Cara Mudah Daftar Ssm Secara Online



Cara Mudah Daftar SSM Secara Online (EzBiz)
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,hari ini kami ingin berkongsi sediki cara-cara mudah untuk mendaftar SSM secara online dan memudahkan anda memohon dimana jua anda berada, semestinya untuk mereka yang baru memulakan perniagaan dan ingin memulakan perniagaan dengan bersungguh-sungguh kini boleh mendaftar perniagaan mereka secara online melalui ezBiz SSM.
Pada masa yang sama,Begini caranya untuk membuka akaun SSM pemilik tunggal atau perniagaan dalam talian sahaja. lebih cepat dan mudah! Ketahui lebih lanjut tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan langkah yang perlu anda ambil untuk mendaftarkan perniagaan anda dibawah yang kami akan paparkan.
Ikuti telegram kami berkaitan isu semasa yang terpantas melihatkan info bantuan, permohonan kerjaya dan lain-lain lagi:

Cara-Cara Mudah Daftar SSM Secara Online (EzBiz) Apa itu Suruhanjaya Syarikat Malaysia? merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002.
Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.
SSM bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut:
• Akta Suruhanjaya Syarikat Mala​ysia 2001
• Akta Syarikat 2016 (Akta 777)
• Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
• Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743)
Kenapa perlu daftar SSM? 1. Menepati Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Mengikut Akta Perniagaan 1956 sebelum memulakan perniagaan mestilah mendaftarkan perniagaan anda. Tidak mendaftarkan perniagaan adalah satu kesalahan dan boleh di dakwa di mahkamah.
2. Elak Risiko Didenda RM50 000 @ Penjara 2 tahun Jika dah mendaftar perniagaan di SSM anda terselamat dari risiko denda dari SSM. Bukan sikit-sikit ya denda yang dikenakan.
3. Sebagai Bukti dan Kredibiliti Kepada Pelanggan Nak bagitahu orang anda berniaga mestilah ada bukti kan? Jadi Sijil daftar niaga SSM tu lah buktinya. Dah ada SSM pelanggan akan lebih percaya.
4. Meyakinkan Pelanggan Kita Adalah Peniaga Sah Ada SSM mencerminkan perniagaan anda benar dan mesti pelanggan tidak ragu-ragu dengan kita. Kita berniaga ikut undang-undang.. halal dan berkat. InshaAllah boleh bayar zakat boleh bantu orang lain juga dan boleh maju.
5. Memudahkan urusan dengan pembekal Berniaga ni tak sah kalau tak melibatkan pembekal. Kita mesti nak cari pembekal yang bagi harga terbaik. Pembekal mesti minta SSM dan akaun sebagai rujukan.
6. Senang nak buat pinjaman bank Sampai masa anda perlukan modal untuk kembangkan perniagaan. Ada SSM dan Akaun Semasa bank akan pandang peniaga yang ada 2 benda asas ni dulu. Jadi mudah untuk anda berurusan dengan pihak bank. Penyata bulanan pada akaun semasa juga adalah bukti kukuh anda mempunyai kewangan yang baik untuk buat sebarang pinjaman. Disebabkan anda tidak mempunyai slip gaji kerana berniaga sendiri penyata bank akaun semasa adalah bahan sokongan.
Perniagaan yang boleh didaftarkan dengan SSM Menurut laman web SSM, perniagaan termasuk apa-apa bentuk perdagangan, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, pekerjaan atau aktiviti lain yang dijalankan untuk keuntungan, tetapi tidak termasuk apa-apa jawatan, pekerjaan, apa-apa kebajikan atau apa-apa perniagaan yang dinyatakan dalam Rancangan di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).
Pengiklanan Ini bermakna, sebagai tambahan kepada perdagangan menjual barangan atau bahan makanan, antara syarikat yang boleh didaftarkan ialah beberapa perkhidmatan seperti joki atau perkhidmatan bebas.
Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanyalah syarikat yang beroperasi di Malaysia Barat, yang meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan, dan bentuk perniagaan adalah seperti berikut:
Pemilikan Tunggal – perniagaan milik penuh seorang pemilik. Perniagaan Perkongsian – Syarikat yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak lebih daripada dua puluh (20) rakan kongsi Syarat Pendaftaran Perniagaan di SSM Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan. Garis Panduan/Syarat yang Berkaitan untuk daftar SSM: Pendaftaran perniagaan baharu boleh dijalankan untuk tempoh satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun bagi setiap pendaftaran. Jenis perniagaan berdaftar mesti mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip etika. Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran syarikat melakukan kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya. Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapatkan lesen, permit atau surat kebenaran yang berkaitan daripada pihak berkuasa berkenaan bagi jenis perniagaan/aktiviti yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan berdaftar dengan SSM. Baca juga:
Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023 Rujuk Cara Permohonan
Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 Untuk Keluarga & Bujang Seluruh Malaysia
Cara-Cara Register Online Perniagaan di SSM Cara register SSM adalah melalui prosedur berikut: Sila ikuti cara untuk mendaftar SSM secara online
Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my Sila tekan butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama. Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang ID NO dan isikan nama penuh pada ruang NAME AS PER IC. Tekan butang REGISTER. Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan di SSM. Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna. Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup). Setelah ID anda diaktifkan, sila login semula ke laman web tadi. Kemudian, untuk daftar SSM online, sila pilih MY BUSINESS SERVICE. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION. Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut: a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
13.Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
14.Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
15.Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.
Pendaftaran EzBiz Melalui Panggilan Video Dan Pembayaran Dikenakan  Pendaftaran dalam talian EzBiz melalui panggilan video juga disediakan oleh pihak SSM bagi membantu anda dan memudahkan pihak pengurusan untuk lebih jelas dan lebih kenal siapa yang ingin mendaftar SSM
Pengesahan pengguna perkhidmatan EzBiz Online boleh dilakukan melalui panggilan video mulai 4 Mac 2022 berdasarkan pihak pengurusan SSM maklumkan di portal Rasminya
Ini adalah kaedah tambahan untuk pengesahan pengguna perkhidmatan EzBiz Online untuk pendaftaran pengguna baharu.
Yuran Pendaftaran ezBiz SSMY dan yuran/yuran yang dikenakan untuk mendaftarkan syarikat dengan SSM adalah seperti berikut: Pemilikan tunggal dengan nama sendiri seperti dalam kad pengenalan – RM30.00 Perniagaan milikan tunggal atau perkongsian menggunakan nama dagangan – RM60.00 Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan Cetak maklumat perniagaan – RM10.00 Maklumat tambahan bagi anda yang bingung untuk menentukan atau memilih nama bagi syarikat perniagaan anda,kami sediakan panduannya dibawah:
Panduan memilih nama perniagaan dan pendaftaran boleh didaftarkan dengan nama anda sendiri atau nama ‘Tred’.Anda juga boleh menyemak balik sama ada nama perniagaan itu didaftarkan di portal SSM MyData atau tidak lagi.
Nama sendiri dengan nama yang sama seperti dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Kamaru bin Hussin, Ah Mizan Amin, M.Najasamie Nama dagangan ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan mesti terlebih dahulu diluluskan oleh Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Contoh: Dobi Kita, Buffey Lucky Star, ABX Superior Enterprise. Untuk Ketahui lebih lanjut berkaitan nama perniagaan boleh tekan Di Sini Sebarang kesulitan anda boleh rujuk terus pada pihak SSM dibawah
MENARA SSM@SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5​
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.
Pusat Panggilan SSM
Tel: 03-7721 4000
Faks: 03-7721 4001
Emel : [email protected]
Semoga apa yang kami kongsikan ini memberi kemudahan kepada anda untuk memohon dan daftar SSM secara online.Cara-Cara Mudah Daftar SSM Secara Online (EzBiz)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/01/cara-mudah-daftar-ssm-secara-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Untuk Membeli Barang Dari Indonesia Secara Online Dengan Tolongbeli Com My

Cara Mudah Untuk Membeli Barang Dari Indonesia Secara Online Dengan Tolongbeli Com My

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 209 hits
Selalu kak ana dengar dan baca di media sosial serta pengalaman kawan kawan sendiri yang suka sangat membeli belah ke negara jiran kita di Indonesia Paling famous ramai yang duk pii Bandung laa kan Syurga beli belah kata depa khasnya kaum w...
Permohonan Rumah Pr1ma Mampu Milik 2023 Ini Cara Daftar

Permohonan Rumah Pr1ma Mampu Milik 2023 Ini Cara Daftar

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 223 hits
Permohonan Rumah PR1MA Mampu Milik 2023 Ini Cara Daftar Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warganegara Malaysia tahun 2022 telahpun melabuhkan tirainya dengan meninggalkan kita tibalah tahun baharu 2023 memasuki pada harini Di t...
Cara Buat Kuih Lepat Liat Yang Mudah Sedap

Cara Buat Kuih Lepat Liat Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 218 hits
Pernah makan kuih lepat Kuih tradisional dah tak ramai orang yang membuatnya Kalau beli jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati Jadi apa kata anda cuba buat sendiri Resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini sangat mudah ...
Cara Mudah Ganti Sim Card 3g Ke 4g Buat Pengguna Xl

Cara Mudah Ganti Sim Card 3g Ke 4g Buat Pengguna Xl

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 134 hits
Berikut cara cara gampang ini bisa dilakukan pelanggan XL bila ingin berpindah layanan dari 3G ke 4G menggunakan USIM Cek selengkapnya
Cara Keluarkan Asb Online Had Pengeluaran Tempoh

Cara Keluarkan Asb Online Had Pengeluaran Tempoh

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 354 hits
Cara Pengeluaran Duit ASB Secara Online 2023 Dah tak perlu beratur dan ambil giliran pun untuk membuat pengeluaran wang ASB Anda boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui myASNB dalam beberapa minit sahaja urusan selesai Duit ASB ...
Cara Daftar Khidmat Servis Buat Facebook Business Page

Cara Daftar Khidmat Servis Buat Facebook Business Page

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 209 hits
Hi Terima kasih kerana berminat mendapatkan khidmat Create FB Page Sedikit info buat anda semua apa itu Facebook Page Baca ya What Is a Facebook Business Page A Facebook Business Page is a stand alone page that allows you to promote your bu...
Cara Buat Side Income Yang Mudah

Cara Buat Side Income Yang Mudah

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 246 hits
Cara Buat Side Income Yang Mudah Bagaimana cara buat side income yang mudah dan sesuai untuk semua tidak melecehkan serta The post appeared first on
2 Cara Restart Iphone Paling Mudah Dan Cepat

2 Cara Restart Iphone Paling Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 220 hits
Bagimana cara restart iphone Atau anda tak pernah restart iPhone anda hehe Ada artikel yang mengatakan bahawa jika anda restart smartphone anda sekurang kurang nya 1 kali dalam 1 2 minggu ia boleh memanjangkan hayat smartphone anda dari seg...
Cara Mudah Semak Nombor Plate Terkini

Cara Mudah Semak Nombor Plate Terkini

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 254 hits
Fikir lu Cara semak nombor plate terkini bagi setiap negeri Sila klik di sini atau klik portal JPJRekod plat Kereta termahal di Malaysia Nombor TAY 1 adalah antara bidaan tertinggi di Malaysia RM220 000 Harga bidaan itu mengatasi harga untu...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran