Thanabalan Ibarat Mati Hidup Semula
Karier Thanabalan kembali menyinar
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt) Thanabalan sasar tingkat semula reputasi bersama Sabah Kembalinya penyerang N. Thanabalan dari kecederaan, Sabah FC diharap mampu memberi sinar buat beliau untuk menyinar bersama skuad badak dalam kempen Piala Malaysia musim ini .
Ditambah dia cuba untuk mengembalikan reputasinya sebagai penyerang berbisa setelah tenggelam sejak kebelakangan ini.
Sebagai rekod, Thanabalan pernah bersama skuad Jang selama 4 musim dari 2014 hingga 2018.
Namun selepas itu dia bergelut dalam kancah liga tempatan, dengan tahun lalu diibaratkan musim yang mengecewakan buat Thanabalan, yang dipinjamkan ke pasukan Perak II namun lebih banyak memanaskan bangku simpanan.
Justeru, keputusannya berkelana ke Borneo diharap mampu mengembalikan semula reputasinya, pada awal musim Liga Super bermula, beliau disahkan masih cedera dan direhatkan sepanjang musim kempen The Rhinos dan hanya muncul terlibat pada beberapa perlawanan terakhir skuad badak mengakhiri kempen musim skuad Badak di tempat ke-9 daripada 12 pasukan dalam liga, mengumpul 19 mata dari 4 kemenangan dan 7 seri. Mereka kalah dalam baki 11 perlawanan.
Pada penghujung liga pula, Sabah FC mengumumkan perlantikan Ong Kim Swee sebagai jurulatih baharu badak menggantikan Kurniawan Dwi Yulianto pada penghujung Liga Super.
Siapa menjangkakan, Thanabalan yang cukup dikenali sebagai penyerang prolifik semasa di bawah kendalian jurulatih yang tidak asing bagi beliau semasa menyarung jersi skuad kebangsaan pada tahun 2017
Ong Kim Swee tidak asing bagi N Thanabalan kerana pernah bermain dibawah bimbingannya semasa mewakili Kem skuad bawah 22 tahun negara (B-22) 4 tahun lalu dimana menjadi watak penting ketika Malaysia melepasi saingan kelayakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok tahun 2017 dengan meledak 2 gol dalam 3 perlawanan itu.
Malah sejak jurulatih Datuk Ong Kim Swee mengambil alih skuad muda negara pada masa itu daripada Frank Bernhardt, prestasi Thanabalan semakin memuncak dengan merekod 7 gol daripada 8 perlawanan.
Pastinya khidmat pemain kelahiran Seremban itu amat diperlukan dalam kempen Sabah FC di Piala Malaysia 2021.
Mengimbas kembali semasa mula-mula menyertai Sabah
"Sebenarnya saya masuk menyertai Negeri Sembilan tetapi terdapat masalah dan terpaksa untuk mengambil keputusan menyertai Sabah," kata Thabalan.
"Barisan pemain Sabah memiliki kecergasan yang terbaik dan persaingan untuk merebut tempat bagi mendapatkan tempat dalam skuad utama."
"Saya akan menampilkan aksi terbaik dalam sesi latihan sekaligus membantu pasukan. Saya akan cuba mendapatkan pengalaman daripada Amri Yahyah pada kempen Piala Malaysia edisi ini."
Thanabalan menjadi sebutan peminat bola sepak tanah air pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 , apabila menanduk masuk gol kemenangan Malaysia menewaskan Indonesia, 1-0 pada aksi separuh akhir sekali gus , meraih populariti segera.
Ketika aksi suku akhir Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018, Thanabalan membuktikan terus menyengat di pentas Asia apabila menanduk masuk gol tunggal Malaysia sebelum tewas 1-2 kepada Korea Selatan.
Namun, Thanabalan bergelut dalam mencipta nama di Liga Super akibat kecederaan dialaminya semasa beliau mula-mula diambil oleh pengurusan Sabah FC memaksa beliau berehat panjang selain kecenderungan hampir kesemua pasukan tempatan memilih pemain import sebagai penyerang mereka.
Menarik untuk disaksikan bila menyaksikan N Thanabalan bermain kembali di bawah kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee dalam Kempen Piala Malaysia Kali ini
Kemunculan Thanabalan Beri Sinar Baharu Buat Sabah FC Keputusan pengendali baharu pasukan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee untuk membariskan gandingan baharu bagi mengetuai jentera serangan pasukan dilihat sebagai satu keputusan yang tepat apabila berjaya mencuri 1 mata di gelanggang lawan.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya Petaling Jaya itu memperlihatkan kedua-dua pasukan bermotivasi tinggi untuk meraih keputusan yang positif.
Sungguhpun begitu, perkara yang menarik perhatian para penyokong adalah apabila melihat kelibat pemain yang menyarung jersi bernombor 27 itu membarisi kesebelasan utama pasukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Saddil Ramdani.
Beliau juga dilihat bergandingan mantap bersama penyerang berpengalaman, Amri Yahyah untuk mengemudi jentera serangan pasukan kendalian jurulatih baharu Sabah FC, Datuk ong Kim Swee yang memberikan sepenuh kepercayaan buatnya tampil beraksi.
Bekas penyerang bawah 23 tahun negara ini mempamerkan prestasi luar biasa sungguhpun turun buat kali kali kedua dan terus membuktikan bahawa beliau layak mendapat tempat dalam pasukan.
Kelibat beliau dilihat sering mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan selain kebolehannya untuk mencipta peluang yang berkualiti sesekali memberi kelebihan buat Sabah untuk menjaringkan gol.
Pemain berusia 26 tahun ini sesekali melepaskan percubaan namun tidak berhasil menembusi gawang PJ City yang dikawal rapi oleh Kalamullah Al-Hafiz.
Thanabalan juga seorang pemain yang rajin untuk turun ke bawah bagi membantu pasukan ketika bertahan telah mengurangkan beban barisan pertahanan untuk menahan asakan lawan.
Kehadiran beliau jelas memberi impak yang besar buat Sabah sungguhpun sudah lama tidak turun untuk beraksi.
Selepas ini, pasukan Sabah akan berkunjung ke Stadium Sultan Muhamad ke-IV pada Khamis ini untuk menentang cabaran pasukan Kelantan FC dalam usaha kedua-dua pasukan untuk memburu 3 mata berharga.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2021/09/thanabalan-ibarat-mati-hidup-semula.html