kenderaan mula bergerak perlahan penuh sabar menghantar anak anak ke sekolah seperti biasa kemudian bertali arus pula di jalan dan lebuh raya berkejaran untuk ke tempat ...
Satu Dunia Tahu Ini Rampasan Kuasa Kata Anwar

Satu Dunia Tahu Ini Rampasan Kuasa Kata Anwar

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Sama ada mengikut prosedur atau pun menerusi undi krisis politik yang melanda negara sehingga membawa kepada pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disifatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai rampasan ...
Rampasan Kuasa Gagal Umno Pas Tarik Balik Sokongan

Rampasan Kuasa Gagal Umno Pas Tarik Balik Sokongan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 251 hits
Rampasan kuasa yang diketuai Azmin Ali boleh dianggap gagal mutlak apabila Umno dan Pas menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Interim Tun Mahathir Mohamad Sebelum ini blok pembangkang itu merupakan penyumbang utama kerusi menubuhkan...
Pemuda Bersatu Tolak Rampasan Kuasa

Pemuda Bersatu Tolak Rampasan Kuasa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 193 hits
Pergerakan pemuda Bersatu Armada menolak usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai Azmin Ali Ahad lalu dan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Interim Tun Mahathir Mohamad Ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berk...
Rampasan Kuasa Gagal Khalid Samad

Rampasan Kuasa Gagal Khalid Samad

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 351 hits
Rampasan kuasa melalui penubuhan kerajaan pintu belakang disahkan gagal Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata pertemuan politik semalam tidak berjaya kerana PM Tun Dr Mahathir tidak ke Istana Negara Beliau juga katanya tidak meny...
Rampasan Kuasa Dan Kreativiti Rakyat Malaysia

Rampasan Kuasa Dan Kreativiti Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 365 hits
Siapa sangka Tekanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sama ada yang menyokong BN atau Muafakat Nasional mahupun Pakatan Hancing selama hampir dua tahun mampu menzahirkan kreativiti tahap tinggi hari ini Sejak dari malam semalam membawa ...
Rampasan Kuasa Yang Aneh Dan Songsang Sesudah Subuh

Rampasan Kuasa Yang Aneh Dan Songsang Sesudah Subuh

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 236 hits
Rampasan kuasa yang aneh dan songsangSESUDAH SUBUHTerkejut dengan kejadian gila SEMALAM kita semua dikejutkan dengan kejadian apa yang saya namakan percubaan RAMPASAN KUASA usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan PH Satu pakatan u...
Kerajaan Baru Satu Rampasan Kuasa Anwar

Kerajaan Baru Satu Rampasan Kuasa Anwar

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 309 hits
Ketua Umum Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menyifatkan situasi politik sehingga tertabalnya Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke 8 sebagai rampasan kuasa Menurutnya bukan sahaja rakyat Malaysia mengetahui gerakan tersebut malah seluruh...
Yb Khalid Samad Apa Berlaku Sepanjang Rampasan Kuasa

Yb Khalid Samad Apa Berlaku Sepanjang Rampasan Kuasa

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 606 hits
Kerajaan pengkhianat dan penyamun bersama Cara tanganinya Muhyiddin terus dilanda masalah Dua menteri bekas kerajaan PH Dr Dzulkefly Ahmad dan Salahuddin Ayub sedang cuba didekati oleh broker politik untuk mengajak mereka bersama Muhyiddin ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025