Apa Yang Perlu Mca Lakukan Ialah Keluar Bn Bukan Keluar Kerajaan


 
Bekas Naib Presiden dan Ketua Bahagian MCA Kuantan, Ti Lian Ker menggesa parti itu agar segera keluar daripada kerajaan.Katanya, langkah itu bagi mengelakkan MCA terus terbeban dengan janji-janji kerajaan madani pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Ti turut mendakwa hampir semua Ketua Bahagian MCA bersetuju untuk menarik sokongan daripada kerajaan Madani, namun kekal dalam Barisan Nasional (BN).
Katanya, keputusan itu juga adalah demi kelangsungan MCA dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Jika kita terus bersama dalam kerajaan Madani, MCA tidak ada kerusi untuk ditandingi dalam PRU selepas ini.
“Kalau ikut formula sedia ada, semua kerusi dimenangi DAP akan terus ditandingi mereka… jadi, apa yang tinggal untuk kami?” soalnya.


Sebenarnya MCA tidak perlu pun keluar daripada kerajaan kerana parti itu tiada sebarang kedudukan atau jawatan dalam kerajaan.
Dua Ahli Parlimennya, Wee Ka Siong dan Wee Jeck Seng tidak diberi apa-apa jawatan dalam kerajaan, meskipun BN yang dianggotai MCA adalah komponen utama kerajaan perpaduan ini.
Nak keluar daripada kerajaan macam mana sedangkan MCA tidak berada pun dalam kerajaan?
Keberadaan MCA dalam kerajaan hanyalah sekadar simbolik atas kedudukannya sebagai komponen BN semata-mata.
Kalau diteliti daripada kenyataan Ti itu, masalah MCA adalah berkaitan kebimbangan berapa banyak kerusi yang mereka akan dapat bertanding pada PRU16 akan datang.
Masalah itu sebetulnya adalah berkaitan BN, bukan berkaitan keberadaan dalam kerajaan.
Selagi BN kekal bersama kerajaan sedia ada ini, tak usahlah parti itu bermimpi untuk bertanding lebih banyak kerusi berbanding DAP.
Ini kerana kerusi yang sedia dimenangi oleh DAP akan terus ditandingi parti itu.
Zahid Hamidi sendiri ada memberi kenyataan sebelum ini bahawa gabungan itu akan terus bekerjasama dengan PH dan lain-lain parti dalam kerajaan pada PRU16 akan datang, tetapi akan menggunakan logo BN.
Pendek kata, kaedahnya adalah sama seperti PRN enam negeri pada 2023 dahulu iaitu di mana BN bertanding, PH tidak bertanding di situ dan begitulah sebaliknya.
Dalam keadaan seperti itu, ia bermakna MCA hanya akan bertanding dua kerusi Parlimen yang sekarang dimenanginya saja, manakala kerusi di kawasan Cina yang lain tidak berubah menjadi milik DAP.
Kalau ada tambahan pun, mungkin MCA akan diberi satu atau dua kerusi sebagai ihsan atau kasihan.
Ertinya, MCA kekal tiada peranan utama dan hanya layak duduk di gerabak kelas ketiga di bahagian belakang.
Jika MCA ingin bertanding banyak kerusi, pilihan yang tepat ialah mereka kena keluar daripada BN.
Apabila keluar daripada BN, secara automatik mereka akan terpisah dan keluar daripada kerajaan madani.
Hanya dengan keberanian itu, barulah boleh menentukan haluan sendiri, sekaligus bertanding banyak kerusi.
Selepas keluar BN nanti, pandai-pandailah mengikat kerjasama dengan parti atau gabungan lain bagi mencari kemenangan.
Hanya apabila dapat bertanding banyak kerusi barulah dapat memungkinkan untuk menang lebih banyak kerusi juga.
Kalau kekal bersama BN, jangankan nak bermimpi menang banyak kerusi, nak bertanding banyak kerusi pun kekal merupakan mimpi di siang hari. – ShahbudinHusin 23Jun2025.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/apa-yang-perlu-mca-lakukan-ialah-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ti Lian Ker Mca Jangan Terbeban Dengan Janji Madani Segera Umumkan Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan

Ti Lian Ker Mca Jangan Terbeban Dengan Janji Madani Segera Umumkan Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 191 hits
KUANTAN Pimpinan pusat MCA perlu akur dengan pendirian biro politik parti itu sejak Mei lalu yang mahu parti mereka keluar daripada kerangka kerajaan perpaduan kata Ketua MCA Kuantan Dato Sri Ti Lian Ker Jelas Ti meski Setiausaha Agung Chon...
Kerajaan Pahang Tunggu Kerajaan Persekutuan Luluskan Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Nenasi

Kerajaan Pahang Tunggu Kerajaan Persekutuan Luluskan Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Nenasi

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Mohamad Nizar Najib berkata kerajaan Pahang telah mengemukakan cadangannya untuk membangunkan kemudahan tapak pelancaran roket antarabangsa pert...
Bila Kerajaan Lembam Jangan Terpinga Pinga

Bila Kerajaan Lembam Jangan Terpinga Pinga

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 122 hits
DESA HMYang kurang ajaq smpai tahap ni pun nanti ada menteri akan buat kenyataan Kami kesal dgn insiden ini Demikianlah
Jangan Sampai Rakyat Cakap Kerajaan Sembang Macam Gajah Boleh Terbang

Jangan Sampai Rakyat Cakap Kerajaan Sembang Macam Gajah Boleh Terbang

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 165 hits
Saya memang tak setuju dan tak masuk akal jika buah asas macam epal oren pisang dan lain lain kena SST Semua ni makanan B40 Ameer Ali MydinBaca di
Malaysia Naik 11 Anak Tangga Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 Hasil Reformasi Kerajaan Madani

Malaysia Naik 11 Anak Tangga Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 Hasil Reformasi Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 166 hits
Malaysia mencatat lonjakan mengagumkan dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 apabila naik 11 anak tangga ke kedudukan ke 23 sekali gus menjadi pencapaian terbaik negara sejak lima tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Kerajaan Kenakan Sst 5 Ke Atas Buah Import Mulai Julai Bos Mydin Anggap Tak Masuk Akal Saya Memang Tak Setuju

Kerajaan Kenakan Sst 5 Ke Atas Buah Import Mulai Julai Bos Mydin Anggap Tak Masuk Akal Saya Memang Tak Setuju

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 118 hits
Kerajaan baru baru ini mengumumkan bahawa mulai 1 Julai 2025 cukai jualan sebanyak 5 peratus akan dikenakan ke atas buah buahan import di bawah sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan Sebaliknya buah buahan yang ditanam di dalam negara dikecua...
Time For Malaysians To Get Used To Gov T Loans Come Down Can Also Mean National Debt Goes Up

No Plans For Sez Along M Sia Thai Border Says Ministry

Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab

Pengalaman Memetik Buah Cherry Di Kent Julai 2025

Double Meaning Names Work

Kfc Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi Koleksi Kepcibara Blind Box

Drone Swarm Rescue The New Frontier In Wilderness Survival Support

Apa Itu Tsunami Fakta Bagaimana Gempa Bumi Boleh Hasilkan Bencana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nieyl Kena Menari

Orang Yang Beramal Soleh Tidak Akan Bersedih

Endo Terharu Kembali Ke Yokohama Sebagai Bintang Liverpool

Gunung Berapi Russia Meletus Selepas Gempa Bumi Dahsyat

Legasi Bomba The Movie

Sertai Program Pelangi X Pubg Mobile School Of Wonder Info Baucar Buku E Sukan Dan Sijil Penyertaan Disediakan