Jenayah Pelajar Membimbangkan Polis Johor Akan Turun Ke Sekolah Setiap Bulan Ayob Khan


Oleh Mohd Ridzwan Md. Iman
SENARIO terkini yang memperlihatkan kadar jenayah melibatkan golongan pelajar sama ada yang menjadi mangsa atau pelaku jenayah mencetuskan kebimbangan semua pihak.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesalahan jenayah indeks membabitkan pelajar sekolah di Johor adalah paling tinggi berbanding jenayah bukan indeks dan narkotik.
Katanya, statistik menunjukkan sebanyak 1,230 pelajar ditangkap bagi kesalahan jenayah indeks pada 2019, manakala 601 pelajar tahun lalu dan 77 pelajar bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.
“95 peratus kesalahan jenayah ini dilakukan pelajar sekolah menengah dengan pelajar lelaki mendominasi pelaku jenayah dengan bakinya lima peratus pelaku perempuan,” katanya pada program Modul Kesedaran Jenayah Kanak-kanak dan Remaja (MEKAR) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Beliau berkata, penglibatan jenayah paling tinggi dalam kalangan pelajar membabitkan kesalahan curi kenderaan, lain-lain curi, mencederakan orang, kes rogol, pecah rumah dan samun.
“Perangkaan pelajar menjadi mangsa perlakuan jenayah menunjukkan 58 peratus mangsa adalah terdiri daripada pelajar perempuan, manakala 42 peratus pelajar lelaki.
Bagi kes mangsa jenayah pula, kebanyakannya melibat kes rogol, mencederakan orang, curi kenderaan dan lain-lain kes curi.
“99 peratus pelaku dan mangsa jenayah adalah melibatkatkan pelajar sekolah menengah yang berusia antara 13 hingga 18 tahun,” katanya.
Ayob Khan berkata, bagi kes narkotik, pembabitan pelajar sebagai pelaku jenayah pada 2019 adalah seramai 43 orang, manakala 36 pelajar bagi tahun lalu dan empat pelajar pula bagi tempoh Januari hingga Mac lalu.
Katanya, antara kesalahan melibat kes tersebut yang hanya melibatkan pelajar sekolah menengah sahaja ialah memiliki dadah, memasukkan dadah ke dalam badan dan penyalahgunaan ketum.
“Meskipun perangkaan jenayah membabitkan pelajar menunjukkan penurunan, mungkin faktor pandemik COVID-19 yang melanda negara, namun langkah pencegahan serta program kesedaran perlu dilakukan supaya kes jenayah dapat ditangani,” katanya.
Beliau berkata, program kesedaran jenayah perlu bermula di peringkat sekolah lagi kerana seperti yang diketahui mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
“Daripada itu, tercetus idea hasil daripada kerjasama UTM dan Polis Johor untuk menghasilkan program MEKAR yang bertunjangkan kepada teori psikologi, kaunseling, kerohanian dan peruntukan perundangan,” katanya.
Katanya, program tersebut akandilaksanakan dalam seminggu atau dua minggu ini dan dilaksanakan secara berterusan.
“Saya akan memastikan pegawai dan anggota saya turun ke sekolah-sekolah lebih kerap selepas ini, sekurang-kurangnya sebuah sekolah setiap bulan,” kata Ayob Khan.– UtusanTV


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/jenayah-pelajar-membimbangkan-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Tebar Roti Canai Kini Ketua Polis Johor Ayob Khan Tak Lupa Asal Usul

Dulu Tebar Roti Canai Kini Ketua Polis Johor Ayob Khan Tak Lupa Asal Usul

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 636 hits
Dulu tebar roti canai kini Ketua Polis Johor Ayob Khan tak lupa asal usulAhad 25 April 2021 12 00 PMDulu dan sekarang Ayob Khan berkebolehan menebar roti canai sejak kecil foto instagram ayobkhanmydinSIAPA sangka di sebalik keperibadian Ket...
Lebih 6 Tan Dadah Dirampas Polis Johor Sepanjang 2021 Ayob Khan

Lebih 6 Tan Dadah Dirampas Polis Johor Sepanjang 2021 Ayob Khan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 338 hits
Oleh POLIS Johor berjaya merampas 6 27 tan dadah pelbagai jenis sepanjang tempoh antara 1 Januari 2021 hingga kelmarin Ketuanya Datuk Ayob Khan berkata dalam tempoh yang sama turut menyaksikan 4 593 ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik...
Pembabitan Pelajar Dalam Jenayah Indeks Tertinggi Di Johor Kata Ayob

Pembabitan Pelajar Dalam Jenayah Indeks Tertinggi Di Johor Kata Ayob

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 248 hits
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata bagi statistik pelajar menjadi mangsa perlakuan jenayah menunjukkan 58 mangsa adalah terdiri daripada pelajar perempuan manakala 42 pelajar lelaki JOHOR BAHRU Pembabitan pelajar sekolah di J...
Video Banyak Lagi Orang Nak Masuk Polis Yang Tak Guna Ni Kita Buang Cepat Ayob Khan

Video Banyak Lagi Orang Nak Masuk Polis Yang Tak Guna Ni Kita Buang Cepat Ayob Khan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 407 hits
728 total views 728 views today Tiada peluang kedua bagi anggota polis yang terlibat dadah kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika menjawab soalan wartawan berkenaan salah laku anggota dalam sidang media Polis Johor hari...
Profesor Pelajar Siasat Kes Jenayah Di Universiti Polis Kbs Dedah Barisan Pelakon Police Lesson

Profesor Pelajar Siasat Kes Jenayah Di Universiti Polis Kbs Dedah Barisan Pelakon Police Lesson

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 373 hits
Akhirnya drama terbaru KBS iaitu Police Lesson telah pun mengesahkan barisan pelakon utamanya Ianya membawa kisah mengenai detektif yang memberkas penjenayah dengan sedaya upayanya dan bekas penggodam yang menggunakan kebijaksaan untuk meny...
Pukul Pelajar Sekolah Kerana Vadai 5 Ditahan Polis

Pukul Pelajar Sekolah Kerana Vadai 5 Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 612 hits
JOHOR BAHRU Polis menahan lima remaja lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun susulan video kejadian pelajar Tingkatan Dua ditampar dan dikepung tular di media sosial hari ini kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Mohd Padzli Mohd Za...
Terkini Sidang Media Khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Dan Ketua Polis Johor

Terkini Sidang Media Khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Dan Ketua Polis Johor

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 323 hits
Ikuti secara langsung sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed dan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay AWANIterkini HapusCOVID19 SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub con...
Ujian Saringan Dadah Bagi Pelajar Sekolah Menengah Di Kelantan Kata Aadk

Ujian Saringan Dadah Bagi Pelajar Sekolah Menengah Di Kelantan Kata Aadk

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 326 hits
Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad berharap pihak sekolah akan memberikan kerjasama baik dengan tidak menyembunyikan data pelajar yang terlibat dadah PASIR PUTEH Agensi Antidadah Kebangsaan Kelantan akan melaksanakan program ujian saringan...
6 Pelajar Positif Covid 19 Sekolah Di Pj Tutup

6 Pelajar Positif Covid 19 Sekolah Di Pj Tutup

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 415 hits
Persatuan ibu bapa dan guru berkata kes pertama dilaporkan ke sekolah itu pada 7 April PETALING JAYA SJK Puay Chai 2 sebuah sekolah rendah di Bandar Utama ditutup buat sementara waktu berikutan jangkitan Covid 19 yang membabitkan pelajar da...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu