Kekecohan Di Kongres Pkr Dirancang



Kekecohan dalam kongres PKR di MITC Melaka baru-baru ini bukan sahaja menerbitkan pelbagai dugasangka dalam kalangan ahli PKR malah pemimpin DAP juga berspekulasi mengenai dakwaan usaha-usaha terancang menggagalkan persidangan tahunan berkenaan.
Sebagai parti yang mendukung kuat perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1998, beberapa pemimpin DAP melihat huru-hara tersebut dicetuskan bertujuan untuk melemahkan kepimpinan Anwar dan memberi alasan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) atau pun Tun Mahathir agar tidak menyerahkan jawatan perdana menteri.
Menurut ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu dari DAP, kekecohan itu mampu menggugat peralihan kuasa atas alasan Anwar tidak berupaya mewujudkan kestabilan politik dalam parti terbesar PH dan tentunya akan gagal mentadbir negara.
“Kekecohan yang berlaku dalam Kongres Nasional PKR (6 hingga 8 Disember 2019) mungkin dirancangkan oleh puak-puak yang berniat untuk mencemarkan nama baik PKR dan pada masa yang sama untuk merunsingkan Anwar Ibrahim.
“Dengan ini sudah jelas ada rancangan oleh puak-puak tertentu untuk memberi gambaran kepada umum bahawa Anwar kononnya tidak boleh memimpin dengan baik.
“Puak-puak ini patut hentikan ‘aktiviti’ mereka sebab sudah diketahui umum rakyat sedang menunggu Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Malaysia memerlukan kestabilan politik dan insiden seperti di atas bukanlah satu perkara yang baik.
“Pada masa seluruh dunia sedang menghadapi situasi ekonomi yang lembab, Malaysia tidak perlukan insiden kekecohan seperti itu kerana kita perlu menarik ramai pelabur asing datang ke negara kita,” katanya.
Timbalan Pengerusi DAP Pahang M Manogaran pula berharap bahawa pemimpin-pemimpin dalam PKR yang berselisih faham segera sedar diri dan kembali ke meja rundingan.
Menurut beliau tidak ada gunanya menyambut strategi adu domba musuh yang akan menggugat kerajaan PH secara keseluruhan.
“Saya harap kemelut dalam PKR akan selesai tidak lama lagi. Sebagai parti tunjang koalisi Kerajaan PH, PKR mestilah kuat dan stabil. Pergaduhan secara terbuka hanya akan melemahkan jentera Kerajaan PH apabila pemimpin-pemimpin dalam sesuatu parti tidak dapat bekerjasama,” katanya.
Beliau memberi amaran kepada semua parti dalam koalisi PH supaya berdiri teguh kerana pihak lawan sentiasa akan mencari dan menyerang kelemahan PH.
“Pihak pembangkang sedang memerhatikan kita dengan teliti. Kalau kita tersilap langkah, pihak lawan akan mendapat peluang untuk menjatuhkan Kerajaan PH.
“Ini bukan mustahil dilakukan oleh mereka. Justeru itu, semua pihak dalam PKR wajar ketepikan kepentingan sendiri dan demi kebaikan rakyat dan negara,” tambah Manogaran.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25747

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sorakan Pecat Ahli Keluar Dewan Riuhkan Kongres Pkr

Sorakan Pecat Ahli Keluar Dewan Riuhkan Kongres Pkr

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 442 hits
Diterbitkan Hari ini 6 50 petang BERITAKONGRES PKR Hadirin yang terus berada di Kongres PKR selepas sejumlah penyokong Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali meninggalkan dewan bersorak agar mereka yang keluar dipecat Ia terjadi ketika perwaki...
Pemimpin Pkr Johor Dedah Dakwaan Kongres Alternatif

Pemimpin Pkr Johor Dedah Dakwaan Kongres Alternatif

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 546 hits
Mark Matthew AYER KEROH Seorang pemimpin PKR Johor hari ini mendakwa memang ada rancangan untuk mengadakan kongres alternatif di Kuala Lumpur minggu ini disebalik penafian beberapa pemimpin parti Bercakap kepada pemberita di sebuah hotel ha...
Pertama Kali Ketua Wanita Tidak Menggulung Ucapan Dalam Kongres Pkr

Pertama Kali Ketua Wanita Tidak Menggulung Ucapan Dalam Kongres Pkr

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 387 hits
Haniza Mohamed Talha foto IQBAL BASRI 06 DISEMBER 2019AYER KEROH Kongres Nasional PKR yang memasuki hari terakhir hari ini dikejutkan dengan ketiadaan Ketua dan Timbalan Ketua Wanita Haniza Talha dan Dr Daroyah Alwi Haniza dan Dr Daroyah ya...
Tiada Usul Tak Percaya Pada Anwar Dalam Kongres Pkr

Tiada Usul Tak Percaya Pada Anwar Dalam Kongres Pkr

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 352 hits
Tiada usul tak percaya pada Anwar dalam kongres PKR Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Usul dan Perbahasan Kongres AMK 2019 Chua Wei Kiat
Kongres Pkr Usul Undi Tidak Percaya Atas Anwar Palsu

Kongres Pkr Usul Undi Tidak Percaya Atas Anwar Palsu

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 360 hits
Tiada usul tidak percaya yang akan dibuat terhadap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Kongres Nasional parti itu yang bakal berlangsung Perkara itu disahkan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Ahmad Fahmi Mohamed Fad...
Tetap Tarikh Serah Kuasa Wajar Diusulkan Dalam Kongres Pkr Di Melaka Ini

Tetap Tarikh Serah Kuasa Wajar Diusulkan Dalam Kongres Pkr Di Melaka Ini

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 318 hits
PKR adalah parti terbesar dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai dalam gabungan PH yang membentuk kerajaan sekarang ini Lebih daripada itu berdasarkan rekod rasmi SPR yang menang PRU14 adalah juga PKR kerana semua calon PH ketika itu be...
Kongres Pemuda Pkr Gaduh

Kongres Pemuda Pkr Gaduh

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1573 hits
SELALUNYA JIKA PKR ADA KONGRES MESTI GADUH Kongres Nasional Tahunan Pemuda PKR di Melaka hari ini dicemari dengan pergaduhan antara perwakilan parti yang hadir dengan pemerhati berbaju hitam yang dikatakan hadir tanpa pas KONGRES DI BUMI HA...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka