Himpunan Doa Dalam Al Quran Hadis
HIMPUNAN DOA DALAM AL-QURAN & HADIS
1. DOA
MOHON KEAMPUNAN
رَبَّنَا لاَ
تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ
عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ
مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ
عَنَّا وَاغْفِرْ
لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا
عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Rabbana
la-tua-khizna innasina au akhta’na, rabbana wala tahmil ‘alaina isran kama
hamaltahu ‘alal lazina min qablina, rabanna wala tuhammilna ma la taqata lana
bih(i), wa’fu ‘anna, wagfir lana, warhamna, anta maulana fansurna ‘alal qaumil
kafirin.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang
yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan
kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan
kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah
Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap
kaum-kaum yang kafir”. (Surah Al-Baqarah: 286)
2. DOA
MOHON KEBAHAGIAN DIDUNIA DAN AKHIRAT
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي
الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana atina fiddun ya hasanatan wafil’akhirati hasanatan waqina
‘azaban naar
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Surah Al-Baqarah 201)
3. DOA
MOHON DIBERI KESABARAN
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَثَبِّتْ
أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Rabbana afrig ‘alaina sabran wasabbit aqdamana wansurna alal qaumi
al-kafirin
"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan
teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang
kafir" (Surah Al-Baqarah: 250)
4. DOA
MOHON KETURUNAN YANG TA’AT KEPADA ALLAH
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن
ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ
عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Rabbana
waj’alna muslimaini laka wamin zurriy yatina um-matan muslimatan lak(a), wa
arina manasikana watub ‘alaina innaka antat tawwabur rahim
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang
berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam
(yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan
cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha
Penerima taubat, lagi Maha Mengasihan”. (Surah Al-Baqarah: 128)
5. DOA
MOHON KEAMANAN NEGARA DAN REZEKI
رَبِّ اجْعَلْ هَـَذَا بَلَداً آمِناً وَارْزُقْ
أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ
آمَنَ مِنْهُم بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ قَالَ
وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلاً ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَى
عَذَابِ النَّارِ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Rabbij’al al haza baladan ‘aminan warzug ahlahu mi-nassamarati man
‘amana minhum billahi walyaumil akhir(i), qala waman kafara fa umatti ‘uhu
qalilan summa adtarruhu ila ‘azabin nar(i), wabil’sal masir
“Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri aman sentosa, dan berikanlah
reziki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman kepada Allah dan hari
kemudian diantara mereka. Allah berfirman: “Dan kepada orang yang kafirpun aku
beri kesenangan sementara, kemudian aku paksa ia menjalani siksa neraka dan
itulah seburuk-buruk tempat kembali”. (Surah Al-Baqarah: 126)
6. DOA
MOHON KETETAPAN IMAN
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ
هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Rabbana
laa tuziq qulubana ba’da idz hadaitana wahab lana min-ladunka rahmah(tan),
innaka antal wahab
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah
rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah
pemberianNya”. (Surah A-li ‘Imraan: 8)
7. DOA
MOHON KEAMPUNAN IMAN DAN DISELAMAT DARI NERAKA
رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا
ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana amanna fagfirlana zunubana waqina ‘azaban nar
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu,
ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"; (Surah
A-li ‘Imraan: 16)
8. DOA
MOHON ORANG MENJADI SAKSI PADA HARI KIAMAT
رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا
الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Rabbana
amanna bima anzalta wattaba ‘nar rasula faktubna ma’asy syahidin
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau
turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta
orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran
RasulMu". (Surah A-li-Imraan: 53)
9. DOA
MOHON ZURIAT YANG BAIK
رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً
إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Rabbi hab li min ladunka zuriyatan tayyibah(tan), innaka sami’ud du’a
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang
baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
(Surah A-li Imraan: 38)
10. DOA
MOHON DIPELIHARA DARI SIKSAAN NERAKA
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ
فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ
أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي
لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا
ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا
وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ
رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ
وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Rabbana
ma’khalaqta haza batilan, subhanaka faqina ‘azabannar(i), rabbana innaka man
tudkhilin nara faqad akhzitahu, wama liz-zalimina min ansar(in), rabbana innana
sami’na munadiyan-yunadil lil ‘imani an aminu birab-bikum fa’amanna, rabbana
fagfir lana zunubana wakaffir ‘anna sayyi’atina watawaffana ma’al abrar(i),
rabbana wa’atina ma wa’adtana ‘ala rusulika wala tukh zina yaumal qiyamati,
innaka la tukhliful mi’ad.
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai
Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka
sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan
beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah
mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: `
Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami,
ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan
kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami!
Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui
Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya
Engkau tidak memungkiri janji". (Surah A-li Imraan: 191-194)
11. DOA
MOHON MENETAPKAN PENDIRIAN
ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي
أَمْرِنَا وَثَبِّ
أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ
الْكَافِرِينَ
Rabbanagfir
lana zunubana wa-isr’a-fana fi amrina wasabbit aqdamana wansurna ‘alal qaumil
kafirin.
“Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang
melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam
perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir”.
(Surah A-li ‘Imraan: 147)
12. DOA
MOHON REZEKI UNTUK HARI RAYA
رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ
السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا
عِيداً لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِّنكَ
وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Rabbana
anzil ‘alaina ma’idatan minas sama’I tak-unu lana ‘idan li-awwalina wa akhirina
wa ayatan minka, warzuqna wa anta khairur raziqin
“Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan
dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari
ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda
(mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan
kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi
rezeki". (Surah Al-Maaidah: 114)
13. DOA
MOHON TETAP BERSAMA ORANG-ORANG BERIMAN
رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Rabbana
amanna faktubna ma’a asy-syahidina
"Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab
Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi
saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w)”. (Surah Al-Maaidah: 83)
14. DOA
MOHON KEAMPUNAN DARI KEZALIMAN
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ
لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Rabbana
zalamna anfusana wa in-lam tagfir lana watarhamna la-nak’unanna minal khasirin
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan
kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya
menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Surah Al-A’raaf: 23)
15. DOA
MOHON SUPAYA TIDAK DITEMPATKAN BERSAMA ORANG ZALIM
رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ
الظَّالِمِينَ
Rabbana
la taj’alna ma’a al-qaumi az-zalimina
“Ya tuhan kami, janganlah engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang
yang zalim”.
(Surah Al-A’raaf ayat: 47)
16. DOA
MOHON MENEGAK KEBENARAN
رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا
بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِين
Rabban
iftah bainana wabaina qaumina bilhaqqi wa anta khairu al-fatihin(a)
“Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran
(keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim". (Surah Al-A’raaf: 89)
17. DOA
MOHON LIMPAHKAN KESABARAN
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَتَوَفَّنَا
مُسْلِمِينَ
Rabbana
afrig ‘alaina sabran watawaffana muslimina(a)
“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah
kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)" (Surah
Al-A’raaf:126)
18. MOHON
JAUHI DARI FITNAH
عَلَى اللّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا
فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ
الْكَافِرِينَ
‘Alallahi
tawakkalna, rabbana la taj’alna fitnatan lilqaumi azzalimiin(a), wa najjina
biramatika minal qaumil kafirin
“Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. dan
selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir”. (Surah Yunus:
85-86)
19. DOA
MOHON SESUATU YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN
رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا
لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ
الْخَاسِرِينَ
Rabbi
inni a’uzu bika an as’alaka ma laisa li bihi ‘ilm(un), wa illa tagfir li wa
tarhamni akun-minal khasirin
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon
sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak
mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari
orang-orang yang rugi”. (Surah Hud: 47)
20. DOA
MOHON KEMAKMURAN KETURUNAN
رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ
غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا
لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ
النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ
يَشْكُرُونَ
Rabbana
inni askantu min zurriyyati biwadin gairi zizar’in ‘inda baitikal-muharram(i),
rabbana liyuqimus-salata faj’al af’idatan minan nasi tahwi ilaihim warzuqhum
minas-samarati la ‘allahum yasykurun
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian
dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman
padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami,
(mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan
memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari
manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ),
dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil
tanaman, semoga mereka bersyukur”.
(Surah Ibrahim: 37)
21. DOA
MOHON KETETAPAN MENDIRIKAN SOLAT
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن
ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
Rabbij’alni
muqimas-salati wamin zuriyyati, rabbana wataqabbal du’a’(i)
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku”. (Surah Ibrahim: 40)
22. DOA
MOHON KEAMPUNAN UNTUK IBU BAPAK DAN ORANG MUKMIN
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ
وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Rabbanagfir
li’waliwalidayya walil-mu’minina yauma yaqumul hisab(u)
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku
serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan
pembalasan" (Surah Ibrahim: 41)
23. DOA
MOHON PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR
رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي
مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
Rabbi
adkhilni mudkhala sidiqin-wa akhrijni mukhraja sidqin waj’al li min-ladunka
sultanan nasira
“Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan
kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan
cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah
keterangan serta kekuasaan yang menolongku" (Surah Al-Israa’: 80)
24. DOA
MOHON DILIMPAHI RAHMAT
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ
لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
Rabbana
‘atina min-la dunka rahmatan wahayyi ‘lana min amrina rasyada(n)
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah
kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama
kami". (Surah Al-Kahf: 10)
25. DOA
MOHON MENERANGKAN HATI
يَفْقَهُوا قَوْلِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً
مِّن لِّسَانِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي رَبِّ اشْرَحْ لِي
صَدْرِي
Rabbaisyrah
li sadri, wa yassir la amri, wahlul ‘uqdatan-min-lisani, yafqahu qauli
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; dan mudahkanlah bagiku,
tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham
perkataanku. (Surah Taha: 25-28)
26. DOA
MOHON SUPAYA TIDAK BERSENDIRIAN
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ
الْوَارِثِينَ
Rabbi
la tazarni fardan wa anta khairul warisin(a)
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak
meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Surah
Al-Anbiyaa: 89)
27. DOA
MOHON KEPUTUSAN YANG ADIL
رَبِّ احْكُم بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ
الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ
Rabbihkum
bilhaqqi, warabbunar rahmanul musta’anu ‘ala ma’ta sifun(a)
“Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar;
dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan
pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu". (Surah Al-Anbiyaa:
112)
28.
DOA MOHON PERLINDUNGAN DAN GANGGUAN DARI SYAITAN
وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ
مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ
Rabbi
a’uzu bika min hamazatisy syayatin(i), wa a’uzu bika rabbi an-yahdurun(i)
"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan
Syaitan-syaitan, Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan
itu tidak menghampiriku".
(Surah Al-Mu’minun: 97-98)
29. DOA
MOHON DIBERI RAHMAT
رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا
وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Rabbana
‘amanna fagfir lana warhamna wa anta khairur rahimin(a)
“Wahai Tuhan kami, kami
telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami,
dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat “.(Surah Al-Mu’minun:
109)
30. DOA
MOHON AMPUN DAN RAHMAT
رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ
الرَّاحِمِينَ
Rabbigfir
warham anta khairur rahimin(a)
“Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya
Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" (Surah Al-Mu’minun: 118)
31. DOA
MOHON DISISIH DARI AZAB NERAKA
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ
عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً
إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً
Rabbana
isrif ‘azaba jahannam(a), inna ‘azabaha kana garama(n), innaha sa’at
mustaqarran wamuqama
“Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami,
sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan, sesungguhnya neraka Jahannam
itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk"; (Surah
Al-Furqaan: 65-66)
32. DOA
MOHON BEROLEH ISTERI DAN ZURIAT BAHAGIA
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا
وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Rabbana
hab lana min azwajina wa’zuriyyatina qurrata a’yunin waj’alna lilmuttaqina
imama(n)
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah
kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”. (Surah Al-Furqaan: 74)
33. DOA
MOHON HIKMAH
وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ رَبِّ هَبْ لِي
حُكْماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ
Rabbi hab li hukman-wa alhiqni bissalihin, waj’al li lisana sidqin fil
akhirin(a), waj ‘alni min-warasati jannatin na’im(i)
"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan
hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh dan jadikanlah bagiku sebutan
yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian dan
jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim”.
(Surah Asy-Syu’araa: 83-85)
34. DOA
KESYUKURAN
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ
أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي
بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Rabbi
auzi’ni an asykura ni’matakal lati an-amta ‘alayya wa’ala walidayya wa an
a’mala salihan tardahu wa adkhilni birahmatika fi ‘ibadikas salihin(a)
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu
yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap
mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah
rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (Surah An-Naml: 19)
35. DOA
MOHON KEAMPUNAN
رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي
فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Rabbi
inni zalamtu nafsi fagfir li fagafara lahu(u), innahu huwal gafurur rahim(u)
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu
ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala
menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah Al-Qasas: 16)
36. DOA
MOHON PERTOLONGAN
رَبِّ انصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ
Rabbinsurni
‘alal qaumil mufsidin(a)
“Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan
(menderhaka)". (Surah Al-Ankabuut: 30)
37. DOA
KESYUKURAN
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ
أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي
بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Rabbi
auzi’ni an asykura ni’matakal lafi an’amta ‘alayya wa ‘ala walidayya wa an
a’mala salihan tardahu wa adkhilni birahmatika fi ‘ibadikas salihin
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu
yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap
mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah
rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”. (Surah An-Naml: 19)
38. DOA
MOHON ANAK YANG SOLEH
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Rabbi
hab li minas salihin(a)
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari
orang-orang yang soleh!”(Surah As-Saaffaat: 100)
39. DOA
MOHON AMPUN KEPADA MEREKA YANG BERATUBAT
رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْماً
فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي
وَعَدتَّهُم وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ
وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ
الْحَكِيمُ
Rabana
wasi ‘ta kulla syai’in-rahmatan wa ‘ilman fagfir lillazina tabu wattabu’u
sabilaka waqihim ‘azabal jahim(i), rabbana wa adkhilhum jannati ‘adni nillati
wa’adtahum waman salaha min aba’ihim wa azwajihim wazurriyatihim, innaka anta
‘azizul hakim(u)
“Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka
berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan
peliharalah mereka dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! masukkanlah mereka
ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan
(masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa
mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya
Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Surah Ghaffir/Al-Mu’min:
7-8)
40. DOA
KESYUKURAN ATAS NIKMAT YANG DIKURNIAKAN
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ
أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي
ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Rabbi
auzi ni an asykura ni’matakal lati’an ‘amta ‘alayya wa’ala walidayya wa an
a’mala salihan tardahu wa aslih lifi zurriyyati, inni tubtu ilaika wa inni minal
muslimin(a)
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan
nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku
tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat
kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk
patuh kepadamu)". (Surah Al-Ahqaaf: 15)
41. DOA
MOHON KEAMPUNAN DIRI DAN ORANG-ORANG TERDAHULU
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ
سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا
غِلّاً لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ
رَّحِيمٌ
Rabbanagh
firlana wali ikhwa-aninal ladzina sabaquna bil iman, walaa taj’al fii qulubina
ghillan lilladziina aamanu, rabbana innaka ra’ufur rahim
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan
dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau
jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang
beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan
RahmatMu". (Surah Al-Hasyr: 10)
42. DOA
MOHON KEAMPUNAN/TAWAKAL KEPADA ALLAH
رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا
وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Rabbana
‘alaika tawakalna wa ilaika anabna wa ilaikal masir(u)
"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan
kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat
kembali! ( Surah Al-Mumtahanah :4)
43. DOA
MOHON KEAMPUNAN
رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ
كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Rabbana
la taj ‘alna fitnatan lillazina kafaru wagfir lana rabbana innaka antal ‘azizul
hakim(u)
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan
kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami
wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana". (Surah Al-Mumtahanah: 5)
44. DOA
MOHON KESEMPURAAN CAHAYA
رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا
إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Rabbana
atmin lana nurana wagfir lana, innaka ‘ala kulli syai’in qadir(un)
Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah
keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu". (Surah At-Tahriim: 8)
45. DOA
MOHON KEAMPUNAN BAGI DIRI, KEDUA ORANG TUA DAN ORANG MEMASUKI RUMAH
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ
بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا
تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَاراً
Rabbigfirli
wali walidayya waliman dakhala baiti mu’minan walil mu’minina wal mu’minati(i),
wala tazidiz zalimina illa tabara(n)
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi
sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi
sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman);
dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!
(Surah Nuh: 28)
Disusun oleh : HUSZAINI RAHMAN
Perkongsian dari : SURAU SRI BAHAGIA
http://petuamalaya.blogspot.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://petuamalaya.blogspot.com/2025/01/himpunan-doa-dalam-al-quran-hadis.html