Tiada Kerjasama Dengan Pas Buat Masa Ini Kata Umno Sabah


Tracy PatrickTimbalan Ketua Yakub Khan (5 dari kanan) di persidangan Umno Putatan.
KOTA KINABALU: Umno Sabah tiada niat membentuk sebarang pakatan dengan parti-parti lain selain komponen Barisan Nasional pada masa ini, walaupun pakatan Umno-PAS di Semenanjung membuahkan hasil.

Timbalan Ketua Yakub Khan berkata Umno Sabah tumpu kepada pengukuhan dan menstabilkan parti selepas kekalahan mengejut pada pilihan raya umum lepas.

“Kami melihat bagaimana gabungan Umno-PAS berjaya mengalahkan parti-parti kerajaan dalam 2 pilihan raya kecil di Cameron Highlands dan Semenyih.

“Tetapi di Sabah, kami masih belum memutuskan mana parti yang kita mahu bekerjasama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persindangan Umno Putatan hari ini.
Beliau berkata Umno Sabah meminta autonomi daripada Umno nasional dan beliau percaya ia akan diberikan tidak lama lagi.

“Dengan kuasa autonomi, kita mempunyai kebebasan memilih rakan kongsi sendiri. Kami tidak akan terikat dengan pilihan yang dibuat di peringkat nasional.”

Beliau berkata partinya masih bekerjasama rapat dengan sekutu BN di Sabah iaitu MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Sabah, Abdul Aziz Julkarnain memberitahu kerjasama dengan PAS hanyalah usaha menjadi blok pembangkang yang berkesan.

Aziz bagaimanapun mengingatkan keadaan di Sabah berbeza dengan Semenanjung termasuk demografi penduduknya.

“Kami mempunyai sejumlah besar anggota bukan Islam dalam parti. Kami mempunyai antara 100,000 dan 158,000 ahli dari komuniti Kadazandusun Murut. Parti ini milik semua orang. Kami bukan etnik-sentris atau agama-sentris seperti parti-parti lain di negeri ini.

“Kami akan memperjuangkan kepentingan semua selagi ia selaras dengan peruntukan yang ditetapkan dalam perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Umno Sabah masih mempunyai bilangan terbesar anggota Umno di Malaysia walaupun jumlah sebenarnya mungkin berkurangan berikutan kekalahannya dalam pilihan raya tahun lepas.

Parti itu sedang mengemaskini senarai ahli tetapi menjangkakan penurunan jumlah ahli tidaklah lebih daripada 20% daripada 500,000 ahli asalnya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/tiada-kerjasama-dengan-pas-buat-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Pas Umno Untuk Kepentingan Islam La Konon Tapi Kenapa Di Semenanjung Saja Tidak Di Sabah Dan Serawak

Kerjasama Pas Umno Untuk Kepentingan Islam La Konon Tapi Kenapa Di Semenanjung Saja Tidak Di Sabah Dan Serawak

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 433 hits
Kerjasama PAS Umno tak libatkan Sabah S wak Anne Muhammad PARLIMEN Kerjasama antara PAS dan Umno hanya melibatkan semenanjung dan tidak melibatkan Sabah Sarawak Ketua pembangkang yang baru Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu telah diput...
Kerjasama Pas Umno Ibarat Taliban Di Afghanistan Kata Nga Kor Ming Viralhancing

Kerjasama Pas Umno Ibarat Taliban Di Afghanistan Kata Nga Kor Ming Viralhancing

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 302 hits
Kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata pembentu...
Kerjasama Umno Pas Tiada Kaitan Serangan Masjid Kata Ismail

Kerjasama Umno Pas Tiada Kaitan Serangan Masjid Kata Ismail

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 267 hits
Oleh Aliff Fikri AzizDiterbitkan pada 16 March 2019Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata wakil rakyat DAP tidak sepatutnya melihat dari sudut yang salah apabila menyamakan insiden berkenaan dengan perkembangan politik negara Foto oleh Ahma...
Kerjasama Pas Umno Bukan Untuk Najib Kata Abdul Hadi

Kerjasama Pas Umno Bukan Untuk Najib Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 376 hits
MalaysiaGazette PAS Sidang akhbar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Wisma Darul Iman KUALA LUMPUR Kerjasama Pas UMNO bukan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri semula sebaliknya untuk mengembalikan kepimpinan orang Melayu k...
Kerjasama Politik Umno Pas Terbukti Berkesan Kata Penganalisis Politik

Kerjasama Politik Umno Pas Terbukti Berkesan Kata Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 353 hits
Kemenangan BN dalam PRK Semenyih juga merupakan satu bentuk referendum rakyat terhadap kerajaan negeri dan pusat supaya menunaikan janji pilihan raya dan tidak dilihat mengabaikan kepentingan orang Melayu dan Islam Kerjasama politik Umno PA...
Kerjasama Umno Pas Tidak Gugat Ph Kata Ahli Akademik

Kerjasama Umno Pas Tidak Gugat Ph Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 434 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli akademik berpendapat Pakatan Harapan tidak terjejas dengan kerjasama Umno Pas memandangkan PH yang pada masa ini memegang kuasa Pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddi...
Kalau Kerjasama Dalam Pru Pas Tak Dapat Apa Kata Dr M

Kalau Kerjasama Dalam Pru Pas Tak Dapat Apa Kata Dr M

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 246 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui kerjasama antara Umno dan PAS telah membawa kemenangan kepada BN pada pilihan raya kecil Semenyih Loading Kali terakhir kami menang pada pilihan raya umum ke 14 adalah kerana PAS dan Umno terbaha...
Kerjasama Umno Pas Formula Kemenangan Calon Bn

Kerjasama Umno Pas Formula Kemenangan Calon Bn

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 241 hits
Oleh Jalal Ali Abd Rahim Iskandar Ibrahim Mohd Nasaruddin Parzi dan Ahmad Suhael AdnanMOHAMAD menjawab soalan media di Pusat Pengiraan Undi Dewan Seri Cempaka Foto Mohd Yusni AriffinKAJANG Barisan Nasional menyifatkan kerjasama parti itu de...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih