Thailand Beku Perjanjian Damai Kemboja Selepas 2 Cedera Kena Periuk Api


Perjanjian Damai Kuala Lumpur yang disokong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu baru dimeterai bulan lalu.
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul meminta kementerian luar dan pertahanan mengemukakan aduan kepada pasukan pemerhati. (Gambar EPA Images)BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul mengancam untuk membatalkan perjanjian damai dengan Kemboja yang dimeterai bulan lalu, susulan letupan periuk api mencederakan dua anggota tentera Thailand berhampiran sempadan kedua-dua negara
Anggota tentera itu terpijak periuk api yang dipercayai baru ditanam ketika menjalankan rondaan rutin pada Isnin di wilayah Si Sa Ket, menurut tentera Thailand.
Ia merupakan insiden letupan ketujuh dalam tempoh empat bulan, susulan siri letupan pada Julai lalu yang mencetuskan pertempuran sempadan paling berdarah dalam beberapa tahun.
Berikutan insiden itu, Anutin berkata Thailand menggantung pelaksanaan Perjanjian Damai Kuala Lumpur, yang disokong Presiden AS Donald Trump, yang menetapkan langkah-langkah pengunduran senjata sebagai sebahagian daripada usaha menormalkan hubungan.
Thailand turut menangguhkan pembebasan 18 anggota tentera Kemboja yang berada dalam tahanan, yang dijadual dibebaskan bermula 21 Nov di bawah syarat perjanjian damai tersebut.
“Segala usaha yang telah kita jalankan setakat ini akan dihentikan sehingga ada penjelasan,” kata Anutin kepada pemberita pada Isnin.
“Apa yang berlaku menunjukkan bahawa permusuhan belum reda seperti yang kita sangka. Jadi kita tidak boleh teruskan dari keadaan ini.”
Perjanjian damai itu menggesa pengunduran senjata berat dari zon sempadan antara 1 Nov dan 31 Dis, serta kerjasama dalam pembersihan periuk api.
Thailand juga meminta Kemboja mengambil tindakan terhadap operasi penipuan siber di negara itu.
Jurucakap kementerian pertahanan Kemboja tidak memberi sebarang komen mengenai kejadian itu.
Perjanjian gencatan senjata awal antara Thailand dan Kemboja itu adalah hasil usaha Malaysia sebagai pengerusi Asean dan Amerika Syarikat.
Menurut kenyataan kerajaan Thailand, Anutin juga mengarah kementerian luar dan pertahanan untuk mengemukakan aduan kepada pasukan pemerhati yang terdiri daripada pegawai tentera dari negara Asia Tenggara.
Anutin dijadual terbang ke Si Sa Ket pada Selasa untuk melawat anggota tentera yang cedera dan mempengerusikan mesyuarat mengenai pendirian Thailand terhadap perjanjian damai itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/11/thailand-beku-perjanjian-damai-kemboja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Tegaskan Malaysia Bukan Punca Thailand Kemboja Gantung Perjanjian Damai

Pm Anwar Tegaskan Malaysia Bukan Punca Thailand Kemboja Gantung Perjanjian Damai

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 155 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan Thailand menggantung pelaksanaan perjanjian damai dengan Kemboja tidak ada kaitan dengan peranan Malaysia sebagai pengantara dalam rundingan tersebut Menurut laporan Beri...
Pm Thailand Gantung Perjanjian Damai Pembebasan Tahanan Dengan Kemboja

Pm Thailand Gantung Perjanjian Damai Pembebasan Tahanan Dengan Kemboja

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 155 hits
PM Thailand Gantung Perjanjian Damai Pembebasan Tahanan Dengan Kemboja Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul pada Isnin mengumumkan penggantungan pelaksanaan perjanjian damai Thailand Kemboja Menurut Bangkok Post keputusan itu dibuat...
Wanita Maut Dua Lagi Termasuk Kanak Kanak Perempuan Cedera Selepas Kereta Terbabas Di Kilometer 44 2 Leburaya Kl Karak

Wanita Maut Dua Lagi Termasuk Kanak Kanak Perempuan Cedera Selepas Kereta Terbabas Di Kilometer 44 2 Leburaya Kl Karak

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 204 hits
KUANTAN Seorang wanita maut manakala dua lagi termasuk kanak kanak perempuan cedera selepas kereta dinaiki dipercayai terbabas sebelum terbalik di Kilometer 44 2 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dekat Genting Sempah Bentong pada Ahad Pegawai Pe...
6 Migran Maut 3 Cedera Selepas Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik Ketika Dikejar Polis

6 Migran Maut 3 Cedera Selepas Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik Ketika Dikejar Polis

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 191 hits
Buletin TV3 nbsp FOTO FacebookSOFIA Enam migran terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila sebuah kereta yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam sebuah tasik semasa dikejar polis berhampiran bandar pelabuhan Burgas timur Bulgaria l...
Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump Isu Kemboja Thailand

Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump Isu Kemboja Thailand

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 160 hits
Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump Isu Kemboja Thailand Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebentar tadi bagi membincangkan perkembangan terkini sempadan ...
Anwar Hubungi Pm Thailand Kemboja Mereka Beri Maklum Balas Positif

Anwar Hubungi Pm Thailand Kemboja Mereka Beri Maklum Balas Positif

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 131 hits
Anwar Hubungi PM Thailand Kemboja Mereka Beri Maklum Balas Positif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah bercakap dengan rakan sejawat dari Kemboja Hun Manet dan Thailand Anutin Charnvirakul menerusi telef...
Sofea Jane Kembali Ke Genre Seram Selepas 17 Tahun Melalui Malam Terlarang

Sofea Jane Kembali Ke Genre Seram Selepas 17 Tahun Melalui Malam Terlarang

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 273 hits
Pelakon jelita Sofea Jane kembali ke filem horror selepas sekian lama tidak melibatkan diri dalam filem filem bergenre sebegini Kali terakhir Sofea Jane terlibat dalam bergenre seram ialah melalui filem Susuk yang diterbitkan pada 2008 Menu...
Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok Adalah Kritikal Bagi Pemulihan Dan Menyelamatkan Nyawa

Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok Adalah Kritikal Bagi Pemulihan Dan Menyelamatkan Nyawa

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 243 hits
Tempoh 72 Jam Pertama Selepas Strok Adalah Kritikal Bagi Pemulihan Dan Menyelamatkan Nyawa Apabila mendapat serangan strok setiap saat adalah bernilai Hampir 1 9 juta neuron hilang bagi setiap minit selepas seseorang itu diserang strok Stro...
Our November Floods Prove That We Need Stronger Sustainability Governance

Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

How To Fully Secure Your Cloud Accounts And Prevent Data Leaks

Jbl Introduces Next Gen Bar Series For Truly Immersive Entertainment

Dapat Ipad Dari Tm Untuk Ikat Kontrak Internet 3 Tahun

Pasaran Merosot Sebagai Tindak Balas Kepada Isyarat Yang Membimbangkan

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Ada Orang Susah Nak Move On Walaupun Katanya Dah Maafkan

Buasir Otak Tv Arnab Comel Makan Bendi Be Like

Art Bell 1

Why Most New Vapers Pick Disposable Pods Without Research

Sukan Sea 2025 Thailand Jadual Dan Perincian Acara

Transformasi Tasik Kenyir Menjadi Pusat Data Centre Dan Ai Terbesar Di Asia Tenggara