Tiada Bukti Sokong Teori Bunuh Beramai Ramai Bekas Pm Australia Kata Kpn


Faiz ZainudinKetua Polis Negara, Abdul Hamid ketika sidang media di Pulapor hari ini. KUALA LUMPUR: Tiada bukti menyokong teori juruterbang pesawat MH370 mungkin melakukan pembunuhan beramai-ramai seperti yang didedahkan bekas perdana menteri Australia, Tony Abbott.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata perkara itu berdasarkan siasatan yang dilakukan pihaknya dengan mengambil kira pelbagai sudut susulan kehilangan misteri pesawat tersebut.

Katanya, selagi rangka kapal terbang itu tidak ditemui, punca sebenar kehilangan MH370 tidak boleh dimuktamadkan.

“Ia masalahnya sekarang, kita tidak jumpa rangka kapal terbang itu, kita tidak dapat menemui manusia yang terlibat atau mereka yang menjadi penumpang kapal terbang itu.

“Saya tidak tahu siapa pegawai tertinggi Malaysia yang Abbott maksudkan itu, tapi pihak kita sewaktu itu saya pun terlibat dalam siasatan kehilangan MH370.

“Kita menyiasat di seluruh sudut baik dari segi keganasan, hijack oleh pihak tertentu, macam-macam teori dengan menggunakan teknologi canggih, jadi banyak fakta telah terkumpul,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Penggantian Lif di Pusat Latihan Polis (Pulapor) hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Abbott sebagai berkata pegawai “berpangkat tertinggi” Malaysia memberitahunya juruterbang pesawat MH370 mungkin melakukan pembunuhan beramai-ramai, menjelang ulang tahun ke-6 kehilangan pesawat itu, bulan depan.

“Pemahaman saya – pemahaman saya yang amat jelas – daripada peringkat tertinggi kerajaan Malaysia ialah sejak awal lagi mereka menganggap ia ialah pembunuhan-bunuh diri oleh juruterbang,” kata Abbott yang menjadi perdana menteri ketika pesawat hilang 6 tahun lalu, kepada dokumentari Sky News yang baru.

Abbott dalam wawancara itu enggan mendedahkan identiti pegawai Malaysia terbabit.

“Saya tidak akan beritahu siapa cakap apa kepada siapa. Tetapi, biar saya ulangi – Saya mahu terangkan – ia difahamkan di peringkat tertinggi yang ini hampir pasti (kes) pembunuhan dan bunuh diri oleh juruterbang. Pembunuhan beramai-ramai dan bunuh diri oleh juruterbang,” katanya.

Tetapi, Abbott berkata, beliau tidak mengesyaki ada konspirasi untuk menyembunyikan dakwaan rancangan pembunuhan oleh juruterbang itu, tetapi menyokong sebarang langkah membuka semula siasatan.

Mengulas lanjut, Hamid berkata Abbott berhak menyatakan pendiriannya berdasar maklumat yang diterima kepada media.

“Saya beri keistimewaan kepada beliau sebagai perdana menteri waktu itu, kalau beliau nak kongsi kepada media, apa yang dibualkan dengan pegawai atasan Malaysia itu terpulang kepada beliau.

“Saya di pihak polis tidak boleh memberi apa-apa komen selagi tidak ditemui (pesawat) berdasarkan undang-undang,” katanya.

Hamid berkata pihaknya bersedia membuka semula kertas siasatan jika rangka pesawat itu ditemui.

Penerbangan Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan kru itu hilang kira-kira 40 minit selepas meninggalkan Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.

Kehilangan pesawat itu dianggap satu daripada misteri terbesar penerbangan, serta ia berakhir dengan misi mencari dan menyelamat paling lama serta mahal dalam sejarah.

Timbul beberapa teori konspirasi berhubung kehilangan MH370, termasuk juruterbang kanannya yang berusia 53 tahun, Zaharie Ahmad Shah sengaja melencongkan pesawat itu daripada laluan biasa selepas kata-kata terakhirnya “Selamat malam. Malaysian 3-7-0” sebelum pesawat itu hilang daripada radar pada 1.21 pagi.

Teori “juruterbang jahat” bagaimanapun ditepis rakan Zaharie dan juruterbang lain.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/tiada-bukti-sokong-teori-bunuh-beramai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Bukti Juruterbang Mh370 Dalam Misi Bunuh Diri Kpn

Tiada Bukti Juruterbang Mh370 Dalam Misi Bunuh Diri Kpn

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR 19 Feb Belum ada bukti yang kukuh bahawa juruterbang pesawat MH370 berkemungkinan melakukan pembunuhan beramai ramai dan membunuh diri seperti didakwa bekas perdana menteri Australia Tony Abbott kata Ketua Polis Negara Tan Sri ...
Beredar Video Bocah Di Australia Menangis Ingin Bunuh Diri Karena Di Bully Katanya Tak Tahan Lagi

Beredar Video Bocah Di Australia Menangis Ingin Bunuh Diri Karena Di Bully Katanya Tak Tahan Lagi

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 298 hits
Tapi muncul sebuah anggapan yang mengatakan kalau bocah itu sebenarnya sudah berumur 18 tahun dan hidup serba glamor Waduh yang benar yang mana
Bekas Suami Ditahan Kes Kelar Bunuh Isteri

Bekas Suami Ditahan Kes Kelar Bunuh Isteri

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR 20 Feb Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang wanita di tempat letak kenderaan di Pusat Bandar Puchong Jaya dekat sini malam tadi Ketua Polis Daerah Serdang ...
Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 308 hits
Umno tidak menolak kemungkinan menyokong usul undi percaya kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat Bagaimanapun Timbalan Presidennya Mohamad Hasan berkata...
Pertukaran Ketua Polis Johor Nak Kaitkan Dengan Insiden Itu Terpulang Kata Kpn

Pertukaran Ketua Polis Johor Nak Kaitkan Dengan Insiden Itu Terpulang Kata Kpn

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 293 hits
KETUA Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata terpulang untuk masyarakat mengaitkan pertukaran Ketua Polis Johor Mohd Kamarudin Md Din ke Bukit Aman dengan insiden itu Manurut Abdul Hamid sukar baginya untuk menepis sebarang persepsi...
Agong Putuskan Kemudian Pm Mp Tiada Pilihan Kata Bekas Hakim

Agong Putuskan Kemudian Pm Mp Tiada Pilihan Kata Bekas Hakim

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 312 hits
PETALING JAYA Tiada sesiapa pun boleh mengenakan syarat terhadap Yang di Pertuan Agong dalam memutuskan siapa yang mengawal majoriti di Dewan Rakyat kata hakim bersara Gopal Sri Ram ketika Umno meminta Dr Mahathir Mohamad menerima kesemua a...
Usul Undi Percaya Pas Komponen Ph Juga Perlu Sokong Mahathir Kata Penganalisis

Usul Undi Percaya Pas Komponen Ph Juga Perlu Sokong Mahathir Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 324 hits
Pengisytiharan Pas yang akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui usul undi percaya di Dewan Rakyat wajar dilihat sebagai peringatan agar kesemua anggota dewan untuk terus menyokong pentadbiran beliau Malah d...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Rodziah To Confirm On Monday Which Pkr Post She Seeks

Amanah Urges End To Religious Debates For Harmony

Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Adventure To Mount Everest Conquering The World S Tallest Peak

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Langkawi Umno Rejects Return To Old Election System

Sudah Hampir 3 Tahun Dap Dalam Kerajaan Segala Tuduhan Seperti Yang Ada Dalam Vi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi