Lebih Daripada Empat Puluh Produk Halal Di Pavilion Thailand Mihas 2022 Harus Di Kunjungi


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sudah masuk penganjuran tahun ke-18 MIHAS atau Malaysia International Halal Showcase dan kali ini adalah yang terbesar. Bertempat di MITEC Jalan Dutamas Kuala Lumpur membawa lebih daripada 1000 pempamer dari dalam dan luar negara



Termasuklah dari Negara Thailand yang diwakili oleh DITP Malaysia (Department of International Trade Promotion) di bawah Kementerian Perdagangn Thailand. Sebab kita tahu yang produk Halal Thailand juga penyumbang besar kepada Industri Halal global. Memastikan bahawa produk Halal mereka terus menjadi pilihan bukan sahaja di Malaysia malah serata dunia




Maha hari tu sempat pergi MIHAS untuk hari pertama pembukaan dan nampak Pavilion Thailand ini. Tertarik dengan produk Halal mereka yang banyak merangkumi bukan sahaja makanan dan minuman, malah juga produk kosmetik, penjagaan kesihatan, pakaian, seni dan juga kraf. Ada lebih daripada 40 jenama produk Halal yang dijual dan dipamerkan pada MIHAS kali ini





Matlamat utama Thailand sertai pemeran kali ini bukan sahaja untuk memperkenalkan produk Halal mereka kepada dunia malah nak menjalinkan padanan perniagaan dan juga eksport produk Halal mereka kepada negara baru. Sebab itu kalau datang MIHAS ni bukan sahaja nak kenal dan beli produk mereka tapi juga kita boleh buat hubungan perniagaan yang lebih jauh untuk masa akan datang

Mr Worawan Wanwil Pengarah DITP Malaysia Bersama Chef Tasapol

Tapi kalau datang nak tengok dan nak menikmati serta nak beli produk mereka pun ada juga jual kat sana. Selain itu juga kat pameraan itu banyak aktiviti yang menarik boleh kita sertai. Macam Maha hari tu sempat lah tengok dan merasai demonstrasi masakan Thailand yang menggunakan produk Halal mereka depan mata





Yang masak tu bukan kaleng-kaleng merupakan Chef Profesional yang diundang khas untuk memasak makanan yang menjadi makanan tradisi di utara negara mereka iaitu Curry Noodle With Chicken.  Sempat lah Maha nikmati makanan tu sebab mereka akan hidangkan makanan tu pada semua tetamu yang datang. Memang sedap giler rasa kari yang pekat dan melikat dan juga mee yang digunakan pun lain daripada lain memang kena cuba. Kalau korang nak rasa boleh singgah kat Pavilion Thailand. 




Macam-macam produk makanan yang kita tidak pernah tahu tapi ia Halal seperti Pattaraporn iaitu produk Cashew Nut halal Thailand pelbagai perisa, kemudian KETO iaitu sambal ikan bilis dan udang kering yang rangup dan pedas. Lagi yang Maha suka seperti Doi Kham iaitu jus buah-buahan segar, JELE iaitu minuman Vitamin A, B, C, produk aiskrim pun ada jenama PILOT perlbagai rasa ada 7 perisa aiskrim yang sedap-sedap belaka. Juga jenama yang paling popular dan diminati ramai iaitu Ampawa yang membuat santan kelapa segar, hari tu mereka masak resipi pun menggunakan santan ni
 



Penyertaan negara Thailand dalam acara ini akan membantu dalam meningkatkan imej produk Halal mereka bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di pasaran global serta meningkatkan permintaan untuk mengimport produk berpotensi ini dari Thailand dalam masa terdekat. Kalau korang ada nak buat business dengan produk Thai boleh datang sini berbincang macam-macam peluang ada. 


Separuh hari juga lah Maha berada di Pavilion Thailand sebab banyak produk dan tengok mereka masak. Kalau korang nak datang ke MIHAS 2022 ini masih sempat lagi kerana ia berlangsung bermula dari 7hb –10hb September 2022 dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga ke 7.00 malam. Sini parking banyak kena datang awal lah senang sikit. Kalau datang jangan lupa singgah Pavilion Thailand ok. 

#DITPMalaysia #ThinkHalalThinkMIHAS #MATRADE #MIHAS2022 #ThaiFoods #FoodsandBeverages #OverseaTrades #ThailandMalaysiaBusiness #ImportExport #ThaiExhibitors #thinkhalalthinkthailand










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/09/lebih-daripada-empat-puluh-produk-halal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pavilion Thailand Di Mihas 2022 Lebih Daripada 40 Jenama Produk Halal Thailand Dipamerkan

Pavilion Thailand Di Mihas 2022 Lebih Daripada 40 Jenama Produk Halal Thailand Dipamerkan

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 245 hits
hai assalammualaikumPavilion Thailand Di MIHAS 2022 Lebih Daripada 40 Jenama Produk Halal Thailand Dipamerkan MIHAS 2022 kembali Malaysian International Halal Showcase 2022 telah diadakan di MITEC Kuala Lumpur bermula 7 September sehingga 1...
Thailand Sertai Pameran Halal Terbesar Dunia Di Mihas Dari 7 Hingga 10 September 2022

Thailand Sertai Pameran Halal Terbesar Dunia Di Mihas Dari 7 Hingga 10 September 2022

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 226 hits
Assalammualaikum semua Bermula 7 September 2022 telah berlangsung MIHAS 2022 di MITEC Jalan Duta Kuala Lumpur Selama 4 hari berturut turut pelbagai sorotan aktiviti disediakan Di antara aktiviti yang disediakan paling Ruby suka adalah makan...
Thailand Pavilion Di Mihas Untuk Pameran Halal Terbesar Dunia

Thailand Pavilion Di Mihas Untuk Pameran Halal Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 199 hits
THAILAND PAVILION DI MIHAS UNTUK PAMERAN HALAL TERBESAR DUNIA Mummy sempat menghadirkan diri ke Thailand Eh bukan ke negara Thailand Tapi ke Thailand Pavilion Pameran Halal Terbesar Dunia di MIHAS 2022 yang berlangsung baru baru ini pada 7 ...
Datuk Empat Cucu Ini Sudah Menderma Lebih 200 Kali Anda Bila Lagi

Datuk Empat Cucu Ini Sudah Menderma Lebih 200 Kali Anda Bila Lagi

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 142 hits
Seorang datuk di Kelantan yang sudah mempunyai empat cucu sudah menderma darah lebih 200 kali sepanjang usianya Mat Hussin Yusof 58 yang memiliki darah jenis A berkata beliau mula menderma darah pada usia 21 tahun dan sebanyak 125 kali dila...
Penjelasan Isu Logo Halal Naha Jepun Pada Produk Instant Rice Noodle

Penjelasan Isu Logo Halal Naha Jepun Pada Produk Instant Rice Noodle

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 150 hits
Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Pihak kami ada menerima pertanyaan dari para pengguna di media sosial berkaitan isu status halal produk Instant Rice Noodle yang tertera tulisan pork bone broth flavor di la
Ppim Pekemas Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Ketidakpatuhan Sop Pusat Sembelihan Bernama 25 08 2022

Ppim Pekemas Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Ketidakpatuhan Sop Pusat Sembelihan Bernama 25 08 2022

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 158 hits
Seorang lagi bekas pekerja di rumah penyembelihan di Australia tampil membuat pengakuan bagi mengesahkan ketidakpatuhan halal itu benar benar berlaku Menurut Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat Faizan Mohd Nor bekas pekerja itu mendak...
Tubuh Jawatan Kuasa Siasatan Selesai Isu Daging Import Halal Utusan Malaysia 25 08 2022

Tubuh Jawatan Kuasa Siasatan Selesai Isu Daging Import Halal Utusan Malaysia 25 08 2022

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 197 hits
PETALING JAYA Gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menubuhkan satu jawatan kuasa siasatan dalam menangani isu daging import halal Desakan dibuat enam NGO iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia P...
Isu Puteri Balqis Menteri Wanita Harus Lebih Peka Bukan Tunggu Laporan Polis Siti Aisyah

Isu Puteri Balqis Menteri Wanita Harus Lebih Peka Bukan Tunggu Laporan Polis Siti Aisyah

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 138 hits
Isu pelakon Puteri Balqis yang mendakwa mendapat layanan tidak sewajarnya daripada ayah beliau seharusnya ditangani sepantas mungkin oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat juga Jabatan Agama Islam negeri dan tidak perlu...
Nikmati Pengalaman Hiburan Premium Dan Moden Dengan Barisan Produk Toshiba Tv 2022

Nikmati Pengalaman Hiburan Premium Dan Moden Dengan Barisan Produk Toshiba Tv 2022

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 147 hits
Sebagai salah satu jenama televisyen yang terkenal di dunia Toshiba TV sentiasa menyediakan pengguna dengan rangkaian TV dengan visual sinematik yang unggul dan kualiti bunyi kesetiaan tinggi yang memberikan pengalaman menonton TV realiti t...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris