Ti Lian Ker Mca Jangan Terbeban Dengan Janji Madani Segera Umumkan Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan




KUANTAN: Pimpinan pusat MCA perlu akur dengan pendirian biro politik parti itu sejak Mei lalu yang mahu parti mereka keluar daripada kerangka kerajaan perpaduan, kata Ketua MCA Kuantan, Dato' Sri Ti Lian Ker.
Jelas Ti, meski Setiausaha Agung, Chong Sin Woon menjelaskan bahawa pemimpin utama parti akan mengumumkan pendirian tidak lama lagi, ia tidak dapat menenangkan keresahan ahli akar umbi parti ketika ini.
"Pendirian kepimpinan perlu jelas dan hala tuju juga perlu dinyatakan dengan tegas.
"Biro politik sudah buat keputusan pada 2 Mei lalu dan beberapa bahagian parti di Kedah, Perak, Selangor dan Pahang juga senada dalam hal ini (untuk MCA keluar daripada kerajaan).
"Kita (MCA) tidak mahu terbeban dengan janji-janji dibuat kerajaan Madani kerana kita tidak ada dalam (kabinet) kerajaan ketika ini," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat MCA Kuantan di Wisma MCA Jalan Bukit Ubi dekat sini semalam.
Mesyuarat itu dirasmikan Chong dan turut dihadiri Ketua Bahagian MCA Pahang yang lain.
Kenyataan Ti itu hadir di tengah desakan dalam MCA agar parti itu keluar daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kekal dalam BN
Ti turut mendakwa hampir semua ketua MCA bahagian bersetuju untuk menarik sokongan daripada Kerajaan Madani, namun kekal dalam Barisan Nasional (BN).
Katanya, keputusan itu juga adalah demi kelangsungan MCA dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Jika kita terus bersama dalam kerajaan Madani, MCA tidak ada kerusi untuk ditandingi dalam PRU selepas ini.
"Kerana kalau ikut formula sedia ada, semua kerusi dimenangi DAP, akan terus ditandingi mereka... jadi, apa yang tinggal untuk kami?
"Sebab itulah saya tegaskan bahawa pucuk pimpinan kena tegas dalam hal ini, nyatakan pendirian mereka.
"Kita mahu kekal dengan semangat BN, ada tolak ansur dalam menentukan parti mana yang bertanding di kerusi mana... macam kerusi majoriti masyarakat Cina, BN bagi laluan kepada MCA dan ada juga kawasan majoriti Melayu, MCA juga diberi peluang bertanding.
"Kalau nak kira kawasan majoriti kaum tertentu baru parti mewakili kaum berkenaan boleh bertanding, jadi apa nasib MIC?" ujarnya.
MCA sebelum ini dilapor meluluskan usul dalam mesyuarat perwakilan yang menggesa kepimpinan pusat parti itu untuk berundur daripada BN dan kerajaan.
Usul tersebut antaranya menyeru kepimpinan parti supaya membina semula haluan politik yang bebas dan autonomi.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudian tampil memberi jaminan bahawa semua parti komponen akan diberi peruntukan kerusi untuk bertanding pada PRU-16.
Namun, menurut laporan Sin Chew, Chong menjelaskan bahawa mesyuarat Biro Politik MCA pada 2 Mei tidak membuat apa-apa keputusan untuk keluar dari kerajaan atau BN, meski mengakui ia membincangkan hala tuju MCA.
Chong berkata pimpinan pusat tidak membuat keputusan kerana ingin mendapatkan maklum balas daripada pemimpin peringkat bahagian, yang akan dijalankan di seluruh negara dalam tempoh sebulan sebelum dibawa ke mesyuarat agung tahunan parti.
Keputusan itu, katanya, akan dilaksanakan sebaik diluluskan.
Untuk rekod, pada April lalu, Chong menyeru agar parti itu "menentukan masa depannya sendiri” jika BN terus menangguhkan keputusan yang jelas mengenai hala tujunya.
Dakwa cuba disenyapkan
Mengulas lanjut, Ti mendakwa terdapat usaha untuk menukar resolusi keluar dari kerajaan kepada resolusi menolak DAP semata-mata.
“Ada bisikan untuk menukar resolusi keluar dari kerajaan Madani kepada hanya resolusi ‘No DAP’.
“Ini adalah satu anjalan pendirian yang seakan-akan kepimpinan sudah berubah pendirian yang dinyatakan dalam mesyuarat Biro Politik MCA dan mesyuarat Perhubungan Negeri MCA Pahang.
“Retorik ‘No DAP’ tidak akan mengubah nasib MCA kerana kita pernah menggunakan retorik ‘No Anwar, No DAP’ sebelum ini.” kata Ti.
Bekas Naib Presiden MCA itu juga mempersoalkan sama ada wujud usaha untuk senyapkan pendirian biro politik parti susulan terdapat kekosongan dalam kabinet ketika ini.
"Adakah pimpinan MCA mempunyai hasrat untuk menyertai kabinet memandangkan ada tiga kekosongan ketika ini, jadi nada (keputusan) biro politik parti itu cuba 'disenyapkan'," soalnya.
“Kita tidak mahu lihat pemimpin menerima tawaran masuk kabinet di tengah-tengah kemelut politik hari ini apabila ada kekosongan dan penyusunan semula kabinet.
”Perjuangan MCA adalah perjuangan jangka masa panjang dan bukannya politik tipu helah atau ambil kesempatan,” tambahnya.
Isu pembahagian kerusi
Ti turut mengingatkan UMNO bahawa parti itu juga berpotensi kehilangan undi jika formula pembahagian kerusi mengambil kira kaum paling ramai di kawasan tertentu diguna pakai.
Katanya, pengundi Melayu yang tidak sukakan DAP akan beralih kepada PAS dan mungkin Bersatu, sementara pengundi Cina tidak keluar mengundi.
"Jadi, MCA perlu menjadi pilihan kepada pengundi Cina di kawasan majoriti Cina, bukan memaksa pengundi Cina memilih DAP kerana ramai pengundi Cina sudah jelak dan muak dengan politik janji tidak ditepati DAP," tegasnya.
Pada masa sama, kata Ti, hubungan akrab antara UMNO dan DAP tidak membawa keuntungan kepada UMNO kerana pengundi DAP belum tentu memberikan undi mereka kepada UMNO-BN.
"Silap-silap undi Melayu pun 'hilang' disebabkan hubungan rapat dengan DAP dan paling teruk, undi itu diberikan kepada PN," tambahnya.
Dia juga menyatakan rasa kesal dengan tindakan parti tertentu yang dilihat ingin membolot kerusi dimenangi mereka pada PRU-15.
Katanya, jika semua kerusi dimenangi parti itu terus ditandingi mereka dalam PRU seterusnya, maka MCA tidak akan mempunyai sebarang kerusi.
"Tindakan membolot kerusi yang dimenangi pada PRU-15 adalah tidak boleh diterima kerana kemenangan mereka pada PRU itu berlandaskan 'helah-helah politik',” katanya. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/06/ti-lian-ker-mca-jangan-terbeban-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Perlu Mca Lakukan Ialah Keluar Bn Bukan Keluar Kerajaan

Apa Yang Perlu Mca Lakukan Ialah Keluar Bn Bukan Keluar Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 130 hits
Bekas Naib Presiden dan Ketua Bahagian MCA Kuantan Ti Lian Ker menggesa parti itu agar segera keluar daripada kerajaan Katanya langkah itu bagi mengelakkan MCA terus terbeban dengan janji janji kerajaan madani pimpinan Perdana Menteri Anwar...
Tragedi Upsi Setiap Keluarga Mangsa Terkorban Terima Rm10 000 Daripada Kerajaan Madani Fahmi

Tragedi Upsi Setiap Keluarga Mangsa Terkorban Terima Rm10 000 Daripada Kerajaan Madani Fahmi

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 103 hits
KUALA LUMPUR 11 Jun Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan sebanyak RM10 000 kepada keluarga setiap 15 mangsa yang terkorban dalam nahas bas persiaran melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris pada Isnin lepas Menteri Komunik...
Malaysia Naik 11 Anak Tangga Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 Hasil Reformasi Kerajaan Madani

Malaysia Naik 11 Anak Tangga Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 Hasil Reformasi Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 144 hits
Malaysia mencatat lonjakan mengagumkan dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 apabila naik 11 anak tangga ke kedudukan ke 23 sekali gus menjadi pencapaian terbaik negara sejak lima tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Bila Kerajaan Lembam Jangan Terpinga Pinga

Bila Kerajaan Lembam Jangan Terpinga Pinga

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 110 hits
DESA HMYang kurang ajaq smpai tahap ni pun nanti ada menteri akan buat kenyataan Kami kesal dgn insiden ini Demikianlah
Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2025 Mohon Segera

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2025 Mohon Segera

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 163 hits
Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2025 Mohon Segera Berita baik untuk anda yang sedang cari kerja kerajaan Tahun 2025 membuka banyak peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan Senarai Jawatan Popular Polis Diraja Malaysia Jabatan Pengangkutan Ja...
Jangan Sampai Rakyat Cakap Kerajaan Sembang Macam Gajah Boleh Terbang

Jangan Sampai Rakyat Cakap Kerajaan Sembang Macam Gajah Boleh Terbang

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 134 hits
Saya memang tak setuju dan tak masuk akal jika buah asas macam epal oren pisang dan lain lain kena SST Semua ni makanan B40 Ameer Ali MydinBaca di
Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 175 hits
PRIME Minister and Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim must stop using selective framing and misrepresenting concepts to downplay the seriousness of the national debt situation or to claim undue credit The public deserves transparency...
4 New Ai Updates On Android Coming To Samsung Galaxy Devices

Essential School Supplies Equipping Students For Academic Success

Tumbuhan Hoya R Br Si Cantik Yang Wangi

Of Singapore S Talent Angels Snatching Away Already Scarce Malaysian Healthcare Professionals

Seni Sabar Dalam Islam Panduan Praktikal Menurut Ibn Qud Mah

Apa Kebaikan Utama Tiga Suplemen Hebat Minyak Ikan Nv Minyak Zaitun Olivie 30 Plus Dan Tocotrienol Sofgel

Semoga Allah Terus Merahmati Tun Anwar Ibrahim Titip Doa Ulang Tahun Ke 100 Buat Tun Mahathir

Ancelotti Dihukum Penjara Setahun Tapi Tak Perlu Masuk Penjara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dokumen Dan Barangan Penting Sebelum Masuk Mendaftar Di Universiti

Petua Ketika Makan Durian Elak Panas Badan Kembung

Tiada Otak Pasangan Tak Bertanggungjawab Dikecam Guna Tempat Tukar Lampin Bayi Untuk Anjing

Kelebihan Kekurangan Starlink Di Kawasan Luar Bandar Malaysia

Resepi Roti Pisang Rangup Sedap Dan Senang Dibuat

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 100 Tun Dr Mahathir Bin Mohamad