Thijari Login Daftar Semakan Penyata Tabung Haji Online


Berita baik bagi penyimpan Tabung Haji (TH), kini anda dah boleh menyemak baki akaun dan penyata Tabung Haji online tanpa perlu ke kaunter melalui portal rasmi THiJARI.
Kalau sebelum ini mungkin kita hanya akan dapat mengetahui baki dengan menyemaknya di ATM atau secara manual dengan hadir ke kaunter TH.
Kini, Tabung Haji dah ada pun portal sendiri iaitu THiJARI yang membolehkan kita melakukan pelbagai urusan dengan mudah dan cepat seperti juga MyASNB.
Baca juga : MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen
Perkhidmatan Tabung Haji Online Yang Ditawarkan Di THiJARI Rangkaian perkhidmatan digital THiJARI menyediakan pelbagai perkhidmatan Tabung Haji online yang amat memudahkan seperti:
1. Semakan Penyata, Urusan Simpanan & Pindahan Pelanggan Tabung Haji online boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi serta baki akaun terkini dengan mudah melalui THiJARI.
Di samping itu, kita boleh melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga).
Had amaun pindahan simpanan sehari yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
Pindahan ke Akaun TH Persendirian (ke akaun TH anak bawah jagaan) – RM15,000.00 sehari  Pindahan ke Akaun TH Pihak Ketiga (termasuk akaun TH yang telah di “favourite” kan) – RM5,000.00 sehari Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan.
Pendeposit boleh mendapatkan penyata akaun Tabung Haji online bagi enam (6) bulan terkini.
Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).
2. Urusan Haji Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan Tabung Haji Online boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji dengan lebih cepat tanpa perlu hadir ke kaunter.
Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji juga boleh didapati melalui portal ini.
Pelanggan THiJARI boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik.
Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.
Memang cukup memudahkan!
3. Kelab TaHa Pendaftaran Kelab Taha / Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI.
Bagi ahli Kelab TaHa / TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/TaHa@U boleh dilakukan melalui portal THiJARI.
Cara Daftar Tabung Haji Online Di Portal THiJARI Untuk mendaftar dan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji online ini, sila ikuti langkah berikut:
1. Kemaskini Maklumat Ahli Pertama sekali, pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli di kaunter TH (paling penting adalah maklumat nombor telefon bimbit).
Ini kerana nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
Maka, pastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah nombor telefon terkini bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.
*MAKLUMAN: Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.
2. Layari Laman Web THiJARI Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my.
Anda boleh menggunakan telefon pintar / komputer / laptop dan lain-lain.
3. Isikan Maklumat Peribadi Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi.
4. Cara Semak Akaun Tabung Haji Online Sendiri & Anak
Sebaik selesai mengisi maklumat peribadi, pendeposit boleh login semula dan terus menggunakan perkhidmatan THiJARI.
Hanya akaun TH dewasa sahaja yang boleh mendaftar THiJARI.
Namun, akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI. 
Untuk menyemak akaun anak melalui THiJARI, penjaga boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun”.
6. Semakan Penyata
Untuk membuat semakan penyata, tekan pada nama pemegang akaun.
Kemudian klik pada pilihan Penyata Akaun seperti di atas.
Klik muat turun PDF.
Penyata anda akan dipaparkan.
Pendaftaran Kelab TaHa / TaHa@U Jika ibu ayah mempunyai anak-anak yang berusia antara 7-17 tahun, anda boleh mendaftarkan Kelab TaHa untuk mereka melalui portal Tabung Haji online ini.
Pendaftaran Kelab TaHa@U pula dibuka bagi anak-anak berusia 18 hingga 25 tahun dan masih menuntut di IPTA/IPTS atau yang setaraf dengannya.
Ahli kelab ini mempunyai banyak manfaat oleh Tabung Haji.
Mereka juga akan diberi keutamaan serta berpeluang untuk menyertai : 
Latihan amali/praktikal Program-program kemasyarakatan. Sukarelawan musim haji di dalam operasi haji tanah air Menyertai aktiviti kelab seperti sukan dan riadah. Diskaun harga di rangkaian Rakan Kelab TaHa di seluruh malaysia. Menarik kan?
Jadi, jangan lupa daftarkan anak-anak sekali untuk Kelab TaHa / Kelab TaHa@U ini setelah anda berjaya mendaftar ThiJARI.
Maklumat Lanjut Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitan THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50
Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/thijari-tabung-haji-online/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=thijari-tabung-haji-online

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Kosong Di Hotel Tabung Haji

Jawatan Kosong Di Hotel Tabung Haji

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 138 hits
Jawatan Kosong Di Hotel Tabung Haji Assalamualaikum wbt Pengambilan Jawatan Kosong Di Syarikat TH Hotel Residence Sdn Bhd Permohonan Dibuka sekarang Sehingga Januari 2023 Syarikat TH Hotel Residence Sdn Bhd telah membuka pelbagai jawatan ko...
Cara Mudah Daftar Ssm Secara Online

Cara Mudah Daftar Ssm Secara Online

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 215 hits
Cara Mudah Daftar SSM Secara Online Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum hari ini kami ingin berkongsi sediki cara cara mudah untuk mendaftar SSM secara online dan memudahkan anda memohon dimana jua anda berada semestinya untuk mereka y...
Cukai Tanah Selangor Semakan No Akaun Bayaran Online

Cukai Tanah Selangor Semakan No Akaun Bayaran Online

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 143 hits
Semakan Cukai Tanah Selangor Urusan pembayaran cukai tanah di negeri Selangor kini boleh dilakukan secara online Inisiatif oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor ini diwujudkan bagi memudahkan pemilik tanah untuk membuat pembayaran d...
5 Best Online Jobs For Moms To Earn Money From Home 2023

5 Best Online Jobs For Moms To Earn Money From Home 2023

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 377 hits
Are you a stay at home mom looking to make some extra money Many online jobs offer flexibility and good pay making them the perfect choice for busy mothers From tutoring to transcription here are five of the best online jobs for moms that p...
Cara Keluarkan Asb Online Had Pengeluaran Tempoh

Cara Keluarkan Asb Online Had Pengeluaran Tempoh

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 276 hits
Cara Pengeluaran Duit ASB Secara Online 2023 Dah tak perlu beratur dan ambil giliran pun untuk membuat pengeluaran wang ASB Anda boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui myASNB dalam beberapa minit sahaja urusan selesai Duit ASB ...
Permohonan Transkrip Uitm Online

Permohonan Transkrip Uitm Online

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 179 hits
Permohonan transkrip UITM yang rasmi boleh dibuat secara online sahaja Transkrip ini penting terutamnya bagi graduan yang mahu menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi Selain itu sesetengah bakal majikan juga ada kalanya akan mem...
Cara Bayar Hasil Lhdn Melalui Online Banking

Cara Bayar Hasil Lhdn Melalui Online Banking

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 408 hits
Setiap tahu wajib bayar hasil LHDN dari sebahagian pendapatan anda sama ada anda bekerja makan gaji atau bekerja sendiri Ramai yang takut nak declare pendapatan mereka untuk mengelak dari bayar cukai namun sebenar nya sebaik nya berapa pun ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya