Tiada Bahan Tidak Halal Dalam Vaksin


Tiada Bahan Tidak Halal Dalam Vaksin di Malaysia. Kementerian Kesihatan mengesahkan semua vaksin yang digunakan di negara ini adalah halal selepas melalui proses penyelidikan terperinci oleh pakar perubatan.
“Semua vaksin di negara ini diketahui secara formal tidak mengandungi bahan bukan halal,” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.
Tiada Bahan Tidak Halal Dalam Vaksin Boon Chye berkata, walaupun kilang bagi menghasilkan vaksin halal akan dibina di Malaysia, ia tidak bermaksud vaksin yang digunakan sekarang adalah tidak halal.
“Sebenarnya, tiada isu membabitkan vaksin yang tidak halal, kita mengalu-alukan sesiapa saja yang mahu membangunkan kemudahan atau kilang vaksin di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan 2019 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Datuk Roslan Wahab.
Media sebelum ini melaporkan, kilang vaksin halal pertama di negara ini bakal dibina di Negeri Sembilan tidak lama lagi bagi menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar vaksin utama dunia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dilaporkan berkata, walaupun pembinaan kilang itu akan mengambil masa untuk disiapkan, ia adalah langkah terbaik boleh dilakukan kerajaan untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap vaksin yang dikeluarkan serta diberikan kepada anak-anak mereka.
Dalam perkembangan lain, Boon Chye berkata, kerajaan sudah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengimbangi keperluan dalam jawatan Penolong Pegawai Perubatan.
“Antara inisiatif terbaharu mulai tahun ini adalah tawaran perlantikan secara kontrak kepada 3,135 graduan Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk 1,292 pelatih Penolong Pegawai Perubatan yang menamatkan latihan pada tahun 2017,” katanya.
Selain itu, beliau berkata bagi profesion Penolong Pegawai Perubatan pula Lembaga Pembantu Perubatan secara berterusan akan mengenal pasti kekosongan perjawatan untuk melaksanakan proses kenaikan pangkat kepada yang layak.
Terdahulu, Boon Chye pada majlis itu turut menyampaikan Watikah Pegawai Bersekutu Pertahanan Awam, Anugerah Tokoh Pembantu Perubatan Harapan, Anugerah Tokoh Pembantu Perubatan, Anugerah Khas Pembantu Perubatan, Sijil Penghargaan kepada wakil Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di dalam pasukan penyelamat Malaysia Field Hospital Cox Bazaar Bangladesh dan Sijil Pencapaian Star Rating Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri.
Selain itu, beliau turut melancarkan Buku Garis Panduan Berkhatan Teknik ‘Dorsal Slit’.
Sambutan Hari Pembantu Perubatan yang bermula sejak 5 Mac dan berakhir semalam dipenuhi pelbagai pengisian termasuk program derma darah secara serentak oleh ahli Penolong Pegawai Perubatan di seluruh negara. -SUMBER-
The post Tiada Bahan Tidak Halal Dalam Vaksin appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaviralterkini.com/tiada-bahan-tidak-halal-dalam-vaksin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Akan Bina Kilang Vaksin Halal Pertama Di Dunia

Malaysia Akan Bina Kilang Vaksin Halal Pertama Di Dunia

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 411 hits
Sinar Harian FUZIAH Jika dapat dibina dan vaksin dapat dikeluarkan saya yakin ia boleh memberi alternatif kepada ibu bapa kerana ianya halal dan mereka akan dengannya Gambar failKerajaan akan membina kilang vaksin halal pertama di dunia di ...
Kilang Vaksin Halal Pertama Dunia Akan Dibina Di Negeri Sembilan

Kilang Vaksin Halal Pertama Dunia Akan Dibina Di Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 415 hits
KERAJAAN akan membina kilang vaksin halal pertama di dunia di Negeri Sembilan yang bakal menempatkan Malaysia sebagai peserta antarabangsa dalam pengeluaran vaksin Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata usaha pemb...
Fuziah Menyangkal Dakwaan Vaksin Tidak Halal

Fuziah Menyangkal Dakwaan Vaksin Tidak Halal

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pembinaan kilang vaksin halal pertama di negara ini bermaksud vaksin digunakan selama ini tidak sah daripada hukum syarak Beli...
Curhatan Pedagang Bakso Ke Jokowi Soal Sertifikasi Halal

Curhatan Pedagang Bakso Ke Jokowi Soal Sertifikasi Halal

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 317 hits
Sejumlah pedagang bakso yang tergabung dalam Paguyuban Pedagang Mie dan Bakso Indonesia memuji kinerja Presiden Joko Widodo dalam menjaga harga daging Namun mereka mendesak pemerintah mempermudah proses sertifikasi halal
Jokowi Harap Sertifikasi Halal Pedagang Bakso Cs Bisa Gratis

Jokowi Harap Sertifikasi Halal Pedagang Bakso Cs Bisa Gratis

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 341 hits
Presiden Jokowi mengakui para pengusaha mikro sudah meminta lembaga berwenang menyertifikasi produk produk mereka
Jokowi Janji Sahkan Pp Jaminan Produk Halal Agar Umkm Urus Sertifikasi Gratis

Jokowi Janji Sahkan Pp Jaminan Produk Halal Agar Umkm Urus Sertifikasi Gratis

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 232 hits
Setelah RPP JPH rampung maka kewenangan penerbitan sertifikasi halal berada sepenuhnya di Badan Penyelenggaraan Jaminan Produk Halal selaku leading sector Jaminan Produk Halal
Kanak Kanak Lebih Senang Mendapat Penyakit Pneumokokal Boleh Membawa Maut Vaksin Cara Terbaik Untuk Mencegah Dr Izzar

Kanak Kanak Lebih Senang Mendapat Penyakit Pneumokokal Boleh Membawa Maut Vaksin Cara Terbaik Untuk Mencegah Dr Izzar

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 354 hits
Dr Izzar Anwari suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera berkongsi tentang penyakit Pneumokokal di instagramnya Penyakit Pneumokokal boleh dicegah melalui suntikan vaksin yang diambil Jika tidak dicegah penyakit ini boleh membawa maut Rama...
Saraswati Wisata Halal Bisa Tambah Investasi Baru Bali

Saraswati Wisata Halal Bisa Tambah Investasi Baru Bali

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 305 hits
Badan Pemenangan Nasional Prabowo Subianto Sandiaga Uno menegaskan wisata halal hanya usulan untuk menambah investasi baru di Bali Sebelumnya usulan itu diungkap oleh Cawapres Sandiaga Uno saat berkunjung ke pulau dewata
Halal Haram Makanan

Halal Haram Makanan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 409 hits
Allah mengurniakan pelbagai nikmat makanan dan minuman kepada manusia Hanya sedikit sahaja larangan berkaitan makanan yang ditetapkan agar dipatuhi Peraturan itu untuk kebaikan umat Islam sendiri Sesuatu yang dilarang adalah untuk mengelak ...
Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri

The Ballad Of Kajang Prison Of Bossku S Solo Birthday Bash


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Quant Finance In 2026 The Age Of Hybrid Intelligence

Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer

Makan Nasi Lemak Sambal Paru Di Restoran Nasi Lemak Sambal Ibuku Sayang

Kuasa Adam

Zilliv Origin

Top 7 Dashcam Kereta Dengan Night Vision Bukti Ketika Kecemasan