Thailand Tidak Wajibkan Kuarantin Bagi Pelawat Dari Zon Wabak Covid 19


BANGKOK, 6 Mac (Bernama) — Thailand hari ini menjelaskan bahawa negara itu tidak mewajibkan kuarantin ke atas pelawat dari empat negara dan dua wilayah yang ditakrifkan sebagai Zon Wabak Penyakit COVID-19.
Keempat-empat negara itu –  China, Korea Selatan, Itali dan Iran serta dua wilayah Macau dan Hong Kong telah ditakrifkan sebagai Zon Wabak Penyakit, sebagaimana yang dinyatakan dalam Warta Kerajaan pada Khamis.
Bagaimanapun Warta Kerajaan itu tidak menyatakan langkah kuarantin yang dikenakan.
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Thailand Dr Sukhum Kanchanapimai berkata penumpang dari empat negara dan dua wilayah tersebut dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan dan melaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan setiap hari.
“Mereka dinasihatkan supaya kuarantin di rumah. Sekiranya mereka enggan berbuat demikian, kami akan menghantar mereka ke pusat kuarantin. Ia bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Sukhum berkata rakyat Thailand yang kembali dari Daegu dan Gyeongsang, Korea Selatan, wajib menjalani kuarantin 14 hari di pusat yang dikhaskan.
Beliau turut menasihatkan rakyat negara itu yang pulang dari Jepun, Singapura, Sepanyol, Switzerland dan Amerika Syarikat  supaya tidak keluar untuk membendung penyebaran virus itu.
Pengumuman hari ini menjelaskan kekeliruan tentang pelbagai maklumat yang diterima orang ramai berhubung sekatan berkaitan wabak COVID-19.
Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul membuat hantaran di Facebooknya bahawa pelawat dari negara-negara berisiko tinggi COVID-19 termasuk China, Korea Selatan dan Singapura perlu menjalani kuarantin selama 14 hari. Bagaimanapun, hantaran itu telah dipadamkan tidak lama kemudian.
Sementara itu, Thailand hari ini melaporkan satu kes baharu COVID-19 – seorang lelaki warga Britain yang singgah di Hong Kong selama tujuh jam sebelum tiba di Thailand pada 29 Feb, kes positif ke-48 negara itu.
Lelaki berusia 43 tahun itu demam dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta pada 4 Mac.
Satu kematian dicatatkan sejak wabak COVID-19 itu dilaporkan di negara berkenaan pada Januari. Terdapat 16 pesakit yang masih menjalani rawatan di hospital.
Sementara itu, Kementerian Luar Thailand memaklumkan terdapat kira-kira 209,000 pekerja Thailand, termasuk kira-kira 152,400 pekerja haram di Korea Selatan.
Menurut kementerian itu, sehingga 1 Mac tahun ini, terdapat 5,386 warga Thailand yang bekerja tanpa permit di negara itu yang ingin kembali manakala 4,727 orang telah pulang.
Thailand berusaha membawa pulang ribuan warganya yang bekerja di Korea Selatan termasuk ‘Phi Noi’, istilah yang merujuk kepada pekerja haram Thai di Korea Selatan, berikutan wabak COVID-19.
Pihak berkuasa berkaitan telah menyediakan kemudahan untuk kuarantin selama 14 hari bagi ribuan pekerja Thailand yang pulang secara berperingkat dari wilayah Gyeongsang dan bandar Daegu, Korea Selatan.
— BERNAMA
The post Thailand Tidak Wajibkan Kuarantin Bagi Pelawat Dari Zon Wabak COVID-19 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/07/thailand-tidak-wajibkan-kuarantin-bagi-pelawat-dari-zon-wabak-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Thailand Lancar Aplikasi Kesan Individu Jalani Kuarantin Sendiri

Covid 19 Thailand Lancar Aplikasi Kesan Individu Jalani Kuarantin Sendiri

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 227 hits
BANGKOK Thailand hari ini melancarkan satu aplikasi secara dalam talian bagi mengesan penduduk tempatan dan pelancong dari enam negara dan wilayah berisiko tinggi iaitu China Korea Selatan Iran Itali Hong Kong dan Macau yang menjalani kuara...
Google Mengharamkan Iklan Yang Mengambil Kesempatan Tentang Wabak Covid 19

Google Mengharamkan Iklan Yang Mengambil Kesempatan Tentang Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 387 hits
Wabak koronavirus COVID 19 baru sahaja diisytiharkan sebagai sebuah oleh World Health Organization dan nampaknya Google sedang mengambil langkah untuk mengurangkan isu mengambil kesempatan akan panik orang ramai Akibat penularan wabak ini o...
Pekeliling Larangan Solat Jumaat Jika Berlaku Wabak Covid 19 Di Kawasan Anda

Pekeliling Larangan Solat Jumaat Jika Berlaku Wabak Covid 19 Di Kawasan Anda

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 1036 hits
Kerisauan kemungkinan Covid 19 boleh tersebar luas jika ada individu dijangkiti disesuatu kawasan menunaikan solat jemaah di masjid dan majlis keagamaan akhirnya mendapat perhatian dari pihak berkuasa Namun begitu situasi semasa penularan v...
Who Isytihar Wabak Covid 19 Pandemik

Who Isytihar Wabak Covid 19 Pandemik

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 446 hits
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID 19 sebagai pandemik bermakna penularan dan keadaan wabak itu yang teruk adalah sangat membimbangkan Secara umum pandemik bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentas...
Kesan Terkini Wabak Covid 19 Di Malaysia

Kesan Terkini Wabak Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 449 hits
KESAN TERKINI WABAK COVID 19 DI MALAYSIA KESAN TERKINI WABAK COVID 19 DI MALAYSIA 1 SUASANA PERNIAGAAN DI MALAYSIA Secara mudahnya kita perhatikan suasana perniagaan di pasar raya yang besar yang begitu sunyi dan sepi daripada kunjungan ora...
Bill Gates Dan Dua Lagi Yayasan Berikrar Memberikan Rm530 Juta Bagi Menentang Wabak Covid 19

Bill Gates Dan Dua Lagi Yayasan Berikrar Memberikan Rm530 Juta Bagi Menentang Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 322 hits
Wabak Covid 19 pada waktu ini dirawat menggunakan ubat yang pada asalnya dihasilkan untuk penyakit HIV Setakat ini puluhan ribu pesakit telah berjaya disembuhkan tetapi tahap rawatan masih belum 100 berjaya kerana lebih 3000 individu telah ...
Langkah Penegahan Penularan Wabak Covid 19

Langkah Penegahan Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 498 hits
Langkah langkah penegahan yang boleh diambil untuk mencegah penularannya wabak covid 19
Terkini Covid 19 Kini Diisytihar Sebagai Wabak Pandemik Who

Terkini Covid 19 Kini Diisytihar Sebagai Wabak Pandemik Who

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 720 hits
Koronavirus atau Covid 19 yang telah menyerang sekurang kurangnya 114 buah negara seluruh dunia dan meragut lebih 4 000 nyawa kini diisytiharkan secara rasmi sebagai pandemik seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia Pandemik...
Penumpang Kongsi Gambar Pesawat Lengang Susulan Penularan Wabak Covid 19

Penumpang Kongsi Gambar Pesawat Lengang Susulan Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 444 hits
Seorang pengguna sosial media telah berkongsi beberapa foto dan video di mana keadaan sebuah pesawat kosong tanpa penumpang akibat penularan Covid 19 di seluruh dunia Perjalanan ke Florida Vietnam dan New York kelihatannya telah terjejas ke...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut