Tiada Pihak Ketiga Hadir Tuntut Harta Najib 17 Yang Lain


Bernama Sebahagian pasukan anggota polis yang bertugas membawa barang-barang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas untuk membantu siasatan berkenaan kes 1MDB ke dalam trak polis di Pavillion Residence, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, KUALA LUMPUR – Tiada pihak ketiga berkepentingan hadir ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi menuntut harta berupa ratusan beg tangan pelbagai jenama termasuk wang tunai, jam tangan serta 27 buah kereta yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta 16 pihak lain.
Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memberitahu pemberita, mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini bagi kehadiran mana-mana pihak ketiga yang ingin menuntut harta sitaan kes itu.
“Sebelum ini ada pihak ketiga hubungi mahkamah (berhubung tuntutan ke atas harta sitaan) dan mahkamah minta mereka hadir hari ini, namun sehingga pukul 11 pagi ini tiada pihak ketiga hadir ke mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas.
Permohonan pengeluaran notis untuk pihak ketiga itu dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak ketiga hadir di mahkamah secara sendiri atau melalui peguam bagi memberikan tunjuk sebab mengapa harta berkenaan tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan
Menurut Faten Hadni, mahkamah seterusnya menetapkan 26 Mac depan untuk pendengaran kes itu.
“Pihak-pihak diperintah untuk memasukkan hujahan bertulis masing-masing iaitu pendakwaan selewat-lewatnya 15 Jan tahun depan, semua responden untuk membalas selewat-lewatnya 8 Feb tahun depan dan selewat-lewatnya 1 Mac tahun depan untuk pihak pendakwaan membalas hujahan responden,” katanya.
Pihak pendakwaan sebelum ini menfailkan notis usul bagi memohon untuk melucut hak terhadap harta-harta tersebut dan menamakan Najib, Rosmah dan anak mereka iaitu Nor Ashman Razak Mohd Najib dan Nooryana Najwa Mohd Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib), Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Low Taek Jho); Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isterinya Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18
Antara barangan yang disita itu ialah 52 beg tangan pelbagai jenama, 10 utas jam tangan pelbagai jenama, wang tunai berjumlah RM537,000, Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750, Pound Sterling 320,500, Rupiah 13,177,00, US$100, Hryvnies (Ukraine) 376, Euro 20, France 50, South African 10 Rand, Singapore Dollar 40, Riyal 531, Phillipines Peso 740 dan RM21,150 (wang baharu) yang disita pada 17 Mei 2018 oleh pihak polis.
Barangan lain yang disita pada tarikh sama ialah empat utas jam tangan pelbagai jenama, empat buah beg tangan pelbagai saiz dan jenama, 167 buah beg tangan pelbagai jenama dan 27 pasang kasut pelbagai jenama serta 40 buah beg tangan pelbagai jenama turut disita pada 11 Jun 2018.
Sebanyak 27 buah kereta jenama Nissan turut disita pada 2 Ogos 2018 selain sebidang tanah di Tanjung Bungah Pulau Pinang.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/tiada-pihak-ketiga-hadir-tuntut-harta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Pihak Ketiga Hadir Tuntut Harta Najib Rosmah

Tiada Pihak Ketiga Hadir Tuntut Harta Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 144 hits
297 total views 297 views today Tiada pihak ketiga berkepentingan hadir ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bagi menuntut harta berupa ratusan beg tangan pelbagai jenama termasuk wang tunai jam tangan serta 27 buah kereta yang diram...
Johor Pihak Kerajaan Akan Tewas Jika 2 Adun Berkecuali Atau Tidak Hadir

Johor Pihak Kerajaan Akan Tewas Jika 2 Adun Berkecuali Atau Tidak Hadir

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 235 hits
Boikot boleh berlaku di sidang DUN Johor esokAMNI JAGATSidang Dewan Negeri Johor kini kembali hangat diperkatakan selepas apa yang berlaku semalam di Dun Perak yang telah melakukan pengundian percaya kepada Menteri Besar di Perak Mengulas p...
Terkini Pihak Kwsp Umumkan Sesuatu Pasal I Sinar Kategori 1 Tiba Tiba Najib Boleh Pulak Cakap Ceo Kwsp Macam Ni

Terkini Pihak Kwsp Umumkan Sesuatu Pasal I Sinar Kategori 1 Tiba Tiba Najib Boleh Pulak Cakap Ceo Kwsp Macam Ni

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 318 hits
loading PETALING JAYA Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menegaskan tiada sebarang perubahan terhadap kriteria kemudahan pengeluaran i Sinar termasuk keperluan pencarum kategori 2 mengemukakan dokumen untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun ...
Najib S 1mdb Trials Postponed Again To Allow Him To Attend Dewan Rakyat

Najib S 1mdb Trials Postponed Again To Allow Him To Attend Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 288 hits
Former prime minister Najib Razak and ex 1MDB CEO Arul Kanda will be back in court next year due to the latest postponement of their cases KUALA LUMPUR The trial of the two cases faced by Najib Razak relating to the 1MDB scandal initially s...
Koronavirus Gantung Pengecualian Visa Untuk Semua Warga China Najib

Koronavirus Gantung Pengecualian Visa Untuk Semua Warga China Najib

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 224 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan seharusnya menggantung pengecualian visa untuk semua warga China buat sementara waktu bagi mengekang penularan koronavirus di Malaysia Menurutnya penggantungan itu tidak sepatutnya untuk pendud...
Bicara Dua Kes 1mdb Najib Tangguh Ke Jan 2021

Bicara Dua Kes 1mdb Najib Tangguh Ke Jan 2021

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 267 hits
431 total views 431 views today Perbicaraan dua kes dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad yang masing masing sepatutnya bersambung minggu ini dan minggu depan ditangguhkan ke Januari tahun depan ...
Idea Najib Ditolak

Idea Najib Ditolak

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 330 hits
Idea Najib kwsp10k banyak menimbulkan kekecohan yang disengakan tanpa asas kukuh atau lebih tepat di politikkan mungkin menyebabkan idea perlaksanaan semula GST Najib ditolak sementara Jika GST mahu dilaksanakan semula ia perlu kepada beber...
Pss Ini Tidak Diluluskan Semasa Pentadbiran Bn Najib

Pss Ini Tidak Diluluskan Semasa Pentadbiran Bn Najib

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 212 hits
KERAJAAN negeri Sabah diterajui Parti Warisan boleh sahaja menarik balik pelaksanaan Pas Sementara Sabah daripada terus mempersalahkan Barisan Nasional yang dituduh cuba mempolitikkan isu itu dalam kempen Pilihan Raya Kecil Kimanis Bekas Pe...
Interstate Travel Ban Lift Shows Pn Govt Can No Longer Contain Covid 19 Najib

Interstate Travel Ban Lift Shows Pn Govt Can No Longer Contain Covid 19 Najib

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 264 hits
The government s decision to lift the conditional movement control order on many states and to lift the interstate travel ban despite a high number of Covid 19 cases shows that it can no longer contain the coronavirus outbreak said former p...
If Anwar Is Bad Najib Was Worse

Lights Camera Action Attending The Lisbon Motorcycle Film Festival

Dua Lelaki Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis

Tengku Zafrul Defends Blackrock S Involvement In Mahb

Bufet Bertema Dari Legumes Catering Istimewa Untuk Semua Majlis

Selepas Tesla Microsoft Google Pula Akan Melabur Di Malaysia

Sedarlah Diri Jangan Terlalu Berlebihan

Habis Azmin Pegang Quran Tu Berlakon Ka Apa



10 Fakta Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah 2024 Yang Ramai Tak Tahu Gandingan Pelakon Erysha Emyra MK K Clique Siaran TV3 Malaysia Tonton

5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan

5 Faktor Paling Menakutkan Golongan Ibu Bapa Dalam Abad ke 21

Bandar Kantubek Lokasi Terbesar Tapak Pelupusan Bakteria Berbahaya Dunia

5 Pengajaran Bodoh Yang Kita Boleh Belajar Dari Filem Adiwira Barat


Apa Makna Tawakkal Dalam Islam

Syukur

Remaja Dihanyut Arus Deras Di Ulu Kimanis Disahkan Meninggal Dunia

Penternak Kambing Dipenjara 12 Bulan Kerana Amuk Guna Pisau

Mana Nak Makan Kalau Ke Pasar Seni Kl

Kembalikan Gst