Thailand 5 Hari 4 Malam Di Satun Phattalung Hatyai


Assalamualaikum and sawaddi kha...💓!
Sa-baai-dii-mai (how are you?)
Sa-baai-dii. (sihat)
Setakat 20 September 2021, seramai 56.5% rakyat Malaysia telah lengkap divaksinasi. Sejak 16 September lalu Langkawi Travel Bubble dimulakan dengan mematuhi syarat tertentu setelah lapan bulan Langkawi sepi tanpa kedatangan pelancong. Lapan bulan yang menyiksakan para pengusaha pelancongan di sana.
Kita tak sepatutnya terus 'dikurung', jadi program tersebut sebagai ujian untuk melihat bagaimana keadaannya setelah rakyat dilepaskan. Menurut cerita kawan di sana ramai yang menginap di hotel empat dan lima bintang, hotel tiga bintang ke bawah kurang penyewa. Kedai-kedai di Pantai Cenang 70% tutup, pantai agak sepi walaupun muatan kapal terbang hampir penuh. Semua mengambil langkah berhati-hati kerana kita tak nampak musuh yang bermaharajalela ini.
Di negara jiran, Thailand, telah membuka pintu negaranya kepada pelancong asing bermula dengan Koh Samui dan kemudiannya Phuket tapi kena kuarantin dulu. 15 Oktober ini pula Bangkok bakal menerima pelancong asing. Nak tutup terus tak boleh maka bisnes dibuka dengan berjaga-jaga. Susah melawan musuh yang tak nampak ni.
Dapat maklumat daripada Tourism Authority of Thailand, mereka bercadang untuk membuka selatan Thailand kepada pelancong dari utara Malaysia. Hmm...tetiba rasa nak tukar IC! Sudah pastinya ramai yang tak sabar nak masuk Siam kan? Sedapnya makan makan dan massage. Come come! Cheap cheap! 😜😜
Okaylah, jadual perjalanan ini ai buat berdasarkan lawatan sebenar kami tahun lepas.  Perginya naik kapal terbang, balik naik ETS train. Best oih!
Yes, this is a long overdue post. Masa tu pun dah ramai yang berjaga-jaga walaupun hanya pada 18 Mac 2020 kerajaan Malaysia buat full lockdown. Virus covid-19 (awalnya belum ada nama lagi) telah mula dikesan pada September 2019 di Wuhan, China. Bermula dari tarikh itu atau mungkin lebih awal, kedatangan pelancong ke mana-mana negara telah berkurangan dengan drastik. Bandar-bandar pelancongan sunyi sepi sehingga kini. Sungguh teruk kesannya.


Hari Pertama: Kuala Lumpur-Hatyai-Satun
Ikut jadual kami akan berlepas tengahari maka aku pun gerak awallah tapi hairan juga sebab senyapppp jer diorang neh, selalunya mesti set-up whatapps group. Dah sampai KLIA 2 aku lepak kat lounge. Lepas tu baru tahu flight pospone ke petang dan nama aku terlupa dimasukkan dalam WA group. Naya Pak Karim 😂
Penerbangan on time. Sekejap je dah sampai Hatyai. Selepas selesai beli kad SIM kami pun bertolak ke Riverside Satun. 
Depan resort ni ada sungai tapi penghujung Februari tu air sungai cetek.


Hari Kedua: Satun-Phattalung
Pagi ini bergerak ke Pak Bara Pier untuk Prasad Hin Punyod half day tour. Sebelum bergerak dah pesan kepada ketua rombongan kalau boleh balik nanti nak singgah ladang bunga matahari di Satun. Dengarnya masih ada lagi bunga yang mekar tapi malangnya tour guide kata jalan ke sana lari setengah jam dari laluan kami. Hmm...takde rezeki.
Dalam perjalanan ke sana kami singgah  ke kawasan air terjun popular, Wong Sai Tong Waterfall tapi air tak berapa banyak di musim panas ni jadi terjunannya kurang cantik.
Dari jeti Pak Bara kami naik bot laju sebelum bertukar berkayak membelah laut masuk ke gua. Cantiknya tempat tu...masyaAllah. Pelancong pun tak ramai, dunia ini bagaikan ana yang punya! 

Satun Geopark. Pemandangan menakjubkan "pantai rahsia" di Koh Khao Yai. Lubang tersebut terjadi akibat runtuhan batu kapur. Foto Richard Barrow
Dari sana kami tengok fosil pula.
Hari ini kami ckeck-in di Sri Pakpra Boutique Resort, Phatthalung. Setiap bilik ada buaian di balkoni, bilik tak jauh dari swimming pool dan boleh nampak tempat nelayan menangkap ikan

Makan malam di View Yo Restaurant. 

Hari Ketiga: Phattalung
5.40 pagi kami dah naik van untuk sunrise tour. Jetinya kecil je tapi risau juga terjatuh dalam golap bumin tu. 
Kita biasa tengok gambar pokok teratai indah yang melaut dalam brosur iklan pelancongan Thailand kan? Ha..di sinilah tempatnya, Thale Noi. Tak jauh pun dari Hatyai, hanya dua jam saja. Kata tour guide bulan Mac paling banyak kembang. Yang kami tengok tu pun dah sangat cantik

Dalam perjalanan tu nampaklah kerbau dan tempat nelayan menangkap ikan. Berlainan benar dan inilah kali pertama tengok cara sangat berbeza. Cantik pula tu bila diambil gambar

Sampai pukul sembilan agaknya kami atas laut. Bila dah terang tu nampak jelas resort kami. Eh, kenapa tak naik bot dari depan resort tu aje??? hahahah..


Fresh water wetland in Thale Noi, Phattalung

Check-out, lalu ke Kanomwaan Pakee mencuba pencuci mulut yang hanya THB10. banyak betul pilihan

Seterusnya ke Varni Craft. Mereka ada buat produk untuk Starbucks juga tapi tak boleh beli. Varni Homestay pun di sini. Cozy

Selepas itu kami makan tengahari tepi sungai di Roywan Farmstay. Makan ikan bakar dan pencicah Thai yang sangat kena di tekak

Banyak aktiviti kami kan? Berjalan sambil bekerja gitu. Penamat hari ini kami ke Nhanmoddang Resort. Ini kali kedua aku menginap di sini, resort i best lah siap ada water slide masuk ke sungai. Bilik pun ngam dengan ciri  hutan. 
Aktiviti terakhir dan utama petang tu semestinya berkayak. Syok habis! Adrenaline rush! Berbanding Kali ini setiap peserta naik dengan kru resort, mereka yang lebih banyak berdayung. Ada masa masanya aku yang berdayung, dah berpengalaman kan, takdelah tersasar lagi. Practice makes perfect kato uwan den

Makan malam pun di sini je. Ya rabbi ada makanan yang terlebih pedas huhuu.


Hari Keempat: Phattalung-HatyaiSelepas check-out kami melawat Pa Phai Sang Suk Market. Biasalah pasar jual makanan, kraftangan dan lain-lain. Ada satu kedai tu menarik sangat cara dia menghidangkan makanan yang macam nasi kerabu. Kombinasi warna dan penggunaan daun pisang dan daun keladi sangat cantik.
Ada dua buskers membuat persembahan. Syok jugalah sebab tempat tu redup je

Kat sini ladyboy ada tandas khas untuk heshe membuang. 
Selepas makan tengahari kami melawat Samphao Thai, tempat bergambar. Famous spot kat King Kong tu. Penginapan pun ada

Samphao Thai
Next, Napokae Learning Centre

Next, minum petang di Bing Na Cafe. Menarik juga bergambar di sini, dapatlah aku masuk dalam 'sarang burung'

Sebelum sampai ke bandar Hatyai kami singgah ke tempat pelancongan terkenal dengan berjualan atas sampan, Khlonghae Market. Bermacam jenis makanan ada, pilih pilihlah ya mana yang halal. Bengang akak tu aku lambat sambut makanan... ambil gambar je keje..shoot reshoot reshoot hehehhe.

Malam ini beradu di New Seasons Hotel. Kali kedua juga di sini tapi kali ni after renovations. 
Hatyai pada waktu ni tidaklah seperti kebiasaan yang padat dengan pengunjung terutama dari Malaysia. Sunyi. Kesian tengok para peniaga. Lepas dinner di Decha Fried Chicken kami tak nak masuk bilik, nak massage juga. Ya Allah takde orang lansung. Kami berurut dekat pukul 10 malam, tukang urut pun dah beberapa kali menguap


Hari Kelima: Hat Yai-Kuala LumpurSarapan pagi aku kali ni berlainan betul, makan di Chabura Halal Dimsum. Banyak betul makanan kat sini uii..

And then last munite shopping at Kim Yong Market. KYM ni pasar pagi. Perut kenyang jadi makanan bukan pilihan cuma beli kekacang sebagai buah tangan. Lepas tu pergi mana lagi eh? Sekitar kawasan tu jugalah. Ada satu 7 Eleven di Hat Yai ni semua makanan yang dijual adalah halal. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia 7 Eleven adalah wajib dikunjungi. Memacam ada dalam tu, mak ayah je mereka tak jual

Makan tengahari di Mai Moke di Sadao sewaktu on the way ke Padang Besar Checkpoint untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan ETS. Tamatlah perjalanan lima hari kami menjelajahi tempat-tempat menarik di selatan Thailand

Puas hati dapat pergi tempat baru. Puas hati dapat makan sedap. Alhamdulillah...tunggu border buka nak pergi dengan kengkawan pula








© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2021/09/thailand-5-hari-4-malam-di-satun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trip 2 Hari 1 Malam Ke Ho Chi Minh City Vietnam

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Ho Chi Minh City Vietnam

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 350 hits
Pengalaman bercuti ke Vietnam Lama rupanya artikel ni masih dalam draft Baru harini CN berjaya siapkan Hokay sudah lama sebenarnya CN nak cerita tentang pengalaman CN bercuti ke Vietnam bersama geng geng cikgu Trip 2 hari 1 malam ni cuma ke...
Timbalan Speaker Gantung Rayer Dua Hari Dari Sidang Parlimen

Timbalan Speaker Gantung Rayer Dua Hari Dari Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 186 hits
Timbalan speaker gantung Rayer dua hari dari sidang parlimen Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon menggantung RSN Rayer hadir ke sidang Dewan Rakyat selama dua hari selepas dia menggesa Rashid menjelaskan tindakan menolak usul mengga...
3 Hari Tinggal Dalam Kereta Tersadai Polis Cari Mana Keluarga Sarah

3 Hari Tinggal Dalam Kereta Tersadai Polis Cari Mana Keluarga Sarah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 216 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia dalam lingkungan 10 tahun telah diselamatkan oleh orang awam selepas dipercayai tinggal bersendirian di dalam sebuah kenderaan sejak tiga hari lalu Memetik laporan Free Malaysia Today kanak kanak yang d...
Beli Terima Barang Hari Sama Guna Grab Express Di Pg Mall

Beli Terima Barang Hari Sama Guna Grab Express Di Pg Mall

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 254 hits
Assalamualaikum dan hai semua Korang mesti tahu kan mengenai E Dagang yang ditubuhkan di Malaysia Walaupun baru saja bertapak pada tahun 2017 jangan terkejut ya dah mengungguli carta sebagai sebagai nombor 1 sebagai E Dagang dari Malaysia Y...
Kasus Kebakaran Lapas Tangerang Polisi Hari Ini Periksa Kalapas

Kasus Kebakaran Lapas Tangerang Polisi Hari Ini Periksa Kalapas

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 230 hits
Penyidik Polda Metro Jaya akan melakukan pemeriksaan terhadap Kepala Lembaga Pemasyarakatan Kelas I Tangerang pada Selasa Pemeriksaan itu terkait dengan terbakarnya Lapas Tangerang pada Rabu
Projek57 Dan Grab Rai Hari Malaysia Dengan Harapan

Projek57 Dan Grab Rai Hari Malaysia Dengan Harapan

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 383 hits
Menyambut semangat perpaduan yang telah membentuk Malaysia yang kita kenali hari ini perusahaan sosial yang diiktiraf secara nasional Projek57 berganding bahu bersama Grab Malaysia untuk meraikan keteguhan dan perpaduan rakyat Malaysia yang...
Timbalan Speaker Arahkan Mp Jelutong Rsn Rayer Keluar Dewan Dan Di Gantung Dua Hari

Timbalan Speaker Arahkan Mp Jelutong Rsn Rayer Keluar Dewan Dan Di Gantung Dua Hari

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon mengarahkan RSN Rayer keluar Dewan Rakyat dan menggantung wakil rakyat DAP itu selama dua hari daripada menghadiri sidang Rashid membuat keputusan itu selepas Rayer e...
Dah Cukup Hari Tapi Baby Masih Sedap Duduk Dalam Perut Mama Cuba Buat Petua Mudah Bersalin Ni

Dah Cukup Hari Tapi Baby Masih Sedap Duduk Dalam Perut Mama Cuba Buat Petua Mudah Bersalin Ni

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 269 hits
Tarikh jangkaan bersalin minggu lepas tetapi baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar Adakah cara mempercepatkan bukaan rahim Ini 9 petua mudah bersalin untuk anda Apa itu bukaan rahim Ia adalah terma digunakan merujuk kepada bukaan ...
15 669 Kes Positif Baharu Covid 19 Hari Ini Penurunan 3 Hari Berturut Turut

15 669 Kes Positif Baharu Covid 19 Hari Ini Penurunan 3 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 282 hits
Dr Noor Hisham Abdullah Kes harian tunjuk penurunan ke 15 669 kes Selangor kembali jumlah tertinggi PUTRAJAYA Angka penularan COVID 19 di negara ini terus mencatatkan penurunan tiga hari berturut turut apabila sebanyak 15 669 kes baharu dil...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah