Tiada Penumpang Krew Mv Genting Dream Mempunyai Gejala Covid 19 Setakat Ini Dr Dzulkefly


Kuala Lumpur : Ujian saringan kesihatan ke atas 678 penumpang dan 445 krew kapal MV Genting Dream yang berlabuh di Boustead Cruise Centre (BCC), Pelabuhan Klang mendapati kesemua mereka tidak menunjukkan gejala COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata jumlah itu adalah setakat 10 malam ini dan pasukan kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan ujian saringan kesihatan terhadap kesemua penumpang dan anak kapal sebaik ia tiba kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
”Mana-mana penumpang yang bergejala akan diletakkan di bawah pemantauan di atas kapal atau di pusat kuarantin BCC untuk pemeriksaan lanjut,” katanya selepas melancarkan Inisiatif Kesihatan Mental Universiti Malaya di sini, hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa kapal itu tidak pernah singgah atau melewati China.
Jelasnya kapal itu yang membawa keseluruhan 957 penumpang dan 1,701 krew dijadual pulang semula ke Singapura pukul 11 malam ini.
Dalam perkembangan lain beliau berkata dua rakyat Malaysia iaitu pasangan suami isteri yang berada di atas kapal Diamond Princess di Jepun yang disahkan positif COVID-19 berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Fujita di Nagoya.
Pasangan suami isteri masing-masing berusia 71 tahun dan 67 tahun itu disahkan positif pada 16 Feb.
Beliau berkata seorang lagi penumpang warganegara Malaysia iaitu wanita berusia 61 tahun, telah disahkan negatif jangkitan COVID-19 dan dibenarkan pulang ke Malaysia oleh pihak berkuasa kesihatan Jepun setelah menjalani kuarantin selama 14 hari.
”Manakala seorang lagi warganegara Malaysia yang juga salah seorang krew kapal persiaran itu masih dalam pemantauan di dalam kapal oleh pihak berkuasa kesihatan Jepun,” katanya.
Kapal persiaran itu telah menjalani kuarantin bermula 4 Feb di salah satu pelabuhan di Jepun selepas ujian pengesanan COVID-19 mengesahkan terdapat penumpang dijangkiti virus tersebut.
Menurut laporan media antarabangsa, sehingga Khamis, daripada 3,700 orang penumpang yang dikuarantin dalam kapal itu, lebih 620 orang telah diuji positif bagi COVID-19 dengan dua kematian dalam kalangan mereka yang dijangkiti turut dilaporkan.
Sumber : Bernama
The post Tiada Penumpang, Krew MV Genting Dream Mempunyai Gejala Covid-19 Setakat Ini – Dr Dzulkefly appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/21/tiada-penumpang-krew-mv-genting-dream-mempunyai-gejala-covid-19-setakat-ini-dr-dzulkefly/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
355 Penumpang Kapal Persiaran Diamond Princess Disahkan Positif Covid 19

355 Penumpang Kapal Persiaran Diamond Princess Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 350 hits
Jumlah penumpang yang menaiki kapal persiaran Diamond Princess yang ketika ini berlabuh di Jepun dan disahkan positif Covid 19 dilaporkan meningkat kepada 355 orang lapor Channel News Asia hari ini Setakat ini kami sudahpun menjalankan peme...
Enam Penumpang Kapal Persiaran Westerdam Di Klia Disahkan Negatif Covid 19 Kp Kesihatan

Enam Penumpang Kapal Persiaran Westerdam Di Klia Disahkan Negatif Covid 19 Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR 16 Feb Keputusan ujian pengesanan COVID 19 yang dijalankan ke atas enam penumpang kapal persiaran Westerdam disahkan negatif berdasarkan kepada laporan yang diterima daripada Institut Penyelidikan Perubatan hari ini Ketua Penga...
Wabak Novel Koronavirus Kini Mempunyai Nama Rasmi Covid 19

Wabak Novel Koronavirus Kini Mempunyai Nama Rasmi Covid 19

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 359 hits
https ift tt 31YDnkT Wabak koronavirus yang kini sedang menular dengan bahaya dari negara China mempunyai nama rasmi yang diberikan oleh pihak World Health Organization iaitu COVID 19 Menurut Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus Ketua Pengarah WHO...
8 Pesawat Termasuk Dari Malaysia Dikunci Selepas Seorang Penumpang Disyaki Dijangkiti Covid 19

8 Pesawat Termasuk Dari Malaysia Dikunci Selepas Seorang Penumpang Disyaki Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 336 hits
Lapangan Terbang Heathrow telah digemparkan dengan ketakutan wabak koronavirus apabila lapan pesawat telah dikunci selepas terdapat penumpang yang disyaki dijangkiti dengan virus tersebut Penumpang di dalam pesawat United Airlines Flight 90...
Covid 19 Kesemua 100 Anak Kapal World Dream Disahkan Negatif

Covid 19 Kesemua 100 Anak Kapal World Dream Disahkan Negatif

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR 23 FEB Kesemua 100 anak kapal persiaran World Dream yang berlabuh dengan status kuarantin di Tanjung Pengelih Johor disahkan negatif Covid 19 hari ini menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkat...
Pakar Dakwa Covid 19 Mempunyai 96 Persamaan Dengan Bakteria Dalam Gua Kelawar 16 Tahun Lalu

Pakar Dakwa Covid 19 Mempunyai 96 Persamaan Dengan Bakteria Dalam Gua Kelawar 16 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 449 hits
Wabak Koronavirus yang kini dikenali dengan nama Covid 19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini didakwa berasal daripada gua kelawar yang ditemui saintis China 16 tahun lalu lapor pakar Pengkaji daripada Institut Virologi Wuhan telah be...
Rapid Kl Jalankan Kerja Sanitasi Gerabak Demi Menjamin Keselamatan Penumpang Daripada Covid 19

Rapid Kl Jalankan Kerja Sanitasi Gerabak Demi Menjamin Keselamatan Penumpang Daripada Covid 19

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 183 hits
Umum mengetahui berkenaan dengan aspek penjagaan kesihatan yang baik mampu menghindarkan diri kita daripada dijangkiti dengan bakteria dan virus khususnya koronavirus ataupun COVID 19 bukan Namun berapa ramaikah yang mempratikkannya Ia lebi...
Covid 19 Batal Penerbangan Khas Kerajaan Tak Benarkan Baki Penumpang Kapal Westerdam Di Kemboja Masuk Malaysia

Covid 19 Batal Penerbangan Khas Kerajaan Tak Benarkan Baki Penumpang Kapal Westerdam Di Kemboja Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 356 hits
Kuala Lumpur 16 Feb Penerbangan Malaysia Berhad membatalkan tiga penerbangan sewa khas yang ditempah Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia untuk membawa pulang penumpang kapal persiaran MS Westerdam dari Kemboja ke KLIA lapor Kementerian Ke...
Korban Covid 19 Pertama Di Taiwan

Korban Covid 19 Pertama Di Taiwan

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 196 hits
Taipei Seorang lelaki menjadi korban pertama di Taiwan akibat wabak koronavirus baharu Menteri Kesihatannya Chen Shih chung dalam sidang media berkata lelaki berkenaan yang berusia dalam lingkungan 60 tahun tidak memiliki sejarah perjal
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa