Tiada Mn Peluang Kerjasama Umno Pas Masih Ada



SHAH ALAM – UMNO dan Pas masih boleh mewujudkan satu kerjasama politik tidak rasmi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan datang sekalipun ruang kerjasama rasmi melalui Muafakat Nasional (MN) sudah tertutup.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, secara teknikal, MN bukan satu pembentukan kerjasama politik di antara Pas dan UMNO yang dibuat secara formal apabila ia hanyalah satu piagam politik yang tidak didaftarkan melalui Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagaimana Barisan Nasional (BN).
Tambah beliau, sekalipun UMNO berpendirian kerjasama MN tidak akan diteruskan pada PRN Melaka kelak, UMNO dan Pas, bahkan bersama Bersatu sekalipun, masih boleh meneroka pelbagai bentuk persefahaman lain secara tidak rasmi sesama mereka bagi memastikan tiada pertembungan berlaku berlaku antara parti-parti Melayu.
“Sama ada kerjasama antara Pas-UMNO atau dengan parti-parti Melayu lain boleh dimeterai secara rasmi atau tidak, bagi saya bentuk kerjasama itu tiada masalah kerana parti-parti Melayu tidak boleh berpecah-belah pada PRN akan datang.
“Paling penting adalah kesungguhan kepimpinan parti-parti Melayu ini untuk menguruskan bentuk persefahaman politik dimeterai kerana secara teknikal, rakyat di peringkat akar umbi mengharapkan kerjasama parti-parti Melayu untuk mempertahankan kerajaan Melayu di Melaka.
“Saya difahamkan dalam satu perjumpaan di antara Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan kepimpinan UMNO Melaka minggu lepas, beliau menekankan keperluan untuk mengadakan proses perundingan dengan parti-parti lain terutama Pas.
“Memandangkan tiada satu ketetapan muktamad dibuat, saya yakin perkara ini akan dibincangkan sebaiknya oleh kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Melaka,” katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu mahupun Pas pada PRN Melaka yang akan datang.
UMNO dan Pas memeterai Piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019
 
Pendirian itu dikemukakan Ahmad Zahid dalam sebuah program bual bicara pada malam Rabu bersama pengacara Rafi Awang Kechik susulan moderator itu menanyakan sama ada MN bakal bertanding pada pilihan raya negeri itu kelak.
Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, beliau tidak nampak ada ‘cahaya terang’ untuk kerjasama MN bersama Pas direalisasikan sebagaimana pilihan raya kecil (PRK) terdahulu susulan MN itu tidak pernah didaftarkan.
Pada 4 Oktober lalu, tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) blok kerajaan diketuai ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyebabkan kerajaan Melaka jatuh dengan DUN negeri itu kemudiannya terbubar.
Sebelum terbubarnya DUN Melaka, komposisi kerusi DUN bagi blok kerajaan diketuai bersama antara UMNO dan Bersatu adalah 13 kerusi, manakala blok pembangkang diterajui DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah sebanyak 11 kerusi.
Dalam pada itu, Khaidhirah yang juga Ketua Puteri UMNO bahagian Jasin menegaskan sudah tiba masanya untuk UMNO menampilkan lebih banyak calon baharu yang lebih berketrampilan dan segar bagi mengembalikan keyakinan pengundi Melayu di Melaka terhadap parti itu.
Jelas beliau, UMNO perlu mengambil iktibar kekalahan parti itu di Melaka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di mana faktor kekalahan bukan semata-mata berkisar isu nasional, sebaliknya disebabkan kegagalan parti menonjolkan barisan kepimpinan baharu lebih segar.
“Isu kemelut politik di Melaka ketika ini menjadi bukti betapa pentingnya usaha peremajaan parti perlu direalisasikan bagi mengembalikan keyakinan pengundi terutama pengundi muda yang sudah muak dengan karenah ahli politik Malaysia yang seolah-olah tidak berprinsip.
“UMNO kena menampilkan lebih banyak calon baharu yang lebih berintegriti kerana kita tidak mahu isu defisit kepercayaan terhadap ahli politik akan memakan diri sendiri,” katanya.
Tiada MN, peluang kerjasama UMNO-Pas masih ada
Baca Artikel Menarik :
Kami minum teh tarik saja – Tok Mat Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir Video erotik Syahrini disebar bapa angkat CEO LHDN letak jawatan? Jelutong pun akan duduk – Apek Cina Harta karun di Pulau Nangka hilang? Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik Layari Laman Facebook MYKMU
Ustaz Don pula jadi mangsa scammer

The post Tiada MN, peluang kerjasama UMNO-Pas masih ada appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/14/tiada-mn-peluang-kerjasama-umno-pas-masih-ada/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Pas Khianat Kerjasama Mn Dengan Umno Jangan Sampai Semuanya Melopong

Dakwaan Pas Khianat Kerjasama Mn Dengan Umno Jangan Sampai Semuanya Melopong

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR Sidang Assabiqun PAS Pusat menafikan parti itu mengkhianati kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional apabila dalam masa sama turut menyertai Perikatan Nasional Ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata ini kerana piagam...
Masih Ada Ruang Pertahan The Real Muafakat Nasional Jika Pas Bersedia Kata Presiden Umno

Masih Ada Ruang Pertahan The Real Muafakat Nasional Jika Pas Bersedia Kata Presiden Umno

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 227 hits
October 5 2021 11 45 PMAhmad Zahid Hamidi berkata Umno sentiasa berusaha untuk menyelamatkan The Real Muafakat Nasional namun tiada guna jika hanya bertepuk sebelah tangan PETALING JAYA Umno bersedia untuk mempertahan Muafakat Nasional yang...
Bergambar Tiada Guna Lagi Umno Melayan Ajakan Kerjasama Pas

Bergambar Tiada Guna Lagi Umno Melayan Ajakan Kerjasama Pas

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 182 hits
Di sebalik Pas masih berharap dapat bekerjasama dengan UMNO dalam menghadapi PRN Melaka dan membawa sekali Bersatu dalam kerjasama tersebut mereka sebaliknya sudah pun sepakat berpadu tenaga dengan Bersatu melancarkan jentera pilihanraya PN...
Umno Pas Selangor Tegas Jalin Kerjasama Berdepan Pru 15

Umno Pas Selangor Tegas Jalin Kerjasama Berdepan Pru 15

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 197 hits
Jalinan kerjasama Muafakat Nasional Selangor tetap diterus dan disemarakkan di Selangor bagi mendepani PRU 15 Keputusan MN Selangor itu dibuat meskipun situasi di peringkat pusat masih samar Ketetapan penting itu dinyatakan dalam kenyataan ...
Pas Perleceh Zahid Anggap Kenyataannya Bukan Keputusan Rasmi Umno

Pas Perleceh Zahid Anggap Kenyataannya Bukan Keputusan Rasmi Umno

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 185 hits
October 20 2021 PAS menegaskan pendirian parti itu dalam Muafakat Nasional tetap sama walaupun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sudah menyatakan tiada kerjasama politik di antara kedua dua parti pada pilihan raya negeri Melaka pada akhir No...
Lokman Balun Pemimpin Umno Dan Pas

Lokman Balun Pemimpin Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 200 hits
Umno ni dah lama la Melayu meluat Kalau tidak Umno tidak akan jatuh pada PRU ke 14 tetapi bila PH naik orang Umno pemimpin menghentam PH kerana Mahathir menjadi bebanan kepada PH Jika Anwar naik seperti yang dijanjikan PH akan tetap kekal s...
Pas Bersatu Umno Belum Ada Penyelesaian

Pas Bersatu Umno Belum Ada Penyelesaian

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 257 hits
Dah sampai Masa Cari baru DAP lebih mudah dibawa RUNDING
Pas Dan Umno Selangor Kekal Pertahan Piagam Mn

Pas Dan Umno Selangor Kekal Pertahan Piagam Mn

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 201 hits
MESYUARAT Muafakat Nasional Negeri Selangor Bil 2 2021 yang diadakan semalam telah bersetuju memperkasa dan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua parti Umno dan PAS di semua peringkat di negeri ini atas platform MN demi membuat persediaan ...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti