The 5 Most Delicious Malaysian Foods Have You Tried Them


Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap. Tambah lagi Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya. Memang beraneka lah segala hidangan menu di Malaysia ni. Ada masakan tradisional melayu, masakan Cina, masakan india dan beberapa lagi suku kaum di Malaysia. 
Walaupun tinggal di Malaysia, tak semua jenis makanan dapat dicuba dan dirasa. Kita semua tahu yang setiap negeri ada hidangan tradisi masing-masing. Dalam banyak-banyak makanan di Malaysia, makanan apa yang paling sedap? Fiza nak kongsikan The 5 Most Delicious Malaysian Foods: Have You Tried Them?

1. Nasi Lemak Nasi lemak adalah makanan paling popular dan dikenali sebagai signature dish Malaysia. Nasi lemak juga kegemaran rakyat Malaysia tidak kira usia dan kaum. Semua sukakan nasi lemak. Kebiasaannya nasi lemak dihidangkan untuk waktu sarapan pagi je. Tapi sekarang, nasi lemak dihidangkan pada bila-bila masa je. Pagi petang siang malam mudah je nak dapat makan nasi lemak


Hidangan nasi lemak terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan menjadikan rasa nasi lebih berlemak. Sebab itu dinamakan nasi lemak. Tak lengkap hanya sekadar nasi, dihidangkan Bersama sambal, ikan bilis goreng, kacang goreng, telur goreng atau telur rebus dan hirisan timun. Lagi sedap jika nasi lemak dibungkus dengan daun pisang. Bila aroma daun pisang dan nasi lemak panas bergabung, rasa nasi lemak bertambah sedap dibuatnya. Aduh, terasa kat tekak ni bila cakap pasal nasi lemak daun pisang.

Nasi lemak juga melalui fasa perubahan selari dengan perubahan zaman. Banyak hidangan nasi lemak telah dipelbagaikan dengan lauk pauk dan nasi juga dipelbagaikan dengan warna-warna yang menarik. Nasi lemak pandan lah, nasi lemak strawberry lah. Macam-macam lah menu nasi lemak yang menjadi viral sekarang ni. Tapi yang tradisional juga yang sedap. Betul tak? Mana satu yang menjadi pilihan

2. Nasi Kandar Peminat nasi kandar sila angkat tangan! Fiza yakin, majoriti rakyat Malaysia memang suka dengan nasi kandar. Nasi kandar adalah hidangan tradisi orang utara yang berasal dari Penang. Datang ke Penang, wajib cuba makan nasi kandar. Merata-rata kedai jual nasi kandar dan memang mudah untuk didapati. Biasanya yang popular tu lah yang paling sedap orang kata. Yang popular tu kau orang boleh google sendiri ye. 

Nasi kandar ni dimasak dengan rempah ratus sebab tu rasa dia sedap. Kemudian dihidangkan dengan pelbagai jenis kuah kari dan gulai. Segala kuah tu dicampur dalam satu pinggan sampai banjir. Selain lauk berkuah bergulai, ada juga lauk yang digoreng. Kemudian ditambah dengan ulam-ulaman seperti bendi , timun, cili hijau dan macam-macam lagi. 
Orang Penang biasa sangat dah makan nasi kandar ni. Pagi-pagi lagi dah breakfast dengan nasi kandar. Nasi kandar Penang memang padu bak hang! Eh, rasa macam teringin pula makan nasi kandar. Makan dengan kuah kari banjir pekat likat tu memang tak pandang kiri kanan dah. Kenyang dia boleh bawa sampai ke petang

3. Nasi Dagang Selain dua hidangan nasi di atas tu, nasi dagang salah satu makanan paling sedap di Malaysia yang asalnya dari negeri Terengganu. Nasi dagang juga merupakan makanan Malaysia yang popular di sekitar pantai Timur dan terdapat pelbagai versi sebenarnya. Nasi dagang di masak dengan cara kukus dengan menggunakan beras yang istimewa


Rasa nasi dagang seperti pulut dan kebiasaannya dihidangkan dengan lauk gulai ikan tongkol. Rasa ikan tongkol yang lembut tu memang sesuai dengan rasa nasi dagang tu. Tak lengkap lah kalau tak ada menu sampingan. Antaranya telur rebus, timun, sambal kelapa dan juga jelatah timun. Kecur air liur dibuatnya sebab agak lama juga tak pekena nasi dagang ni. Susah nak dapat dan boleh cakap ianya sejenis makanan rare yang senang nak dapat kat negeri pantai timur je.

4. Banana LeafPernah makan makanan yang dihidangkan atas daun pisang tak? Of course lah pernah sebab nasi lemak juga dibungkus/di alas dengan daun pisang. Banana leaf pula adalah sejenis hidangan nasi dan lauk pauk yang diletakkan di atas daun pisang pengganti kepada pinggan. Nama pun banana leaf kan. 

Tradisi makan atas daun pisang ni adalah tradisi orang india yang dibawa daripada India Selatan dan semakin popular di Malaysia. Makan makanan yang diletakkan atas daun pisang ni akan membangkitkan aroma yang sedap dan membuatkan lebih berselera nak makan. Lagi-lagi bila letak nasi dan lauk panas-panas.

Sedap dia jangan cakaplah. Memang sedap sungguh! Disebabkan banana leaf ni India style, jadi lauk pauk dia ala india lah macam kari, gulai, keropok papadom dan bermacam menu lagilah. Siapa biasa makan kat kedai mamak, itulah menu yang ada Cuma bezanya dihidangkan atas daun pisang. 
5. Satay Jemu dengan menu berasaskan nasi? Jangan risau lah, satay kan ada! Orang Korea kalau datang Malaysia memang suka makan satay sebab mereka jenis suka makan daging yang dibakar. Satay di Malaysia ni ada bermacam-macam jenis satay dan wajib ada kuah kacang sebagai pelengkap hidangan. Tak ada kuah kacang, tak satay lah kan. Dulu-dulu kalau beli satay, harga siap sekali dengan timun, bawang dan nasi impit. 

Sekarang nak timun, bawang dan nasi impit tu kena bayar okay. Hidangan sampingan tu wajib ada barulah rasa makan satay tu lebih nikmat terasa. Satay ayam dan daging antara satay yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kalau Fiza, satay ayam lah menjadi pilihan. Satay daging ni kurang sikit sebab kurang makan daging. Kalau dapat satay sedap dan kuah kacang pun sedap, 10 cucuk satay laju je makan. Terbayang bayang pula satay di saat kelaparan ni.

Sekarang semua makanan sedap di Malaysia di dah boleh dapat dimana je. Kalau belum cuba semua menu di atas ni, Kau orang boleh je ORDER FOODdimana mana saja dan pada bila bila masa pun. Cakap je nak makan apa, terus order kat Foodpanda dan makanan dihantar terus depan pintu rumah kau orang. Mudah dah zaman sekarang ni. Tak payah nak berlapar atau mengidam tu. Order je dapat, order je sampai. Mudah bukan? Sediakan duit je lah, itu yang paling penting.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2019/11/The-5-most-delicious-malaysian-foods-have-you-tried-them.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Youth Chief If You Cross The Line You Ll Face Disciplinary Board

Pkr Youth Chief If You Cross The Line You Ll Face Disciplinary Board

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 418 hits
PKR leaders can argue and raise certain issues publicly is in line with the party s spirit of upholding democracy and fighting for reform but they must not go overboard says PKR youth chief Akmal Nasir Akmal said those who cross the line mu...
Bombshell Expose Azmin Is Bluffing He Does Not Have The Numbers For Mahathir To Continue As Prime Minister

Bombshell Expose Azmin Is Bluffing He Does Not Have The Numbers For Mahathir To Continue As Prime Minister

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 366 hits
Mahathir should not have had sent a boy to do a man s job Azmin Ali his errand boy recruited to weaken the position of prime minister in waiting Anwar Ibrahim has been caught not only engaging with another man but was also sued by a travel ...
You Need To Try These Fast Foods When You Are In Malaysia

You Need To Try These Fast Foods When You Are In Malaysia

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 337 hits
You Need to Try These fast Foods When You are in Malaysia Rugi kalau datang Malaysia tetapi tak mencuba pelbagai jenis Fast Food yang ada di Malaysia ni Makanan segera The post appeared first on
Padan Muka Pakatan Harapan You Deserve To Lose Soon After Ge 14 You Forgot About The Rakyat Who Put You In Power

Padan Muka Pakatan Harapan You Deserve To Lose Soon After Ge 14 You Forgot About The Rakyat Who Put You In Power

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 391 hits
Mariam Mokhtar Padan muka Pakatan Harapan Congratulations MCA Thank You Dr Mahathir Ahmad Faizal Azumu the following in my list You have contributed to PH s downfall You became cocky after GE 14 You became arrogant and some of your minister...
Pas Does Not Accept The Malaysian Constitution Says Kit Siang

Pas Does Not Accept The Malaysian Constitution Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 336 hits
DAP s Lim Kit Siang today said the MCA candidate in Tanjong Piai parliamentary by election is an agent of Muafakat Nasional between Umno and PAS Lim said that Muafakat Nasional s aim is to make use of the Tanjung Piai by election as the ste...
Farm In The City At Sepang Selangor Most Number Of Animal Species In A Petting Zoo

Farm In The City At Sepang Selangor Most Number Of Animal Species In A Petting Zoo

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 578 hits
Farm In The City At Sepang Selangor Most Number Of Animal Species In A Petting Zoo Assalamualaikum dan Selamat Malam Farm In The City At Sepang Selangor adalah salah satu interaktif pendidikan dan menyeronokkan Ia juga merupakan pemegang re...
Where Have All The Brave Men Gone

Where Have All The Brave Men Gone

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 216 hits
Today these people on whom we once pinned our hopes have become mute a pale shadow of their former selves toeing the line rather than resisting it Clement Stanley FMT letter There was a time before the 14th general election when many a brav...
Dr Mahathir What Ails You Is You Are Not Following The Quran

Dr Mahathir What Ails You Is You Are Not Following The Quran

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 361 hits
Dr M said Many Muslim countries facing trouble Muslims in sorry state of affairs labelled as terroriststheir countries mired in war conflict some are ungovernablecauldron of woes engulfing communityKuala Lumpur Summit next monthto find out ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque