355 Penumpang Kapal Persiaran Diamond Princess Disahkan Positif Covid 19


Jumlah penumpang yang menaiki kapal persiaran Diamond Princess yang ketika ini berlabuh di Jepun dan disahkan positif Covid-19 dilaporkan meningkat kepada 355 orang, lapor Channel News Asia hari ini.
”Setakat ini, kami sudahpun menjalankan pemeriksaan terhadap 1,219 penumpang kapal tersebut. Sejumlah 355 orang disahkan positif. Manakala, sebanyak 73 orang pula tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan,” kata Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato.
Berita terbaru itu didedahkan ketika Amerika Syarikat dalam persedian membawa pulang rakyatnya yang menjadi penumpang kapal persiaran tersebut, yang ketika ini dikuarantin di negara Matahari Terbit itu sejak 5 Februari lalu.
Hong Kong juga dilaporkan bersedia untuk membawa pulang seramai 330 orang penumpang rakyatnya dimana Kanada turut menyusul dengan keputusan yang sama.
Usaha Jepun dalam mengawal jangkitan berkenaan dari terus merebak sebelum ini telah menimbulkan kebimbangan antarabangsa.
Kapal berkenaan tiba di Jepun awal Februari lalu dan membawa lebih daripada 3,700 penumpang termasuk anak kapal terdiri daripada lebih 50 negara.
Kerajaan Jepun mengambil keputusan untuk mengkuarantin  kapal berkenaan selepas seorang penumpangnya yang turun di Hong Kong diuji positif Covid-19.
Sejak dari itu, kakitangan perubatannya memantau berulangkali tanda-tanda jangkitan dan membawa keluar penumpang yang disahkan positif untuk dirawat di hospital, manakala penumpang yang lain diarahkan untuk kekal di kabin masing-masing sepanjang tempoh kuarantin selama 14 hari.
Jepun dikatakan tidak dapat melakukan pemeriksaan dengan segera terhadap semua penumpang kapal berkenaan disebabkan kekurangan kit ujian, fasiliti dan tenaga kerja di mana sebahagiannya dikerah untuk memantau situasi jangkitan dalam populasi awam di negara tersebut.
”Berdasarkan jumlah jangkitan yang tinggi ketika ini, kementerian mengandaikan risiko pendedahan jangkitan terhadap semua penumpang kapal berkenaan adalah tinggi,” katanya lagi.
Sumber: CNA
The post 355 Penumpang Kapal Persiaran Diamond Princess Disahkan Positif Covid-19 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/16/355-penumpang-kapal-persiaran-diamond-princess-disahkan-positif-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebanyak 2000 Unit Iphone Diedar Kepada Penumpang Yang Berada Di Atas Kapal Persiaran Diamond Princess

Sebanyak 2000 Unit Iphone Diedar Kepada Penumpang Yang Berada Di Atas Kapal Persiaran Diamond Princess

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 299 hits
Kapal pelayaran itu tersekat di Jepun sejak awal Februari lalu berikutan penularan wabak Covid 19 dikalangan penumpangnya Sebuah kapal persiaran bernama Diamond Princess yang dilarang berlabuh keluar dari pelabuhan Yokohama Jepun telah mene...
Enam Penumpang Kapal Persiaran Westerdam Di Klia Disahkan Negatif Covid 19 Kp Kesihatan

Enam Penumpang Kapal Persiaran Westerdam Di Klia Disahkan Negatif Covid 19 Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 423 hits
KUALA LUMPUR 16 Feb Keputusan ujian pengesanan COVID 19 yang dijalankan ke atas enam penumpang kapal persiaran Westerdam disahkan negatif berdasarkan kepada laporan yang diterima daripada Institut Penyelidikan Perubatan hari ini Ketua Penga...
Kkm Sahkan Pasangan Suami Isteri Positif Covid 19 Atas Kapal Diamond Princess Stabil

Kkm Sahkan Pasangan Suami Isteri Positif Covid 19 Atas Kapal Diamond Princess Stabil

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 468 hits
Rakyat Malaysia yang disahkan positif Covid 19 atas kapal persiaran The Diamond Princess dilaporkan stabil menurut Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu perkongsian di akaun Twitter rasminya Sepasang suami isteri berumur 71 dan 66 tahun...
175 Disahkan Positif Covid 19 Dalam Kapal Persiaran Jepun

175 Disahkan Positif Covid 19 Dalam Kapal Persiaran Jepun

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 293 hits
TOKYO 18 Jamadilakhir 1441H Rabu Jumlah individu yang terkena jangkitan virus coronavirus kini dinamakan COVID 19 di dalam kapal persiaran Diamond Princess di Jepun meningkat 39 orang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 175 orang Diamond ...
Koronavirus 41 Lagi Penumpang Kapal Persiaran Positif

Koronavirus 41 Lagi Penumpang Kapal Persiaran Positif

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 381 hits
Agensi Sejumlah 25 kes novel koronavirus turut dilaporkan selain penularan di dalam kapal tersebut sekaligus menjadikan keseluruhan 86 kes di negara itu iaitu bilangan kes tertinggi di luar China Foto AP TOKYO Sejumlah 41 lagi penumpang kap...
Dua Rakyat Malaysia Atas Kapal Persiaran Positif Covid 19

Dua Rakyat Malaysia Atas Kapal Persiaran Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 607 hits
MALAYSIAKINI Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua individu rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Diamond Princess positif wabak Covid 19 dan sedang dirawat di Jepun Kapal berkenaan kini berlabuh dan penumpang...
Covid 19 Kapal Persiaran Berlepas Transit Di Mana Mana Pelabuhan China Tidak Dibenarkan Masuk Malaysia

Covid 19 Kapal Persiaran Berlepas Transit Di Mana Mana Pelabuhan China Tidak Dibenarkan Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 503 hits
Putrajaya 16 Feb Berikutan kes jangkitan Covid 19 yang ke 22 kerajaan akan menghalang semua kapal dari China untuk berlabuh di Malaysia Kes jangkitan Covid 19 itu melibatkan seorang penumpang kapal persiaran MS Westerdam yang menaiki penerb...
Menlu 78 Wni Kru Kapal Princess Diamond Sehat Masa Karantina Berakhir 19 Februari

Menlu 78 Wni Kru Kapal Princess Diamond Sehat Masa Karantina Berakhir 19 Februari

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 519 hits
78 WNI itu masih menjalani masa karantina di kapal pesiar Diamond Princess Dari informasi otoritas Jepang kata Retno masa karantina akan berakhir pada tanggal 19 Februari 2020 mendatang
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog