The Asian Mash Up Royale Chulan Penang
Hai korang. Kalau korang tanya El kat mana makan sedap di hotel, memang El recommend dekat Royale Chulan Penang. El dah banyak kali makan di sini. Ikut tekak El, semua makanan sedap-sedap belaka especially Kambing Golek yang sangat juicy, lembut dan ranggup di luar. Adoi bila teringat balik memang terliur.
Untuk pengetahuan korang, sekarang ni Royale Chulan Penang tengah celebrate The Asian Mash-Up yang menyajikan hidangan lazat dan manis dari seluruh Asia, setiap hidangan direka khas oleh chef yang berbakat.
All favourite item mesti ada seperti Seafood on Ice, Nyonya Prawns Kerabu, Imam Balidi dan Penang Char Koay Teow. The Mash-Up Asia juga membawa kembali kegemaran ramai iaitu 4 Pilihan Nasi yang berbeza, Nasi Tomato, Nasi Beriani, Nasi Dhal dan Nasi Hujan Panas berserta main dish, Five Spices Roast Lamb dan Crispy Fried Nestum Prawns.
Di samping itu, untuk menambah sentuhan fusion ke bufet, The Asian Mash-Up juga memperkenalkan fusion stesen tindakan pasta di mana pasta klasik Itali akan diberikan sentuhan Asia. Tetamu akan dapat menikmati hidangan pasta seperti Pasta Sambal Sotong, Chili Crab Pasta, Stir Fry Seafood Tomyam Pasta dan Duck Breast Aglio Olio Pasta. Terdapat empat menu berbeza dalam giliran supaya para tetamu dapat menikmati satu jenis pasta yang berbeza setiap minggu.
Bab dessert korang jangan risau, memang tak menghampakan. Dari dulu lagi El suka dia punya bread pudding. Suami El suka sangat. Tapi dia tak dapat join sekali. Bila makan teringat kat dia haha.
Buffet ini hanya ditawarkan pada setiap hari Jumaat bermula 5/7/19 dari jam 6.30pm-10pm di Sri Tanjung Cafe.
Harga
Adult RM75nettKids/Senior RM50nettPromo Senior eat free (Buy 2 adult) with T&C
Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi
Tel: + 60 (4) 259 8888 # 8910
www.royalechulan-penang.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.eldarwena.com/2019/07/the-asian-mash-up-royale-chulan-penang.html