Tiada Bukti Kaitkan Pelanggaran Van Jentera Bomba Dengan Manusia Saksi


MALAYSIAKINI



    INKUES | Mahkamah Koroner di Shah Alam hari ini diberitahu pemeriksaan ke atas jentera bomba Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tidak menemui sebarang bukti untuk mengaitkan pelanggaran di antara dua kenderaan itu dengan manusia, semasa kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November lepas

Pegawai Sains dari Jabatan Kimia Malaysia, Muhamad Firdhaus Ramli berkata, pemeriksaan ke atas kedua-dua kenderaan itu dilakukannya sembilan hari selepas kejadian iaitu pada 5 Disember setelah menerima permintaan daripada pihak polis.

"Ketika pemeriksaan, tiada sebarang baju, fiber atau bukti biologi seperti rambut, darah ditemui pada kedua-dua kenderaan," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin sebagai pegawai pengendali inkues bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Kenal pasti penglibatan manusia
Faten: Boleh jadi atau tidak, pelanggaran kenderaan dengan manusia tanpa meninggalkan bukti fiber atau biologi?

Mohd Firdhaus: Boleh.

Faten: Adakah bukti biologi boleh hilang jika kenderaan itu berada dalam keadaan terdedah dan tidak tertutup beberapa hari sebelum pemeriksaan dibuat?

Mohd Firdhaus: Pada pendapat saya bukti biologi boleh hilang atas sebab faktor persekitaran seperti hujan.

Faten: Menurut polis, dua kenderaan itu (FRT dan EMRS) telah diserang perusuh menggunakan senjata dan tangan, apa yang menyebabkan DNA tidak ditemui?

Mohd Firdhaus: Jika mengikut sains, sekiranya ada pelanggaran mesti ada sentuhan fizikal tetapi pemeriksaan saya tiada menjumpai bukti biologi.
Saksi ke-26 itu berkata, pemeriksaan ke atas dua kenderaan itu dilakukannya pada 5 Disember, jam 10 pagi selepas diarahkan Pengarah Bahagian Kriminalistik untuk membuat pemeriksaan terhadap FRT dan van EMRS di IPD Subang Jaya.

"Pemeriksaan dibuat untuk memeriksa pelanggaran dua kenderaan bomba itu dan mengenal pasti penglibatan manusia atau tidak," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kerosakan pada FRT di bahagian belakang sisi kiri hadapan, dan cermin hadapan retak.

"Manakala pemeriksaan ke atas van EMRS mendapati ada kerosakan di bahagian hadapan iaitu ada lekuk yang konsisten dengan FRT," katanya sambil menambah antara spesimen yang diambil adalah cat hitam, cat merah, putih dan kuning daripada kenderaan berkenaan.

Muhammad Adib yang juga anggota bomba EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, meninggal dunia selepas mengalami cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lepas.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung esok.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/tiada-bukti-kaitkan-pelanggaran-van.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Andaikan Tayar Emrs Lenyek Anggota Bomba

Saksi Andaikan Tayar Emrs Lenyek Anggota Bomba

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 582 hits
SHAH ALAM Muhammad Adib Mohd Kassim yang dihimpit Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dan kereta akibat pergerakan mengundur Fire Rescue Tender saksi ke 20 hari ini mengandaikan anggota bomba tersebut dilenyek oleh tayar van itu Memberitahu...
Saksi Pertama Dipanggil Pendakwa Kata Ada Bukti Najib Beli Butik Di Hawaii

Saksi Pertama Dipanggil Pendakwa Kata Ada Bukti Najib Beli Butik Di Hawaii

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 406 hits
Saksi pertama perbicaraan Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan penyelewangan dana SRC International Sdn Bhd dipanggil petang ini Muhamad Akmaludin Abdullah 35 penolong pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia dipanggil pihak pendakwa pada jam...
Bomba Minta Tidak Perlu Jalankan Bedah Siasat Terhadap Mayat Adib Saksi Ke 28

Bomba Minta Tidak Perlu Jalankan Bedah Siasat Terhadap Mayat Adib Saksi Ke 28

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 678 hits
Saksi ke 28 dalam Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Subang Jaya Asisten Superintendan Lew Keng Joe berkata ada beberapa pegawai bomba memaklumkan tidak perlu menjalankan bedah siasat...
Mustahil Dipukul Dan Ditarik Keluar Dari Van Saksi Inkues Adib

Mustahil Dipukul Dan Ditarik Keluar Dari Van Saksi Inkues Adib

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 454 hits
Inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim masuk hari ke 17 SHAH ALAM Sangat mustahil kepatahan tulang rusuk pertama hingga ketujuh di bahagian kiri belakang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim disebabkan oleh hentakan objek atau lebih tep...
Tetapi Manusia Itu Jatuh Cinta Kepada Seseorang Kerana 3 Sebab Ini

Tetapi Manusia Itu Jatuh Cinta Kepada Seseorang Kerana 3 Sebab Ini

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 757 hits
AssalamualaikumDuhai petadbir alam Sampai rindu padanya yang tak pernah ku ketemui dan tak pernah aku bersua dengannya Siapa pun dia aku terima dengan hati yang terbuka kerna itu yang terbaik untukku Ya rab penantian ini jedanya menguji ima...
Red Storm Aksi Pertempuran Sengit Pasukan Polis Elite Kumpulan Pemerdagangan Manusia

Red Storm Aksi Pertempuran Sengit Pasukan Polis Elite Kumpulan Pemerdagangan Manusia

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 532 hits
Bagi semua kaki filem yang dah lama dahagakan filem bergenre aksi sama hebat seperti filem dari Hong Kong RED STORM lakonan hebat Zhang Bo Nan Henley Hill Michael Chuah Henry Thia Venice Min Tony Eusoff menjanjikan sebuah filem aksi yang he...
Tasik Di Penuhi Rangka Manusia

Tasik Di Penuhi Rangka Manusia

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 437 hits
Tasik Roopkund yang terletaknya di india mempunyai tengkorak berselerakkan di merata merata tempat dan tasik ini bertambah misteri apabila mengetahui fakta disebalik tengkorak berselerakkan tersebut Dikisahkan pada tahun 1942 seorang lelaki...
Aneh Betul Manusia Macam Tu Ada Lagi

Aneh Betul Manusia Macam Tu Ada Lagi

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 418 hits
Ada manusia aneh buat aku susah nak lupakan sampai bila bila Selalu jumpa orang yang tiada kena mengena sedarah sedaging tapi melayan kita ni bersungguh betul salam pegang tangan lama siap jemput datang rumah air muka mata mengecil sebab se...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked