Kenapa Saya Minta Kerajaan Dakwa Khairuddin Jelas Najib
Sudah tentu Uncle Kit Siang dan gengnya akan memainkan berita Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Menteri PAS Khairuddin dan mengklasifikasikan kes dia sebagai No Further Action (NFA).
Sebab itu, saya telah nasihatkan kerajaan PN untuk terus mendakwa Khairuddin atas kecuaian dia tidak menjalani kuarantin wajib setelah pulang dari luar negara.
Kerana saya tak larat lagi tengok Uncle Lim membuat puluhan posting untuk isu yang sama dan tidak mahu isu ini terus dijadikan modal propaganda untuk menyerang PAS dan PN/BN.
Masa itu, saya jelaskan bahawa kemungkinan besar Khairuddin akan didapati tidak bersalah dari segi undang-undang jika kes dibicarakan dalam mahkamah.
Saya berpendapat demikian kerana saya percaya dia tidak diberikan arahan kuarantin dan tidak disuruh untuk memakai gelang pink oleh pihak KKM atau imigresen.
Khairuddin juga telah membayar denda kompaun RM1,000 untuk menyelesaikan kesalahan ini
Dari segi undang-undang, Khairudin juga tidak boleh didakwa dua kali untuk kesalahan yang sama.
Sebab itu, saya percaya kes dia akan dibuang hakim jika kes dia naik ke mahkamah. Yang salah pula mungkin pegawai KKM yang tidak mengeluarkan arahan kuarantin bagi dia setelah pulang dari luar negara - melainkan Khairuddin sendiri enggan menerima arahan kuarantin dari pegawai KKM.
Dan jika didapati bersalah pun, hakim mungkin akan mengambil kira bahawa Khairuddin disahkan negatif Covid dan dia secara sukarela suka menderma berbulan-bulan gaji dia.
Kes Khairuddin tidak boleh disamakan dengan makcik di Perak yang dipenjarakan 1 hari dan didenda RM8,000 dan kes pencetus kluster Sivagangga amat besar iaitu pemilik restoran yang dipenjarakan 5 bulan.
Sebab wanita dan pemilik restoran (yang disahkan positif Covid) tersebut telah menerima arahan kuarantin dan memakai gelang pink - tak sama dengan Khairuddin yang negatif Covid dan tidak dikenakan arahan kuarantin atau disuruh pakai gelang pink.
Pada saya, Kharuddin telah melakukan kesilapan moral yang dia mengaku sudah insaf dan menderma gaji dia. Dari segi undang-undang, ianya amat susah untuk mendapati dia bersalah.
Tapi lebih elok lagi jika peguam negara mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan tindakan dia untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Khairuddin - seperti cara Tommy Thomas mengeluarkan penjelasan panjang lebar kenapa dia tarik balik tuduhan LTTE atau tidak mendakwa Anwar dan Azmin ketika zaman gagalkrasi PH
P.S. Sebelum puak PH Plus memperlekehkan keputusan NFA ke atas Khairuddin, saya nak mengingatkan mereka dua keputusan NFA dalam tempoh 22 bulan Gagalkrasi mereka juga
Siasatan polis untuk skandal forex BNM RM33 bilion (bernilai RM100 bilion) yang dimulakan atas syor keputusan Siasatan diRaja dihentikan, laporan polis ditarik balik dan kes diklasifikasikan sebagai NFA.
Akibatnya, tiada seorang pernah diambil tindakan atau didapati bersalah walaupun dana negara yang bernilai hampir RM100 bilion lesap begitu sahaja tanpa satu habuk aset atau satu sen pernah didapati semula
Kertas siasatan SPRM ke atas Shafie Apdal untuk kes skandal Air Sabah RM1.5 bilion juga telah ditolak peguam negara PH Tommy dan kes diklasififasikan sebagai NFA dengan alasan bukti tak cukup (bukan tidak ada bukti)
Akibatnya, kes-kes mahkamah di mana SPRM telah berjaya merampas ratusan juta ringgit wang tunai dan aset dari pegawai Air Sabah pada tahun 2017 terus diam sehingga kini
Ingat. Jangan tak ingat, ya?
NAJIB RAZAK
MR : Lim kit siang perlu ingat..kes khairuddin Dan kes anaknya LGE Tak sama.Kes khairuddin disiasat oleh polis Dan didapati Tak perlu diteruskan..manakala kes LGE ditamatkan Sampai SPRM Dan PM Masa tu terkejut...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2020/10/kenapa-saya-minta-kerajaan-dakwa.html