Tiada Bukti Kukuh Untuk Dakwa Khairuddin Langgar Perintah Kuarantin Wajib Peguam Negara


Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali atas pelanggaran kuarantin kerana tiada keterangan yang kukuh.


Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata hasil kajian dan penelitian terhadap segala keterangan yang dikemukakan, mendapati pegawai diberi kuasa telah menggunakan budi bicaranya untuk tidak mengeluarkan perintah pemerhatian atau pengawasan di rumah bagi mengarahkan menteri berkenaan menjalani pemerhatian atau pengawasan di rumah di bawah subseksyen 15(1) Akta 342.


“Borang 14b seperti diperuntukkan dalam garis panduan Kementerian Kesihatan yang mengandungi perintah pemerhatian atau pengawasan selaras dengan subseksyen 15(1) Akta 342 tidak pernah diserahkan kepada menteri berkenaan sebelum beliau dibenarkan pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Idrus berkata bagi menjadikan perbuatan melanggar perintah kuarantin di rumah sebagai suatu kesalahan di bawah Akta 342, perintah pemerhatian atau pengawasan di rumah mestilah diserahkan kepada menteri tersebut terlebih dahulu sebagaimana kehendak di bawah subseksyen 15(1) Akta 342.


Berdasarkan pertimbangan tersebut, katanya, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap Mohd Khairuddin memandangkan tiada keterangan yang kukuh bagi memenuhi beban bukti yang diperlukan di bawah undang-undang.


Idrus juga mengesahkan bahawa siasatan mengenai aduan terhadap Mohd Khairuddin di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) telah selesai dijalankan oleh pihak polis.


“Penelitian terhadap kertas siasatan dikemukakan oleh polis menunjukkan menteri itu telah berlepas ke Turki pada 3 Julai 2020 dan kembali ke Malaysia pada 7 Julai 2020,” katanya.


Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Mohd Khairuddin telah menjalani ujian calitan COVID-19 dan keputusannya adalah negatif, katanya.


Justeru, katanya, menteri itu dibenarkan pulang ke kediamannya oleh pegawai Kementerian Kesihatan, selaku pegawai diberi kuasa yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta 342.


Idrus berkata Mohd Khairuddin  telah menjalani ujian saringan kali kedua pada 10 Julai lalu di Hospital Kuala Lumpur sebelum menghadiri majlis dii Istana Negara pada 17 Ogos lalu.


Menurutnya, keputusan saringan kali kedua adalah negatif.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/tiada-bukti-kukuh-untuk-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langgar Perintah Kuarantin Wajib Tiada Tindakan Dikenakan Terhadap Khairuddin Pejabat Peguam Negara

Langgar Perintah Kuarantin Wajib Tiada Tindakan Dikenakan Terhadap Khairuddin Pejabat Peguam Negara

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 286 hits
Pejabat Peguam Negara hari ini membuat keputusan tiada tindakan yang akan dikenakan terhadap seorang menteri yang didapati melanggar arahan kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi Khairudd...
Peguam Negara Tiada Bukti Kukuh Dakwaan Kesalahah Yb Khairuddin Langgar Kuarantin

Peguam Negara Tiada Bukti Kukuh Dakwaan Kesalahah Yb Khairuddin Langgar Kuarantin

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 317 hits
nbsp KUALA LUMPUR Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali atas pelanggaran kuarantin kerana tiada keterangan yan...
Bagus Peguam Negara Pn Tak Akan Dakwa Menteri Sindir Shahrir Samad

Bagus Peguam Negara Pn Tak Akan Dakwa Menteri Sindir Shahrir Samad

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 375 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPemimpin Umno menyindir tindakan Peguam Negara yang mengarahkan untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Datuk Khairuddin Aman Razali atas alasan menteri itu tidak diberikan borang menjalani perintah kuarantin Ke...
Khairuddin At Takiri Terlepas Dakwaan Langgar Kuarantin

Khairuddin At Takiri Terlepas Dakwaan Langgar Kuarantin

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 410 hits
Khairuddin At Takiri Terlepas Dakwaan Langgar Kuarantin Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali berhubung tindakan melanggar kuarantin wajib...
Langgar Arahan Kuarantin Wajib 14 Hari Juruteknik Dipenjara 14 Hari Amp Denda Rm1 000

Langgar Arahan Kuarantin Wajib 14 Hari Juruteknik Dipenjara 14 Hari Amp Denda Rm1 000

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 412 hits
Gara gara melanggar arahan kuarantin seorang juruteknik di sebuah syarikat kejuruteraan swasta dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan denda RM1 000 nbsp Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Md Syafrizan...
Peguam Negara Putuskan Tiada Tindakan Terhadap Khairuddin

Peguam Negara Putuskan Tiada Tindakan Terhadap Khairuddin

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 278 hits
M Update 21 10 2020 Pejabat Peguam Negara memutuskan tiada tindakan akan diambil terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali atas kesalahan melanggar kuarantin wajib COVID 19 Sebelum ini Kemente...
Kenapa Saya Minta Kerajaan Dakwa Khairuddin Jelas Najib

Kenapa Saya Minta Kerajaan Dakwa Khairuddin Jelas Najib

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 353 hits
Sudah tentu Uncle Kit Siang dan gengnya akan memainkan berita Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Menteri PAS Khairuddin dan mengklasifikasikan kes dia sebagai No Further Action Sebab itu saya telah nasih...
Kes Khairuddin Takiri Implikasi Undang Undang 2 Darjat Kata Peguam

Kes Khairuddin Takiri Implikasi Undang Undang 2 Darjat Kata Peguam

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 508 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONKeputusan Peguam Negara melepaskan Menteri Pembangunan Komoditi dan Perladangan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyebabkan rakyat mempunyai persepsi negatif bahawa undang undang dijalankan secara dua darjat Secara rum...
Bangsa Melayu Takkan Maju Jika Aktor Politik Sama Perintah Negara

Bangsa Melayu Takkan Maju Jika Aktor Politik Sama Perintah Negara

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 332 hits
Berebut cari kepentingan diri pengikut pula dijadikan batu loncatan BANGI Senario politik sekarang jelas menampakkan pemimpin sedia ada sibuk mencari kepentingan diri sehingga parti Melayu yang kononnya memperjuangkan rakyat kini hilang ara...
Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Rekod Pn Ketika Covid 19 Adalah Ulangan Mimpi Gagal

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Get Started With Unit Trust Investment In Malaysia

Spaghetti Aglio Olio Dan Bab B40 Di London

Tengah Diuji Tapi Rasa Tuhan Diam Mungkin Ini Sebabnya

Resepi Ikan Bakar Sambal

Biodata Muaz Zabir Pelakon Dan Jurulatih Kecergasan Dari Negeri Sembilan

Documented Cases Compromised Nonprofits In Abuse Scandals