Tiada Perdana Menteri Interm Dalam Perlembagaan


 TIADA PERDANA MENTERI INTERM DALAM PERLEMBAGAAN
Oleh
Tun Abdul Hamid Mohamad




Terdapat cakap-cakap bahawa, untuk meredakan kemelut politik negara sekarang, DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mungkin akan menubuh sebuah kerajaan campuran baru  yang diwakili oleh semua parti politik dengan  Tengku Razali Hamzah sebagai Perdana Menteri. Ia adalah kerana tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Mengikut berita itu, “YDPA tidak akan membubar Parlimen atas nasihat pihak tertentu berikutan pandemic Covid - 19. 


Atas kuasa dan budi bicara Agong yang sudah termaktub dalam Perlembagaan, Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri Interim (sementara) dan Menteri- Menteri Interim untuk satu tempoh masa yang tiada had, sehingga PRU ke-15.  PM Interim tidak boleh digulingkan, tidak disingkirkan oleh undi tidak percaya di Parlimen.


Hasrat Agong itu akan disampaikan kepada Ketua-Ketua parti yg mempunyai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.”


Kesahihan berita ini belum disahkan. Tetapi, saya fikir kita tidak perlu menunggu sehingga ia dilakukan untuk memberi pandangan mengenai keperlembagaan pelantikan seperti itu, kerana ia akan terlewat. 


Soalnya, peruntukan manakah dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri interim? 


Di sini, eloklah kita melihat apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.


“40(1)…


2)  Yang  di-Pertuan  Agong  boleh  bertindak  menurut  budi bicaranya  pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:


(a)  melantik seorang Perdana Menteri;


(b)  tidak  memperkenankan  permintaan  bagi  pembubaran Parlimen;
           …..”


“43.  (1)  Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri 
 untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.


(2)  Jemaah  Menteri  hendaklah  dilantik  seperti  yang  berikut, iaitu:


(a)  Yang  di-Pertuan  Agong  hendaklah  terlebih  dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan


              …


(4)   Jika  Perdana  Menteri  tidak  lagi  mendapat  kepercayaan majoriti  ahli  Dewan  Rakyat,  maka  Perdana  Menteri  hendaklah meletakkan  jawatan   Jemaah  Menteri  melainkan  jika  atas permintaannya  Parlimen   dibubarkan  oleh  Yang  di-Pertuan Agong.”


Perlembagaan tidak menyebut langsung mengenai pelantikan Perdana Menteri interim. Tidak ada peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa kepada YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri interim yang tidak boleh digulingkan oleh undi tidak percaya di Parlimen seperti yang dikatakan oleh laporan itu. Hanya ada satu jenis Perdana Menteri iaitu yang dilantik di bawah Perkara 43(2)(a) dan semua peruntukan Perlembagaan yang terpakai kepada seorang Perdana Menteri terpakai kepadanya.


Bagaimana sistem itu berfunsi? Kuasa YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri diberi oleh Perkara 43(2)(a). 


YDPA hanya boleh melantik seorang Perdana Menteri apabila terdapat kekosongan jawatan itu. Kekosongan jawatan Perdana Menteri berlaku apabila seorang Perdana Menteri meletak jawatan dengan sukarela (seperti Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir) atau apabila  kalah usul tidak percaya di Dewan Rakyat (hingga hari ini belum ada lagi) atau apabila YDPA membubarkan Dewan Rakyat atas permintaan Perdana Menteri (seperti yang biasa berlaku) atau Perdana Menteri meninggal dunia (seperti Tun Abdul Razak). Ambil perhatian, apabila seorang Perdana Menteri kalah usul tidak percaya di Parlimen, dia hendaklah (shall) meletak jawatan.


Jika keadaan seperti itu berlaku, YDPA hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat menjadi Perdana Menteri. Logiknya, dia adalah ketua parti yang mempunyai majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat atau seorang yang dipersetujui oleh gabungan parti-parti yang mempunyai majoriti. 


Melantik seorang lain mungkin satu perbuatan yang sesia kerana dia mungkin tidak mempunyai majoriti. Selepas dilantik, usul tidak percaya boleh dibawa terhadapnya. Jika dia kalah, dia hendaklah meletak jawatan. Syarat itu juga adalah selaras dengan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlebagaan. 






Cara yang paling baik bagi menentukan sama ada seorang Perdana Menteri masih atau tidak lagi  mendapat  kepercayaan majoriti  ahli  Dewan  Rakyat adalah melalui usul tidak percaya di Dewan Rakyat. Pengakuan seseorang pemimpin parti atau gabungan parti-parti bahawa dia mempunyai majoriti, tidaklah reliable. Seperti yang kita lihat berlaku di Malaysia pada masa ini, apabila keluar sahaja senarai nama Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang dikatakan menyokong seseorang pemimpin, berlakulah penafian sebahagian daripada mereka. Ada juga yang menukar fikiran apabila melihat sokongan kepada pemimpin itu berkurangan atau ada tawaran yang lebih baik daripada pihak lain. 


Apabila seorang Perdana Menteri meletak jawatan atau Parlimen (Dewan Rakyat) dibubarkan, siapa yang akan melaksanakan tugas-tugas Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baru dilantik?


Jawapannya, tidak ada sesesiapa kerana pada masa itu tidak ada Perdana Menteri. Pentadbiran harian dilakukan oleh pegawai awam.


Melantiknya semula bererti mengisi jawatan itu semula. Selagi dia tidak meletak jawatan semula, dia masih menjadi Perdana Menteri dan orang lain tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri kerana tidak ada kekosongan.


Jika YDPA berpendapat seorang Perdana Menteri itu telah kehilangan majoriti, tetapi dia tidak meletak jawatan atau dikalahkan dalam usul tidak percaya (yang menghendakinya meletak jawatan jika dia kalah), bolehkah YDPA melantik seorang lain menjadi Perdana Menteri sebagi penggantinya?


Soalan pertama yang perlu dijawab ialah, adakah terdapat kekosongan jawatan tersebut? Saya fikir tidak. Jika tidak, pelantikan baru tidak boleh dibuat. Pandangan ini ada kebaikannya. Ia adalah untuk mengelak seorang YDPA yang tidak sukakan seorang Perdana Menteri daripada memecatkannya atas alasan Baginda berpendapat Perdana Menteri itu sudah kehilangan majoriti. 


Lagipula, tidak ada peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa kepada YDPA untuk memecat (dismiss) seorang Perdana Menteri walau pun pada pandangannya Perdana Menteri itu sudah kehilangan majoriti. Proses pemecatan seorang Perdana Menteri adalah melalui undi tidak percaya di Parliman. Itulah demokrasi berparlimen. Itu juga lebih telus.


Saya juga berpendapat YDPA tidak boleh membubar Parlimen kerana Baginda berpendapat Perdana Menteri tidak lagi mempunyai majoriti, tanpa diminta oleh Perdana Menteri. Alasannya sama dengan yang saya beri di atas, iaitu ia untuk mengelak seorang YDPA yang tidak sukakan seorang Perdana Menteri daripada memecatkannya dengan membubar Parlimen dan ia kurang telus. Caranya adalah melalui usul tidak percaya.Itu adalah peruntukan Perlembagaan mengenai isu ini mengikut fahaman saya. Jika saya berhenti di sini, tentu orang bertanya bagaimana mengatasi kemelut politik di Malaysia sekarang ini.


Untuk menjawabnya, ingat semula, kita masih ada Perdana Menteri. Dia tidak meletak jawatan secara sukarela atau kalah undi tidak percaya di Parlimen yang menghendakinya meletak jawatan. YDPA tidak ada kuasa memecat Perdana Menteri walaupun Baginda fikir Perdana Menteri itu tidak mempunyai majoriti lagi. YDPA hanya boleh membubar Parlimen jika diminta oleh Perdana Menteri dan Perdana Menteri tidak memintanya.


Maka satu-satunya jalan yang ada ialah melalui usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Speaker hendaklah bertindak bebas dalam menetapkan usul itu untuk dibahaskan. Ahli-Ahli Parlimen juga perlulah mengambil kira keadaan negara pada masa ini yang sedang menghadapi ancaman kesihatan dan ekonomi akibat wabak Covid-19. Janganlah semata-mata memikirkan kuasa dan kepentingan diri.


Katakanlah Speaker menetapkan tarikh untuk usul itu dibahaskan, Perdana Menteri kalah usul itu dan pilihan raya diadakan, adakah pengundi akan keluar mengundi?


Semua itu perlu difikirkan. Oleh itu, tidak bolehkah usul itu diketepikam dahulu sehingga keadaan sesuai untuk mengadakan pilihan raya. Pada masa itu eloklah Perdana Menteri meminta supaya YDPA membubarkan Palimen dan pilihan raya umum diadakan. Malah, ini boleh dijadikan satu gentlemen’s agreement antara ahli-ahli politik, jika mereka berfikir sedikit mengenai kepentingan rakyat dan negara.




22 10 2020


[email protected]
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/tiada-perdana-menteri-interm-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Kesan Usul Tidak Percaya Tersirat Terhadap Perdana Menteri

Ini Kesan Usul Tidak Percaya Tersirat Terhadap Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 402 hits
SHAH ALAM Pembentangan Belanjawan 2021 akan menjadi satu ujian besar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jika ia dianggap sebagai satu usul tidak percaya tersirat terhadap Perdana Menteri Pakar perlembagaan yang juga Felo Penyelidik Pusat Polis...
Perdana Menteri Mesti Dari Pemimpin Umno Itu Syarat Yang Sepatutnya

Perdana Menteri Mesti Dari Pemimpin Umno Itu Syarat Yang Sepatutnya

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 375 hits
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berharap antara syarat baharu diletakkan UMNO kepada Perikatan Nasional adalah Perdana Menteri datangnya daripada parti itu Lokman berpandangan sedemikian kerana UMNO adalah part...
Letak Syarat Pemimpin Umno Jadi Perdana Menteri Kata Lokman

Letak Syarat Pemimpin Umno Jadi Perdana Menteri Kata Lokman

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 386 hits
SHAH ALAM Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berharap antara syarat baharu diletakkan UMNO kepada Perikatan Nasional adalah Perdana Menteri datangnya daripada parti itu Lokman berpandangan sedemikian kerana UMNO a...
Khairy Nafi Sokong Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

Khairy Nafi Sokong Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 272 hits
Menteri Sains dan Teknologi Khairy Jamaluddin menafikan beliau salah seorang Ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kenyataan tersebut dibuat ketika temu ramah dalam program Breakfast Gril...
Tun Mahathir Sekali Lagi Kemuka Usul Dakwa Perdana Menteri Sudah Tiada Keyakinan Majoriti Ahli Ahli Dewan Rakyat

Tun Mahathir Sekali Lagi Kemuka Usul Dakwa Perdana Menteri Sudah Tiada Keyakinan Majoriti Ahli Ahli Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 253 hits
272 total views 272 views today Suasana politik negara kita nampaknya kembali bergolak ketika negara sedang menghadapi gelombang ketiga Covid 19 Baru baru ini Ketua Pembangkang Datuk Seei Anwar Ibrahim telah mendakwa memiliki majoriti yang ...
Perdana Menteri 4 Hari Akhirnya Dikehendaki Polis

Perdana Menteri 4 Hari Akhirnya Dikehendaki Polis

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 383 hits
Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki berhubung kenyataannya yang disyaki menghasut dalam sebuah rakaman video tular di media sosial baru baru ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkat...
Kalau Tak Setuju Keluar Aje Dari Pn Lokman Ada Gesa Letak Syarat Pemimpin Umno Jadi Perdana Menteri

Kalau Tak Setuju Keluar Aje Dari Pn Lokman Ada Gesa Letak Syarat Pemimpin Umno Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 343 hits
The ReporterDi kala UMNO masih dalam fasa mempertimbangkan keputusan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam bersuara meminta UMNO mengenakan syarat baharu Lokman be...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults