Tiada Keperluan Untuk Isytihar Darurat Semua Ahli Politik Perlu Memberhentikan Segera Bermain Politik Titah Ydp Agong


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia buat masa ini.
Seri Paduka Baginda sebaliknya mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan rasmi pada Ahad, selepas pertemuan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan Ahli-Ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab.
“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.
“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.
“Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada,” jelas kenyataan itu.
Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.
Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian COVID-19 di negara ini.
“Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang telah pernah dipamerkan bersama, kita mampu sekali lagi berganding bahu memerangi gelombang ketiga penularan wabak ini.
Sehubungan dengan itu, baginda menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik, mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing.
Ia bagi membantu Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa membendung wabak COVID-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini.
Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga wabak COVID-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.
Terdahulu, Raja-Raja Melayu dilaporkan mula bersidang bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah setelah kenderaan rasmi yang membawa Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad .
Pertemuan khas bersama Al-Sultan Abdullah itu adalah bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Ia susulan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Jumaat.
Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Tm55oj
via IFTTT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/10/tiada-keperluan-untuk-isytihar-darurat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Titah Tiada Keperluan Isytihar Darurat

Agong Titah Tiada Keperluan Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 250 hits
SHAH ALAM 25 OKT Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah bertitah tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau ma...
Tiada Keperluan Isytihar Darurat Kata Agong

Tiada Keperluan Isytihar Darurat Kata Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 325 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini Titah baginda kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan pe...
Tiada Keperluan Isytihar Darurat Di Negara Ini Yang Di Pertuan Agong

Tiada Keperluan Isytihar Darurat Di Negara Ini Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 289 hits
Dalam kenyataan media yang baharu dikeluarkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah telah berkenan memperhalusi permoho...
Agong Mendapati Tiada Keperluan Isytihar Darurat

Agong Mendapati Tiada Keperluan Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 298 hits
Oleh bharian com Oktober 25 2020 6 34pmYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah bertitah tiada keperluan untuk mengisyt...
Agong Boleh Isytihar Darurat Jika Kemelut Politik Ketika Covid 19 Mengganas Berterusan

Agong Boleh Isytihar Darurat Jika Kemelut Politik Ketika Covid 19 Mengganas Berterusan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 300 hits
Situasi ini kata Haniff akan menyebabkan Agong berdepan kesukaran untuk melantik pihak yang benar benar memiliki majoriti disebabkan unsur kecurigaan yang timbul Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah boleh mengisytiharkan darurat sekiranya keme...
Tak Perlu Isytihar Darurat Kata Agong

Tak Perlu Isytihar Darurat Kata Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 196 hits
PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana mana bahagian di dalam negara Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad ...
Tolak Isytihar Darurat Manifestasi Agong Dukung Sistem Demokrasi

Tolak Isytihar Darurat Manifestasi Agong Dukung Sistem Demokrasi

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 341 hits
Keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Raja Melayu menolak pengisytiharan darurat disifatkan sebagai manifestasi dukungan baginda terhadap keutuhan sistem demokrasi di negara ini Pres...
Tiada Darurat Covid 19 Ditangani Cara Berkesan Titah Agong

Tiada Darurat Covid 19 Ditangani Cara Berkesan Titah Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 235 hits
Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menegaskan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan amat penting kepada rakyat Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 25 Okt Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri yatuddin Al Mustafa Billa...
Isytihar Proklamasi Darurat Kuasa Khas Agong

Isytihar Proklamasi Darurat Kuasa Khas Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 220 hits
MOHD RIDZUAN ABU HASSAN Al Sultan AbdullahSHAH ALAM Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa khas kepada Yang di Pertuan Agong untuk mengisytiharkan proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati bahawa suatu darurat besar seda...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik