Thomas Sendiri Bongkar Muhyiddin Tolak Ph Kerana Ltte Kan


Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dikatakan bertegas mahu 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelan (LTTE) didakwa, kata Tommy Thomas

Mendakwa sebegitu dalam memoirnya bekas peguam negara berkenaan menambah Muhyiddin sebelum itu cuba menggunakan pengaruhnya - sebagai menteri dalam negeri kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Akta Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma tidak berperlembagaan semasa digunakan untuk menolak jaminan ke atas suspek terbabit

Pengisytiharan itu membolehkan Adun Gadek yang mewakili DAP, G Saminathan, mengemukakan permohonan ikat jamin

Percaya hakim perlu menggunakan budi bicara untuk menentukan sama ada ikat jamin wajar diberikan atau tidak, Thomas berkata dia membuat keputusan agar Jabatan Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi tersebut

Bagaimanapun, kata Thomas, Muhyiddin berpendapat sebaliknya

"Banyak tekanan diberikan kepada saya oleh menteri dalam negeri (Muhyiddin) agar saya membuat rayuan. Bahkan Muhyiddin menulis surat kepada perdana menteri (Dr Mahathir Mohamad) meminta untuk ia diputuskan.
"Kabinet memutuskan bahawa ia adalah isu undang-undang dan harus diserahkan kepada saya seperti persoalan lain dalam undang-undang. Tetapi Kementerian Dalam Negeri marah kepada saya," kata Thomas.
Pendedahan itu adalah sebahagian daripada kandungan pengantar dalam memoir Thomas berjudul Justice In The Wilderness yang diterbitkan baru-baru ini


Tidak realistik untuk diteruskan
Thomas merupakan peguam kanan yang dilantik menjadi peguam negara oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas gabungan itu menguasai Putrajaya pada 2018

Dia bagaimanapun melepaskan jawatan itu selepas PH dijatuhkan melalui Langkah Sheraton pada penghujung Feb 2020

Kata Thomas pada 21 Feb tahun lalu dia menggunakan kuasa perlembagaan yang ada padanya untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas 12 suspek LTTE itu apabila percaya pihak pendakwaan tidak mempunyai kes yang kuat untuk mensabitkan mereka

Keputusan itu, katanya Thomas, meletakkan dia dan Muhyiddin tidak sehaluan sekali lagi dan kumpulan-kumpulan pendesak kanan menyerangnya dengan hebat

Sebelum mengeluarkan kenyataan memaklumkan keputusan tersebut, katanya, dia memberikan taklimat kepada Mahathir bahawa tiada peluang realistik untuk mesabitkan mana-mana daripada suspek terbabit

Kata Thomas Mahathir berpuas hati dengan penjelasan berkenaan dan menyerahkan isu tersebut untuk diputuskan

Untuk rekod antara tuduhan yang dikenakan ke atas 12 individu berkenaan ialah memiliki gambar V Prabhakaran iaitu pemimpin LTTE yang terbunuh pada Mei 2009

Thomas menganggap tindakan suspek terbabit menyimpan gambar Prabhakaran sama seperti seseorang yang mengagumi tokoh komunis termasuk Vladimir Lenin, Joseph Stalin, Mao Zedong dan Che Guevara

Untuk rekod Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Iskandar pada awal bulan ini menyatakan - di Instagram - bahawa Guevara adalah salah satu idolanya

"Memiliki gambar (komunis) mereka dan tokoh lain dalam telefon genggam seseorang atau di akaun Facebook tidak menjadikan seseorang itu pengganas.
"Hanya kerana pemimpin terbabit menggunakan keganasan atau tindakan ganas untuk mencapai tujuan politik mereka tidak bermaksud penyokong terbabit harus dianggap pengganas atau sedang merancang tindakan pengganas," kata Thomas.
Keputusan dia menggugurkan tuduhan ke atas 12 individu itu dibuat beberapa hari sebelum Muhyiddin melakukan tindakannya membawa Bersatu meninggalkan PH, sekali gus membawa kepada jatuhnya gabungan yang mendapat mandat rakyat pada 2018

Thomas berundur daripada jawatan peguam negara dua hari sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru menggantikan Mahathir

Kata Thomas, tanpa persefahaman berhubung isu LTTE, mustahil untuk mereka bekerjasama dalam kerajaan

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/01/thomas-sendiri-bongkar-muhyiddin-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Livid Ltte 12 Charges Dropped Dr M Satisfied With Explanation Thomas

Muhyiddin Livid Ltte 12 Charges Dropped Dr M Satisfied With Explanation Thomas

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 182 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin was determined to get 12 individuals charged for being alleged supporters of the defunct Liberation Tigers of Tamil Eelam terrorist group claimed former attorney general Tommy Thomas In his memoir publishe...
Kes Adib Ltte Gariskan Isu Perkauman Dihadapi Ph Kata Tommy Thomas

Kes Adib Ltte Gariskan Isu Perkauman Dihadapi Ph Kata Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 243 hits
Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Adib dan kes membabitkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam antara isu paling mencabar buat Tommy Thomas PETALING JAYA Bekas peguam negara Tommy Thomas menyifatkan kes membabitkan kematian anggot...
Muhyiddin Mahu Pengganas Ltte Didakwa Tommy Tomas Dan Mahathir Putus Sebaliknya

Muhyiddin Mahu Pengganas Ltte Didakwa Tommy Tomas Dan Mahathir Putus Sebaliknya

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 388 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dikatakan bertegas mahu 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelan didakwa kata Tommy Thomas Mendakwa sebegitu dalam memoirnya bekas peguam negara berkenaan menambah Muhyiddin...
Muhyiddin Dihina Di Negara Orang Oleh Rakyat Sendiri

Muhyiddin Dihina Di Negara Orang Oleh Rakyat Sendiri

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 332 hits
Gempar Muhyiddin dihina di negara orang oleh rakyat sendiriFebruary 6 2021BILA PM TERHINA DI NEGARA ORANG OLEH RAKYAT SENDIRI Suatu masa dulu Tak kira kunjungan ketua Negara Atau suka Bola sepak Netizen atau haters Indonesia sering menghina...
Muhyiddin Dibenci Dan Diserang Di Fb Jokowi Sedarlah Muhyiddin Lihat Sendiri Komen

Muhyiddin Dibenci Dan Diserang Di Fb Jokowi Sedarlah Muhyiddin Lihat Sendiri Komen

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 375 hits
NORA JAMILAHNampaknya bukan saja di Page Istana Page Jokowi Widodo bapak Presiden Indonesia pun habis diserang rakyat Malaysia yg bencikan Abahcow Regardless Partisan or non Partisan Bingung warga Indonesia
Awas Marahnya Rakyat Kepada Muhyiddin Kini Lebih Parah Berbanding Najib Dulu

Awas Marahnya Rakyat Kepada Muhyiddin Kini Lebih Parah Berbanding Najib Dulu

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 226 hits
Petunjuk paling mudah untuk mengetahui atau mengesan sama ada rakyat gembira atau tidak terhadap kerajaan ialah melalui reaksi di media sosial selain mendengar apa yang anggota masyarakat luahkan dalam perbualan mereka sesama rakan kenalan ...
Najib Buli Muhyiddin Di Facebook Supaya Dibenci Rakyat

Najib Buli Muhyiddin Di Facebook Supaya Dibenci Rakyat

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 367 hits
Nampaknya sejak akhir akhir ini Najib Razak kerap memBULI dan TROLL Muhyiddin Yassin melalui Facebook beliau Malang betul nasib Muhyiddin Dulu kena PECAT dengan Najib hari ini dibuli di Facebook Tidak ada kesudahan nampaknya BENCI Najib kep...
Jika Sayangkan Negara Ini Jangan Takut Dan Jangan Berhenti Menolak Muhyiddin

Jika Sayangkan Negara Ini Jangan Takut Dan Jangan Berhenti Menolak Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 233 hits
Semua kita memang sayang dan cintakan negara ini kerana di Malaysia inilah kita dilahirkan membesar mencari rezeki berkeluarga membina kehidupan melalui hari tua dan akhirnya sehinggalah menemui kematian Malah melalui sedikit sebanyak harta...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever