The Tuniq By Almas Antara Jenama Baju Tunik Wanita Muslimah Yang Terbaik Murah


The Tuniq By ALMAS : Antara Jenama Baju Tunik Wanita Muslimah Yang Terbaik & Murah | Setiap orang ada citarasa masing-masing untuk beli pakaian kan, begitu juga aku! Cuma yang membezakan aku ni memang agak cerewet sikit dalam soal berpakaian.

Daku ni bukanlah seorang yang sangat cerewet tentang warna dan corak sesuatu pakaian tu.. cuma aku ni seorang yang sangat titikberatkan keistimewaan dan keselesaan yang boleh pakaian tu berikan pada diri ini selaku si pemakainya. Lagi-lagi setelah bergelar seorang ibu yang menyusu badan sepenuhnya ni. Ingat senang ke nak menyusu dengan aman di tempat awam.

Si Kasih Sufi yang kuat menyusu tak kira tempat.... Gigit kang!! 
Setiap Orang Pastinya Ada Pakaian Idaman Sendiri

Ya, tidak dinafikan selaku seorang niqabis aku sangat utamakan baju yang labuh. Terutama baju yang lepas paras punggung. Kerana itu daku cukup suka dengan baju tunik. Apa itu tunik? Tunik ini dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'tunic' dan maksud untuk perkataan tunik ini adalah pakaian longgar yang menutupi dada.

Tapi bukan semua baju tunik untuk wanita itu ada ciri-ciri yang aku pentingkan. Kerana itu untuk membeli mana-mana pakaian ni ternyata bukan satu kerja yang sangat mudah. Untuk 'jumpa' pakaian idaman ni tersangatlah mencabar sebenarnya. Antara ciri-ciri untuk pakaian idamanku adalah :

- labuh mesti lebih dari paras punggung- breastfeeding friendly- wudhu friendly- fabrik yang selesa dan tidak jarang- mudah serap peluh dan tidak panas- design yang up to date- warna yang selamat dan tidak terlalu menonjol- sesuai untuk digayakan di masa saja- cantik pada pandangan mata


Haaa kan dah kata yang daku ni agak cerewet dari segi pemilihan pakaian! Bukan main banyak lagi list tu... Cari punya cari... tanpa di sangka-sangka daku berjaya menemui satu jenama untuk pakaian wanita muslimah yang sangat ohsem!!! Bagaikan mimpi apabila semua list yang ku siapkan tadi dapat dipenuhi satu demi satu. Happy tak terkata!! Memang seronokkkkk sangat-sangat! Jenama pakaian muslimah yang ku maksudkan ini adalah the Tuniq by ALMAS. 




the Tuniq by ALMAS - Jenama Pakaian Wanita Muslimah Yang Sangat Special 

Unik kan nama THE TUNIQ ni? Sebenarnya, jenama THE TUNIQ ni dah lama ada kat pasaran Malaysia (sejak tahun 2015 lagi). Jenama The Tuniq diasaskan oleh Almas Niaga Sdn Bhd. Ia adalah sebuah jenama yang diilhamkan oleh Puan Almas untuk menggalak fesyen / pakaian yang sederhana namun masih bergaya.

Dengan misi untuk membawakan pakaian yang bukan saja cantik dan selesa malah memenuhi kehendak pemakaian yang menutup aurat juga, jenama ini ditumpukan kepada "baju labuh" tunik produk Butik Almas. TheTuniq.com pula diwujudkan sebagai sebuah kedai dalam talian yang untuk memudahkan lagi urusan pembelian pakaian tunik untuk wanita tersebut. Sejak itu, syarikat telah berkembang setiap hari.



Sejak penubuhannya, terdapat lebih daripada 50 rekaan yang dihasilkan dan ia diterima baik bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei. Visi utama mereka pula adalah untuk menjadikan THE TUNIQ sebagai jenama berjenama nombor 1 di malaysia bersama dengan 1000 rakan kongsi yang dipercayai.


6 Keistimewaan Utama Yang Ada Pada The Tuniq Berbanding Jenama Lain

#1. Mengeluarkan Banyak Design Yang Cantik Dan Ekslusif

#2. Mementingkan Aspek Berpakaian Yang Patuh Syariah

#3. Design Sederhana Namun Tetap Menawan Supaya Mudah Digayakan

#4. Material Fabrik Sangat Berkualiti Dan Selesa

#5. Mutu Jahitan Kemas Dan Terbaik

#6. Pebagai Rekaan Sesuai Untuk Digayakan  Ke Pejabat Dan Bersantai

Ternyata The Tuniq mempunyai banyak pilihan pakaian yang cantik gojes dan semuanga di reka khas oleh team The Tuniq itu sendiri. Kerana itulah design The Tuniq sangat special dan lain daripada yang lain. Ini adalah sebahagian daripada koleksi yang boleh didapati dari butik cantik The Tuniq. Daku sendiri alhamdulillah telah berjaya mencuba salah satu pakaian daripada jenama The Tuniq ini. Pakaian yang ku miliki dari jenama The Tuniq sekarang ini adalah AURELIA

AURELIA - baju pertama di sebelah kiri
Design Aurelia Benar-Benar Membuatku Jatuh Hati !!

Antara semua design pakaian baju tunik wanita dari The Tuniq ini, design dengan nama AURELIA benar-benar telah membuatku jatuh hati. Jujur cakap deisgn untuk Aurelia ini memang sangat special dan tampak berbeza. Dalam erti kata lain, jika pakai tak adalah berlaku terjumpa juga design yang hampir serupa dengan banyaknya di mana-mana.


Design yang cantik dengan ciri-ciri yang sepatutnya benar-benar membuatkan pakaian ini sebagai salah satu busana yang ku gemari. Bahagian yang amat daku suka adalah pada bahagian poket untuk kiri dan kanan. Paling best, poket ini bukannya cetek tau sebaliknya sangat dalam dan selamat untuk kita isi dengan sesuatu seperti handphone dan sebagainya.


Material yang digunakan pula adalah dari jenis yang tidak terlalu tebal dan tidak jarang. Tak panas juga walau dah pakai seharian. Corak jalur lurus pada baju Aurelia ini menampakkan ianya lebih menarik dan exclusive. Benar-benar ada rupa corporate look! Jadi jika nak beli untuk pakai ke tempat kerja memang tersangatlah okay. Tapi kalau nak beli untuk pakai bagi tujuan lain pun tak apa. Baju kita jadi ikut suka sendiri nak gayakan kat mana yang kita suka. =D 

Tambahan butang pada lengan baju memudahkan lagi urusan untuk berwudhu. Butang yang digunakan pada bahagian lengan ini sama dengan butang pada bahagian dada hingga ke bawah. Buka butang dan tarik saja hingga ke siku, terus boleh ambil wudhu dengan senang dan sempurna, InshaAllah. Sangat cepat dan mudah


Seperkara lagi yang ku suka pada design Aurelia daripada The Tuniq by Almas ini adalah pada bahagian sikunya. Daku selalu pakai pakaian labuh dengan bentuk lengan yang sama saja dari atas hingga ke bawah tapi berbeza dengan Aurelia. Design lengan baju yang agak tirus di bahagian atas dan kembang pada pertengahan bahagian lengan membuatkan ianya sangat lain daripada yang lain. 

Ia juga mudah untuk di iron dan tidaklah terlalu kembang hingga nampak pelik. Its ohsem dengan sedikit kembang ala-ala princess sedikit dan secara tidak langsung sangat memudahkan pergerakan tangan semasa ingin melakukan sesuatu. Daku sendiri rasa sangat selesa dan sangat mudah bergerak walaupun perlu pegang Kasih di atas dukungan. 

Inilah Pakaian Muslimah Yang Sangat Cantik Dengan Harga Terlajak Murah 
Sebagaimana yang ku katakan tadi, AURELIA dari jenama The Tuniq by ALMAS ini sangat cantik jika digayakan ke pejabat dan tempat kerja tetapi jika nak pakai untuk hadiri majlis sederhana formal dan jika mahu bersantai sekalipun, itu semua tidak jadi masalah! Tepuk dada tanya selera kerana bagi pendapat peribadiku sendiri pakaian ini memang sesuai untuk dikenakan untuk apa jua urusan. 
Ohya! Suka untuk diingatkan yang pakaian dari The Tuniq by ALMAS ini kebanyakannya adalah berstatus pre order. Order dulu kemudian akan di jahit mengikut size yang dikehendaki dan setelah itu pakaian yang ditempah akan terus diposkan ke alamat yang di beri. Ada 7 saiz semuanya dan bolehlah di tempah mengikut ukuran badan masing-masing berpandukan carta ukuran yang telah disediakan. 

Ternyata, bajju tunik dari Almas ini adalah baju atau pakaian dengan ukuran longgar sehingga boleh menyediakan saiz yang lebih besar dibandingkan dengan ukuran yang ada untuk pakaian ready made di pasaran. Untuk harganya pula kalian tentu akan terkejut. 
Yelah, murah sangat-sangat tau!! Betul-betul berbaloi! Walaupun dihasilkan dari butik yang sangat ekslusif tetapi harga yang ditawarkan hanyalah RM saja sehelai. Bahkan ada pula promosi untuk harga yang lebih rendah. Best sangat-sangat kan

Pilihan warna pula ada 3 (tiga) buat masa ini iaitu IRIS, DEEP BLUE dan juga WHITE. Untuk ke pejabat boleh gayakan dengan slack, palazo mahupun skirt labuh dengan warna hijab yang sedondon sebagaimana yang dikenakan oleh model dalam gambar di bawah ni. 


Pakaian Yang Cantik & Selesa Boleh Membuatkan Hari Kita Bertambah Indah
Dah lama berhajat untuk pakai baju tunik yang cantik untuk wanita muslimah? Mahu berpakaian longgar dengan design yang cantik untuk menutup aurat dengan lebih sempurna? Jangan tunggu lama-lama kerana The Tuniq ada bermacam design pakaian tunik yang ohsem! 
Pakaian yang cantik dan selesa boleh membuatkan hari kita bertambah indah. Jom cuba jenama The Tuniq by Almas sekarang, sekali cuba pasti akan jatuh cinta kerana segalanya dijahit ikhlas dengan penuh kasih sayang

pakaian yang selesa akan membuatkan hari bertambah ceria
Untuk segala urusan pertanyaan dan pembelian, boleh terus hubungi melalui detail di bawah ini.


The Tuniq by Almas | Antara Pengeluar Baju Tunic Terbaik Di MalaysiaWebsite  |  Facebook   |  Instagram Hotline : 017-8952979
Alamat Premis :ALMAS NIAGA SDN BHD, SL NO. 15, SURVEY LOT 3808, 2ND FLOOR, WISMA ALMAS, JALAN DATO MOHD MUSA, DESA ILMU PHASE 11,94300 KOTA SAMARAHAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/09/the-tuniq-by-almas-pengeluar-baju-tunik-yang-ohsem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Umno No Apologies For Pas Cooperation Muslim Unity The Priority

Wanita Umno No Apologies For Pas Cooperation Muslim Unity The Priority

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 362 hits
There is no need for Umno and PAS to apologise to one another as the political cooperation between the two parties is to forge Muslim unity says Wanita Umno chief Datuk Dr Noraini Ahmad Noraini the Parit Sulong MP said she had contested aga...
Cantik Jenama Kotex Perkenal Rekaan Batik Untuk Packaging Tuala Wanita

Cantik Jenama Kotex Perkenal Rekaan Batik Untuk Packaging Tuala Wanita

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 408 hits
Tuala Wanita pun nak cantik Apa maksud penulis agaknya Baiklah jenama tuala wanita tersohor di Malaysia Kotex tampil dengan cetakan batik moden untuk pembungkusannya Cetakan batik ini pertama kalinya mencuri perhatian khalayak ramai dengan ...
Jenama Kopi Segera Terbaik Di Pasaran

Jenama Kopi Segera Terbaik Di Pasaran

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 1541 hits
Antara kopi segera yang menjadi kegemaran saya sekarang ialah jenama kopi dari papparich stevia white coffee Dia punya rasa melekat memang piyor habis sesuai sangat lah untuk yang suka minum kopi yang agak keras seperti saya Orang dulu dulu...
Daftar Hp Murah Terbaik Harga Rp 1 Jutaan

Daftar Hp Murah Terbaik Harga Rp 1 Jutaan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 538 hits
Mungkin sudah saatnya Anda perlu mengganti hp Anda dengan hp terbaik harga Rp 1 Jutaan saja Anda bisa membeli baru atau dengan cara tukar tambah hp untuk mendapat model hp terbaru Sebab hp murah sekarang sudah dilengkapi dengan fitur fitur ...
Penyokong Garuda Antara Terbaik Di Dunia Ini Penjelasan Pengendali Indonesia

Penyokong Garuda Antara Terbaik Di Dunia Ini Penjelasan Pengendali Indonesia

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 271 hits
Pertembungan diantara pasukan bola sepak Malaysia dan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno Jakarta tempoh hari telah mengakibatkan beberapa kekecohan diantara penyokong Indonesia dan Malaysia Walaupun Indonesia tewas mengejut 2 3 ke...
Tips Memilih Hp Android Murah Terbaik

Tips Memilih Hp Android Murah Terbaik

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 378 hits
Sekarang ini mencari hp baru sudah tidak lagi sulit Banyak pilihan merek maupun model hp yang berkelas yang bisa di pilih Harganya pun juga tidak selalu mahal Untuk hp berkelas sekalipun dengan spesifikasi yang wah masih bisa dibeli dengan ...
Nike Perkenal Hijab Pro Produk Khas Buat Atlet Wanita Muslimah

Nike Perkenal Hijab Pro Produk Khas Buat Atlet Wanita Muslimah

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 498 hits
BERITA menarik untuk para wanita yang berhijab kini anda boleh bersukan dengan Nike Hijab ProSebagai seorang wanita Muslimah hijab merupakan pakaian utama yang perlu dititikberatkan Bagi wanita yang gemar melakukan aktiviti lasak dan bersuk...
Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya Dag

Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya Dag

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 529 hits
Jenama Bantal Taraf Hotel Yang Terbaik Di Malaysia Semestinya DAG Excitednya nak masuk rumah baru Sementara nak siapkan apa yang patut cik en dah mula survey barangan rumah Ruang yang paling cik en suka adalah bilik tidur diatas katil dan m...
Viral Mempelai Wanita Lebih Sangar Dibanding Pengantin Pria

Viral Mempelai Wanita Lebih Sangar Dibanding Pengantin Pria

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 367 hits
Ada yang aneh dalam pesta pernikahan yang belakangan ini viral di media sosial Dalam video itu terlihat mempelai wanita lebih sangar daripada pengantin pria Dalam video viral tersebut terlihat pasangan pengantin dengan busana warna merah de...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game