The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Doa Mohon Keampunan Dan Keselamatan



The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Doa Mohon Keampunan dan Keselamatan
عن ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ: لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يدع هؤلاء الكلمات إذا أصبح وَإذا أَمْسَى: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Daripada Ibn Umar RA berkata: Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini pada waktu petang dan pagi: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah! Tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di dalam hatiku. Ya Allah! Peliharalah aku dari hadapan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu daripada ancaman yang datang (dalam keadaan tidak sedar) dari bawahku.” (HR Abu Daud No: 5074) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa memohon kepada Allah kerana ia adalah sebahagian daripada ibadah

2.  Keselamatan di dunia dan akhirat adalah nikmat terbesar yang sering dilupakan manusia. Doa ini mengingatkan agar kita sentiasa mensyukuri nikmat tersebut

3. Antara doa seorang Muslim adalah memohon keampunan iaitu  pelepasan daripada melakukan dosa dan memohon afiyah iaitu keselamatan di dunia dan akhirat. 
3.  Syarah Sunan Ibn Majah menjelaskan: memohon ‘afiyah adalah memohon  keselamatan daripada sebarang kerosakan dan juga kesusahan. Menutup aib bermaksud menutup apa-apa yang memalukannya dan tidak disukai apabila ia dilihat oleh orang lain. Adapun, berilah ketenteraman di dalam hatiku bermaksud ketenangan hati daripada perasan takut, berbangga dan sebagainya. [Lihat: Syarah Sunan Ibn Majah, 1/276]
4.  Menurut Imam al-Nawawi: makna ‘afiyah di dalam doa di atas, adalah satu lafaz umum yang mana terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin serta agama sama ada di dunia dan juga di akhirat. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 46/12]
5.  Syeikh al-Munawi menjelaskan: ‘afiyah bermaksud keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan. [Lihat: Faidh al-Qadir, 107/4]
6.  Doa ini memohon keselamatan dan kesejahteraan pada agama daripada segala bentuk fitnah, pada tubuh badan daripada segala penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah. Hal ini termasuklah perlindungan daripada pelbagai wabak penyakit

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Doa ini mengandungi permohonan keampunan juga keselamatan hidup di dunia dan akhirat.  Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesejahteraan yang berpanjangan serta melindungi kita daripada segala perkara yang tidak baik yang mungkin datang dari segala penjuru dan arah. Semoga kita selamat di dunia mahupun di hari akhirat

#BangunkanJiwaMerdeka#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah#BinaNegaraRahmah#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor#PalestinMerdeka
07hb Rejab 1446H07hb Januari 2025
--- #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #1hari1hadis #hadis10saat  #IniStyleKita #fyp ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#Samsung‬ ‎#DJI #Fujifilm #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mknaceunlimited.blogspot.com/2025/01/the-colours-of-life-perkongsian-1-hari_7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Not To Bore You But Have You Thought About The Meaning Of Life

Not To Bore You But Have You Thought About The Meaning Of Life

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 279 hits
The year 2024 is ending soon Just as we ve been getting comfortable with it it s gone and we ll have to start getting used to 2025 This seems like an annual affair Do we have to do this forever No One day our number will come up and our dia...
Himpunan Doa Dalam Al Quran Hadis

Himpunan Doa Dalam Al Quran Hadis

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 137 hits
HIMPUNAN DOA DALAM AL QURAN HADIS1 DOA MOHON KEAMPUNAN Rabbana la tua khizna innasina au akhta na rabbana wala tahmil alaina isran kama hamaltahu alal lazina min qablina rabanna wala tuhammilna ma la taqata lana bih wa fu anna wagfir lana w...
Pm Anwar Rai Pm Jepun Dalam Majlis Makan Tengah Hari Di Seri Perdana

Pm Anwar Rai Pm Jepun Dalam Majlis Makan Tengah Hari Di Seri Perdana

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 120 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lawatan rasmi Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dengan majlis makan tengah hari di Seri Perdana pada Jumaat Foto BernamaPUTRAJAYA 10 Jan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjur...
Hadiahkan Coklat Custom Untuk Hari Jadi Akak Hadiah Manis Penuh Makna

Hadiahkan Coklat Custom Untuk Hari Jadi Akak Hadiah Manis Penuh Makna

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 176 hits
Siapa kata coklat hanya untuk kanak kanak sahaja Pada hari istimewa seperti hari jadi coklat juga boleh jadi hadiah yang penuh makna dan tak terlupakan Baru baru ini CR menghadiahkan coklat custom kepada akak CR yang sedang menyambut ulang ...
Hari Apresiasi 6 Tahun Tabika Kemas 2024

Hari Apresiasi 6 Tahun Tabika Kemas 2024

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 180 hits
Pada 09 01 2025 sekolah Adha ada majlis apresiasi tahun 6 2024 Seramai 522 murid telah dianugerahkan sijil tamat persekolahan Ramai betul dan aku rasa macam convo budak budak U pulak Dalam pada gembira tu ada je terjentik rasa sedih sebab a...
21 Petua Mesti Tahu Untuk Semarakkan Kasih Sayang Suami Isteri Setiap Hari

21 Petua Mesti Tahu Untuk Semarakkan Kasih Sayang Suami Isteri Setiap Hari

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 169 hits
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia penuh kasih sayang dan rasa dihargai kan Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh dengan keharmonian dan cinta sejati Tapi kadang kadang dalam kesibukan harian kita te...
Berita 4 Hari Lepas

Berita 4 Hari Lepas

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 80 hits
Aman Muhamad Tak patut bantu sekolah persendirian Cina sebab mereka sudah mahakaya kata walaun jika begitu tak perlu banru sekolah persendirian agama Islam jugak lah sebab mereka pun mahakaya juga dengan kata lain walaun tak mahu sekolah ag...
2 Hari Lagi Saksikan Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Yb Menteri Secara Langsung

2 Hari Lagi Saksikan Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Yb Menteri Secara Langsung

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 310 hits
2 Hari Lagi Jangan lepaskan peluang untuk saksikan secara langsung Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 oleh YB Menteri Pendidikan Acara akan berlangsung pada Selasa 14 Januari 2025 pukul 9 30 pagi Anda boleh tonton di saluran YouTube EduWebTV a...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya