Tiada Kompromi Penagih Dadah Berulang Dipenjara 5 Tahun 3 Sebatan Ayob Khan


Oleh Mohd Ridzwan Md. Iman Ayob Khan Mydin Pitchay - FB Polis Johor POLIS Johor serius dalam usaha menangani isu penagihan dadah di negeri tersebut dengan mengambil pendekatan lebih keras bagi membolehkan penagih tegar atau berulang dikenakan hukuman lebih berat.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagi penagih yang ditangkap melebihi tiga kali di negeri itu, mereka akan terus dituduh di bawah Seksyen 39C, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun dan tiga kali sebatan.
“Sebelum ini, banyak tangkapan dibuat terhadap penagih dan pemilik dadah ini dan dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 15(1). Kadang-kadang sampai 10 kali tangkap tetapi bila ke mahkamah, dikenakan hukuman enam bulan penjara dan kemudiannya bebas dan kembali menagih,” katanya.
Beliau berkata kaedah itu tidak berkesan dan Polis Johor ingin menyelamatkan para penagih dadah tersebut daripada kembali terjebak dengan menuduh mereka di bawah Seksyen 39C yang hukumannya lebih keras.
“Saya letakkan sasaran di setiap daerah di Johor, polis akan membuat sekurang-kurangnya 10 tangkapan setiap sebulan yang membawa kepada keseluruhannya, Polis Johor akan menangkap kira-kira 130 tangkapan di bawah Seksyen 39C,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel diskusi Program Bandar Selamat Menjamin Kesihatan Mental Komuniti anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor di Batu Pahat, yang turut disertai Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut. Program itu disiarkan melalui Facebook Live Polis Johor.
Ayob Khan berkata Seksyen 39C berkenaan merupakan “senjata” paling efektif dalam memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan penagih tegar, yang dalam masa sama menunjukkan kesan baik terhadap pengurangan kadar jenayah di negeri ini.
“Di Malaysia, Kontinjen Polis Johor yang paling tinggi melakukan tangkapan di bawah Seksyen 39C dan pada tahun lepas sahaja lebih 18,000 penagih dadah ditahan dan setakat tahun ini sebanyak 593 penagih ditangkap,” katanya.

Beliau berkata, tindakan bukan sahaja diambil terhadap orang awam yang terlibat dengan dadah kerana Polis Johor juga mengambil tindakan tegas terhadap pegawai atau anggotanya yang terlibat dengan jenayah tersebut.
“Saya bagi jaminan pegawai-pegawai dan saya akan mengambil tindakan tegas terhadap polis yang terlibat jika mendapat aduan daripada orang ramai,” katanya.
Katanya, baru-baru ini beberapa pegawai polis yang menjual semula dadah jenis syabu yang dirampasnya telah diambil tindakan tegas.
Beliau berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan tindakannya mengumumkan kepada umum mengenai tindakan pegawai atau anggota polis yang bermasalah tetapi beliau tidak memperdulikannya kerana ia membabitkan soal integriti.
“Ini bukan buka isu pekung di dada atau kepala.. ini isu integriti, kalau tak ada intgeriti, tidak berguna kita jadi manusia,” katanya. – UtusanTV


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/tiada-kompromipenagih-dadah-berulang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak 3 Tahun Jadi Penagih Dadah Angkara Ayah Tiri

Budak 3 Tahun Jadi Penagih Dadah Angkara Ayah Tiri

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 206 hits
MALAYSIA DATELINESeorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun didapati positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata laporan itu diterima daripada doktor yang bertugas...
Saya Tidak Akan Kongsi Senarai Terus Tangkap Ayob Khan

Saya Tidak Akan Kongsi Senarai Terus Tangkap Ayob Khan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 286 hits
SAYA TIDAK AKAN KONGSI SENARAI TERUS TANGKAP AYOB KHAN JOHOR BAHRU Tak guna saya keluarkan senarai dan kongsi pada semua nak buat apa Saya pasti bila lengkap nanti tangkapan akan dibuat tunggu dan lihat Demikian tegas Ketua Polis Johor Datu...
Kemungkinan Lebih Ramai Pegawai Anggota Babit Kes Nicky Ayob Khan

Kemungkinan Lebih Ramai Pegawai Anggota Babit Kes Nicky Ayob Khan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 306 hits
381 total views 381 views today JOHOR BAHRU 14 April Polis Johor tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky dipercayai diketuai ahli perniagaan dal...
Video Banyak Lagi Orang Nak Masuk Polis Yang Tak Guna Ni Kita Buang Cepat Ayob Khan

Video Banyak Lagi Orang Nak Masuk Polis Yang Tak Guna Ni Kita Buang Cepat Ayob Khan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 286 hits
728 total views 728 views today Tiada peluang kedua bagi anggota polis yang terlibat dadah kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika menjawab soalan wartawan berkenaan salah laku anggota dalam sidang media Polis Johor hari...
Viral List Of Police Names Not Linked To Nicky Gang Case Ayob Khan

Viral List Of Police Names Not Linked To Nicky Gang Case Ayob Khan

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 331 hits
The list of police personnel alleged to be involved in various organised crime syndicates as viralled on social media has nothing to do with the Nicky Gang case said Johor police chief Ayob Khan Mydin Pitchay He said investigation on the ma...
Tukang Masak Di S 039 Pura Dipenjara 3 Tahun Miliki Barangan Berkaitan Isis

Tukang Masak Di S 039 Pura Dipenjara 3 Tahun Miliki Barangan Berkaitan Isis

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR Seorang tukang masak sebuah hotel di Singapura tersenyum lebar selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi enam kesalahan memiliki pelbagai barangan berkaitan kumpulan penggan...
Tular Video Datuk Ayob Khan Payung Skil Tebar Roti Canai Siap Berpusing Pusing

Tular Video Datuk Ayob Khan Payung Skil Tebar Roti Canai Siap Berpusing Pusing

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 273 hits
2 816 total views 2 816 views today Siapa yang tidak kenal dengan seorang individu yang disegani ramai Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchy bukan sahaja dapat menangani isu jenayah malah dapat menunjuk bakat menebar roti canai Men...
Jenayah Pelajar Membimbangkan Polis Johor Akan Turun Ke Sekolah Setiap Bulan Ayob Khan

Jenayah Pelajar Membimbangkan Polis Johor Akan Turun Ke Sekolah Setiap Bulan Ayob Khan

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 360 hits
Oleh SENARIO terkini yang memperlihatkan kadar jenayah melibatkan golongan pelajar sama ada yang menjadi mangsa atau pelaku jenayah mencetuskan kebimbangan semua pihak Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesalahan jenaya...
Tahniah Ayob Khan Antara 12 Pegawai Kanan Terima Apc 2020 Pdrm

Tahniah Ayob Khan Antara 12 Pegawai Kanan Terima Apc 2020 Pdrm

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 205 hits
KETUA Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2020 Polis Diraja Malaysia Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kana...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt