Tiada Keperluan Untuk Berundur Kata Azam


MALAYSIA NOW
Menurut ketua pesuruhjaya SPRM itu, hanya Yang di-Pertuan Agong yang paling layak menamatkan tugasnya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata tiada keperluan untuk meletakkan jawatan, menjawab serangan pelbagai pihak yang mendesak berikutan dakwaan mempunyai konflik kepentingan dalam pemilikan saham beberapa syarikat.
Azam berkata beliau “menyerahkan dirinya” untuk disiasat dan memohon semua pihak bersabar kerana kebenaran akan muncul juga akhirnya.
“Saya dengan tegas dan tetap dengan pendirian teguh saya untuk tidak meletakkan jawatan kerana tidak ada keperluan untuk saya berundur.
“Hanya seorang individu yang paling layak dan boleh menamatkan tugas saya adalah Yang di-Pertuan Agong, selain daripada itu, saya tidak mahu ambil peduli dengan apa jua tuntutan yang mahu diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Tegas Azam lagi, beliau mengikuti segala protokol ditetapkan dan melakukan apa yang sepatutnya dilaksanakan.
Menurut Azam, beliau tidak pernah merayu kepada mana-mana pihak atau parti politik untuk memihak kepadanya berhubung isu saham yang dihadapinya ketika ini dan menegaskan beliau sendiri akan menunjukkan kebenaran pada masa yang sesuai
“Bukan perlu untuk saya memaklum balas perkara seperti ini.
“Saya bukan ahli politik tetapi seorang pegawai tinggi kerajaan yang banyak kerja lain yang perlu diberi tumpuan dan diselesaikan.
“Tidak ada keperluan kepada saya sebenarnya untuk saya memaklumkan kepada masyarakat kerana nanti nampak macam saya tiada kerja lain untuk dilakukan,” katanya.
Pendirian Azam mengenai isu tersebut dilihat senada dengan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Abu Zahar Ujang semalam yang berkata beliau tiada apa-apa untuk disembunyikan berhubung keputusan membersihkan ketua pesuruhjaya SPRM itu daripada dakwaan tersebut.
Beliau turut menambah dirinya sedia disiasat oleh beberapa agensi atau jika diarahkan sanggup untuk meletakkan jawatan.
Azam dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 bagi menggantikan Latheefa Koya yang meletakkan jawatan.
Pelantikan beliau juga berlaku beberapa hari selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan selepas Muhyiddin Yassin dilantik menjadi perdana menteri.
Isu mengenai pemilikan saham oleh Azam itu timbul susulan beberapa artikel oleh Lalitha Kunaratnam yang merupakan seorang aktivis dan mempunyai kaitan dengan C4 Center, sebuah NGO diketuai aktivis Cynthia Gabriel, sementara felo pengarahnya, Edmund Terence Gomez juga turut meletakkan jawatan sebagai salah seorang anggota panel SPRM.
Beberapa artikel oleh Lalitha mendakwa wujud konflik kepentingan dalam pemilikan saham Azam.
Berikutan penerbitan artikel tersebut, ketua pesuruhjaya SPRM itu kemudiannya menghantar surat tuntutan terhadapnya.
Laporan polis turut dibuat oleh SPRM yang menyifatkan dakwaan oleh Lalitha tersebut adalah palsu dan tidak mengemukakan bukti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/tiada-keperluan-untuk-berundur-kata-azam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjelasan Azam Baki Buktikan Sikap Telus Dan Keterbukaan Kata Penganalisis

Penjelasan Azam Baki Buktikan Sikap Telus Dan Keterbukaan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 95 hits
MALAYSIA NOW Menurut penganalisis tindakan Azam memberi penjelasan kepada LPPR adalah mengikut saluran yang betul Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada sidang media di Putrajaya Tindakan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Bak...
Kita Sibuk Dengan Azam Baki Mereka Sibuk Dengan Luluskan Projek Kata Anwar

Kita Sibuk Dengan Azam Baki Mereka Sibuk Dengan Luluskan Projek Kata Anwar

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 257 hits
freemalaysiatoday com January 11 2022 10 25 PMIsu rasuah lebih besar seperti kertas Pandora konsesi Spanco Sdn Bhd dan Digital Nasional Berhad perlu juga diberi perhatian kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim PETALING JAYA Rakyat tidak sepat...
4 Barang Keperluan Turun Harga Mulai Esok Kata Kpdnhep

4 Barang Keperluan Turun Harga Mulai Esok Kata Kpdnhep

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 142 hits
Empat barangan berkenaan terlibat dalam pelarasan semula harga sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan BUKIT MERTAJAM Ayam telur ayam sawi dan kacang panjang akan mengalami penurunan harga di seluruh negara bermula esok dalam usah...
Azam Kata Tak Salah Takut Apa Disiasat

Azam Kata Tak Salah Takut Apa Disiasat

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 119 hits
Penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki dalam sidang media semalam tidak menyelesaikan isu pembelian saham terkait dirinya pada persepsi awam Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Is...
Apa Keperluan Mempertahan Azam Baki Dia Bukan Bersalah Cuma Perlu Disiasat

Apa Keperluan Mempertahan Azam Baki Dia Bukan Bersalah Cuma Perlu Disiasat

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 138 hits
Siasat untuk membersihkan nama Enggan atau mengelak atau beralasan akan membawa akibat atau hasil yang lebih buruk atau merugikan DITUKARKAN ke jabatan lain juga lebih sesuai dan tepat Kenapa ahli lembaga penasihat lain menjarakan diri dan ...
Pemberi Maklumat Isu Azam Baki Beli Saham Mempertahankan Maklumat

Pemberi Maklumat Isu Azam Baki Beli Saham Mempertahankan Maklumat

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 167 hits
Pemberi Maklumat Isu Azam Baki Beli Saham Mempertahankan Maklumat Pemberi maklumat K Lalitha yang menulis mengenai pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam dua syarikat senaraian awam mempertahankan laporannya Dalam satu kenya...
Is The Whistleblower In The Azam Baki Case A Whistleblower

Is The Whistleblower In The Azam Baki Case A Whistleblower

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 237 hits
And this is the crux of the Lalitha Kunaratnam accusation against MACC s Azam Baki She is not a whistleblower because she did not lodge a confidential report to the MACC but published two articles Hence she cannot claim whistleblower status...
Azam Baki Perlu Berehat Sementara Atau Digantung Tugas

Azam Baki Perlu Berehat Sementara Atau Digantung Tugas

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 123 hits
SHAH ALAM Isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki yang hangat diperkatakan seharusnya mendorong pemimpin nombor satu itu berundur sementara waktu Pengerusi Yayasan Keperihati...
4fingers Senarai Menu Harga Terkini

Kisah Tokoh Agung Bernama Zulkarnain

Anak Erni Zakri Kini Sudah 7 Bulan Banyak Cakap Semua Benda Nak

Tahniah Johor Darul Takzim Juara Sukan Malaysia Sukma Xx Msn 2022 Dan Kedudukan Pingat Sukma Xx Msn 2022

Adik Saya Di Dera Kes Pelajar Di Dera Di Madrasah Maha Zalim L Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan

Kak Wan Mee Celup Bukit Bunga Kelantan

Filem Terbaru Cloverfield Sedang Dalam Pembangunan

3 Kali Pujuk Tak Layan Sekali Abie Ayat Terus Okay Gelagat Adik Ni Buat Ramai Terhibur



6 Teknik Pemasaran Salah Tapi Kita Benarkan Tanpa Sedar

Biodata Penyanyi Tomok New Boyz Peserta Gegar Vaganza 2022 Musim 9 GV9

Fahami Status Bankrap Risiko Kesan Dan Salah Faham

Biodata Penyanyi Fuad Rahman Singapura Peserta Gegar Vaganza 2022 Musim 9 GV9

5 Selebriti Yang Memiliki Kelab Bola Sepak Sendiri


Cuma 2 Hari Bergelar Isteri Gadis 17 Tahun Tak Nak Pegang Gelaran Janda

Buasir Otak Tv Ya Sudahlah

Cara Untuk Memaparkan Peratusan Bateri Pada Layar Peranti Android

Ibu Tunggal Paksa Anak Gadis Bawah Umur S Ks Dengan Ramai Lelaki Untuk Bayar Hutang Lelaki Umur 60 Tahun Pun Ada

Ayah Jenis Alim Orangnya Tak Suka Hiburan Atau Jenis Macam Ni Remaja Reda Koleksi Barangan K Pop Dibakar

Jamboo Cafe Di Kuala Lumpur Cafe Yang Cantik Dengan Menu Sihat Yang Menarik