Tetamu Tuhan 50 Hari


 Judul : TETAMU TUHAN 50 HARIPenulis : Hilal AsyrafPenerbit : Hilal Asyraf ResourcesTahun terbit : 2019 (cetakan keempat, 2021)Jumlah muka surat : 402Harga : RM30
Sebelum ini saya hanya ‘mengenali’ penulis menerusi novel bersiri Hikayat Satria-Satria Sejati - novel berlatarkan fantasi dan aksi. Memang menarik! Kali ini saya dapatkan pula novel beliau yang berjudul Tetamu Tuhan 50 Hari. Baca judul dan tengok kulit buku pun kita dah boleh agak ni novel berkenaan apa. Tapi lepas saya membacanya, ternyata isi novel ni bukan sekadar penceritaan biasa. Banyak ilmu, pengajaran dan pencerahan yang saya dapat

Beli semasa sesi jualan khas di Shopee - ‘hilalasyrafresources’, dapat diskaun hebat dan dapat tanda tangan penulis. Pos percuma. Pembelian yang berbaloi!Novel ini membawa kisah seorang lelaki bernama Wasim yang mendapat jemputan dari Allah untuk menjadi tetamu-Nya (panggilan menunaikan haji). Dengan keadaan dirinya yang anti-sosial, ketagihan rokok dan tidak menjaga solat, Wasim merasa tidak layak menjadi tetamu Tuhan.
Pelbagai konflik berlaku sepanjang Wasim menjadi tetamu Tuhan. Namun Allah hadirkan seorang sahabat bernama Hilman yang sentiasa membimbing dan menasihati Wasim. Tanpa mengetahui yang sebenarnya Hilman juga sedang bergelut dengan masalah sendiri. Dengan membantu Wasim, Hilman sedang membantu dirinya sendiri

Bagaimanakah kesudahan kisah Wasim dan apa masalah sebenar Hilman? Kenalah baca novel ni ya


Antara poin menarik buku ini :1. Pemacu perubahan seseorang ialah ‘biah solehah’ yang bermaksud suasana yang baik. Apabila seseorang itu berada dalam suasana yang baik, Insya Allah dia akan terpengaruh dan cenderung untuk melakukan hal-hal kebaikan

2. Tanah Suci memang tempat suci, tetapi ia bukan tempat magis dan tidak menyucikan sesiapa. Sesiapa yang memanfaatkan peluang berada di Tanah Suci ke arah kebaikan, dapatlah ia kebaikan. Sesiapa yang melakukan hal-hal yang merosakkan diri, dapatlah dia kerosakan

3. Batu yang tidak bergerak akan diselaputi lumut bermaksud seseorang yang tidak berbuat apa-apa, akan mendapat banyak masalah. Masa yang diisi dengan sesuatu, ia akan hilang dan tidak akan kembali. Isi masa dengan kebaikan, maka keburukan tidak akan dapat mengisi masa kita

4. Tujuan penciptaan manusia ialah untuk mengabdikan diri kepada Sang Pencipta. Islam telah menggariskan wawasan akhirat untuk penganutnya - wawasan hidup kita manusia ialah mahu pulang kepada Allah dalam keadaan berjaya. Maksud berjaya ialah memanfaatkan kehidupan dengan kebaikan, ketaatan dan menjauhi perkara yang merosakkan

5. Solat fardhu 5 waktu sehari merupakan antara siri ibadah yang melatih disiplin bagi manusia mencapai wawasan tersebut. Membina disiplin diri untuk menepati masa, mengatur kehidupan dengan baik, dan tidak memutuskan hubungan dengan Allah walaupun dalam kesibukan seharian

6. Tujuan utama pensyariatan ibadah haji ialah untuk menguji keimanan. Kepercayaan kita bahawa Allah itu wujud dan arahan-Nya wajib kita patuhi. Maka kita melaksanakan ibadah haji sebagai bukti kita percaya kepada Allah. Tanpa keimanan, ibadah haji tidak lebih sekadar ‘ibadah batu’ - Kaabah terbina daripada batu, Hajarul Aswad itu batu, Safa dan Marwah juga merupakan bukit batu, wukuf di Arafah dikelilingi batu, bermalam di Muzdalifah juga penuh dengan batu, ketiga-tiga jamrah di Mina itu pun batu dan melontarnya juga dengan batu

7. Raudhah memang tempat yang istimewa, tetapi beribadah di dalamnya hanyalah sunat. Sebagaimana mencium Hajarul Aswad hanyalah sunat. Jangan utamakan emosi dan sentimen, sehingga mengabaikan keselamatan diri dan orang lain semata-mata untuk pahala peribadi. Juga sikap mementingkan diri dengan memanjang-manjangkan solat dan sujud, sedangkan ramai jemaah lain berhajat untuk beribadah di ruang tersebut

8. Haji mabrur atau tidak, ialah urusan dan rahsia Allah. Yang dikehendaki ialah implementasi pengajaran ibadah dan kembara haji di dalam kehidupan masing-masing. Persoalan utama, apakah kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum menunaikan ibadah haji


Antara petikan menarik buku ini :1. “Dengan rasa takut, kita berpeluang menjadi berani. Dengan rasa risau, kita berpeluang untuk berharap. Banyak-banyakkan beristighfar, minta kekuatan daripada Allah SWT, dan usahakan yang terbaik untuk terus sabar dan cekal.” (halaman 205)
2. “Hidup ialah ujian. Kita semua teruji. Ujian tidak bermakna Allah SWT benci. Tetapi ujian boleh jadi sebagai cabaran untuk kita meningkatkan diri.” (halaman 375)

Sungguh, saya rasa sangat puas hati membaca novel Tetamu Tuhan 50 Hari ni. Bacaan santai yang penuh ilmu, pengajaran dan pencerahan terhadap beberapa persoalan yang bermain diminda saya. Membaca novel ini juga ibarat membaca travelog pergi haji. Kita akan mengikuti perjalanan ibadah haji, gambaran suasana yang diceritakan dengan terperinci dan konflik diri (yang mungkin kita juga bakal hadapi semasa di sana). Ia melonjakkan keinginan saya untuk menjadi tetamu di Tanah Suci dan berazam untuk melakukan yang terbaik. 
Tetamu Tuhan 50 Hari - sebuah novel travelog jiwa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2021/04/tetamu-tuhan-50-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Ditemui Mati Di Rumah Sewa Baru Didiami 3 Hari

Pasangan Ditemui Mati Di Rumah Sewa Baru Didiami 3 Hari

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 331 hits
Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu tengah hari tadi selepas rakan mereka gagal menghubungi pasangan suami isteri itu KUALA LUMPUR Sepasang suami isteri ditemui mati di sebuah rumah tiga tingkat yang disewa mereka di Jalan Medang Serai ...
Kurang Lima Hari Sahaja Ramadhan

Kurang Lima Hari Sahaja Ramadhan

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 309 hits
KURANG LIMA HARI SAHAJA RAMADHAN Assalammualaikum wbt Alhamdulillah Kurang lima hari inshaAllah kita semua akan berpuasa Mendirikan rukun Islam ketiga Semoga masih ada lagi peluang dan rezeki untuk kita berpuasa dibulan Ramadhan kali ini Di...
Najib Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Hari Ini

Najib Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 241 hits
Najib terima suntikan vaksin Covid 19 hari ini Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Apr 2021 7 17PM
Covid 19 Sebanyak 1 510 Kes Positif Baharu Hari Ini Jadikan Jumlah Keseluruhan 359 177

Covid 19 Sebanyak 1 510 Kes Positif Baharu Hari Ini Jadikan Jumlah Keseluruhan 359 177

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 303 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 1 510 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid 19 sebanyak 359 117 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut Selangor kembali melaporkan angka ...
Kkm Diminta Umum Keputusan Rentas Negeri Sempena Hari Raya Lebih Awal

Kkm Diminta Umum Keputusan Rentas Negeri Sempena Hari Raya Lebih Awal

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 270 hits
Kerajaan akan meminta Kementerian Kesihatan membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidiltri Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman lebih awal akan
Iman Troye Pejam Celik Hari Raya Chord

Iman Troye Pejam Celik Hari Raya Chord

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 588 hits
Dm Amya hari ya hari raya E Amya hari ya hari raya Dm Amhari kemenangan kita E Amoh selamat hari raya Ampejam celik pejam celik Ghari raya dah nak tiba G tiap waktu tiap detik Cpastinya amat berhargaDm Am bersama sama keluarga tercinta F Ed...
Ismail Sabri Health Ministry Will Decide On Interstate Travel For Hari Raya After Making Risk Assessment

Ismail Sabri Health Ministry Will Decide On Interstate Travel For Hari Raya After Making Risk Assessment

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 348 hits
PETALING JAYA The Health Ministry will decide whether or not to allow interstate travel during the upcoming Hari Raya Aidilfitri festive season says Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob All decisions to allow interstate travel are based on the ri...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Apakah Itu Umami

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran

Lelaki Bertenggek Di Atas Pencawang Elektrik

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25