Kemaruk Promo Kfc 20 02 Rakyat Malaysia Sanggup Beratur Panjang
Benda nilah yang membuatkan rakyat Malaysia beratur
Kfc yang 20 dapat 2 tu. Tengok jer lah punya beratur Panjang.
Hai pembaca blog pakcu, lama gak tak menulis, bukan sebab tak ada idea tapi kena virus. Bukan virus cobit-19 tu, tapi ni lebih parah kot dari cobit-19 tu. Virus tu nama dia M. M-las. Sambung sendiri anakku..
Story hari ni bukan nak cerita pasal tempat makan Makan yang best2, tapi tempias Promo 20.02.2020. Biasalah taukey2 mengaut keuntungan pada tarikh2 yang cantik tuu.
KFC dulu kini dah selamanya. Puihhhhh, tak tulis pun orang dah tau
Beraturlah wahai golongan B40 kemaruk nak kejar Promo 20.02. Sampai ke tangga ko jahhhh!!
Tarikh cantik jer, buat promo bagai, yang aku ni asyik termakan pujuk mereka je, akibatnya tengok dahh beratur panjang macam keretaapi!!!. Tapi nak dapat 20 untuk 2 snak plate punya pasal, lantak lah.
Semua Outlet KFC dah kena serbu lahh!!
Pakcu pergi kat KFC outlet Ss15 Subang, sebab dekat dengan rumah. Tengok dari jauh cantik gak nampak KFC ni kannn.
Pakcu dah pergi dekat 3 outlet lah, mula2 ke KFC Sea park Petaling Jaya baru teringat time ke situ dulu ayam drumsticknya macam ranting kayu, kedekut nak mampos. Lepas tu tukar haluan lak ke KFC Sunway Bussines Park yang kat area mentari court tu, area kawasan gelappp time malam2, bukan tak der lampu tapi sebab kawsan hitamm terkenal dengan aktivitiinya, ehhh kat sini Malas nak que sebab tak de parking lahh weiyehhh. Dan lastnya landing kat KFC SS15 subang jugak, sebabnya dekat kat rumahh, hari pun dah terikkk malas nak fikir2 lagi sebb Tengok gaya sama jer. Rakyat malaysia dah kemaruk Promo 20. Oleh KFC. Kena beratur panjanggg gilerr weiyehhhh.
Sabar jer lahh. Tunggu 2 jam je pun
Tak kisah lah asal matlamat tercapai. Ko mampu ke!!
Next promo macam ni lah, Harga sebenar snak plate RM 14.50. Sekrg cuma hanya RM 20 dapat 2 box
Nak ikutkan selalu je makan KFC ni, #dulodulo nampak biasa lah tak der yang sepecial pada snak plate tu kanss, dapat 2 ketul ayam 1 bun, 1 coslow 1 mash potato. Tapi..Tapi..Tapi..sabar je lah sebab Harga yang rendah, Dah nama promo untuk 20.02.2020. Jadi lah terujaa sangatt dan Nampaknya kami2 yang datang ni memang terlebih eksited dengan harga Bukan sebab AYAM atau produk kannns. Kehkehkeh. Sabo jer lahh.
Ehh kenapa Ramai yang tak sanggup nak tunggu tu!
KFC snak plate lah bukan special sangat pon.
Ehmmm tulah dah cakap berulang2 bukan sebab ayam goreng ni, tapi Pakcu terpengaruh sebab Harga. Please lah nak dibandingkan ayam goreng dengan fastfood restoran satu lagi tu, rasanya yang tu lahh win. Khakhakaha, sorry KFC. Bukan menyampahh tapi sahaja nk kata, Ayam ko ni kecikk + kuraengg ummphhhh dah, nak cari KFC yang time dulo2 lah, ala time ada kids fun club tu. Yang selalu buat promo time cite kartun sabtu ahad. Time tu gila weyehhhh sapa makan KFC mmg loaded. Kehkehkeh sekrang ni potato loaded jer koo.
Okay lah Pakcu makan KFC ni time promo2 jer, tu yang nk disimpulkan, singgah sini sebab nk share berita kat blog ni, sebab lama dah weyehhh berkarat. Tadi dapat 2, tu pon makan satu jer, yang satu simpan tepi.
Korang yang betul2 sayang kt KFC teruskann lahh.
suasana di kaunter KFC SSS15 Subang
Kelam kabut nampak akak kita ni, maklumlah que nya panjang weiyehhh
Tengok kat dapurnya tu, bersusun kotak, seorang boleh redeem 3 jer. Jadi 6 box lah.
Memang dah macam lipass kudung .
Nilah hasilnya untuk pengorbanan berdiri 2 jam semata2 untuk ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.keladionline.com/2020/02/kemaruk-promo-kfc-2002-rakyat-malaysia.html