Terus Istiqamah Berhijab Bersama Shera Lee



Terus Istiqamah Berhijab Bersama Shera Lee | Assalammualaikum semua! Kali ini Ruby nak kongsikan hijab terkini yang Ruby miliki. Ewah ewahh ewahhh shopping sakan masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hahaha. Sebenarnya ini kali pertama beli barang secara dalam talian sepanjang tempoh PKP. Serius.. Sebab mood macam tak nak berbelanja tu menebal. Sibuk menambah stok barang dapur aje. Waktu PKP ni kerap memasak dan makan. Anak-anak dan suami mesti akan tanya "Hari ni masak apa?". Kalau masuk ke dapur, mesti tanya "Ada makanan ke?". Hahaha. Sebab tulah korang tengok media sosial Ruby banyak gambar dan video makanan. Ditambah pula dengan cabaran harian dari group whatsapp keluarga Ruby. Memang PKP ni mengeratkan siratulrahim kan? Hehehe. 
Terus Istiqamah Berhijab Bersama Shera Lee
Ruby masih ingat lagi kali pertama berhijab adalah semasa sekolah rendah. Masa itu darjah 1. Punca berjijab adalah ada beguk di leher. Bukan bongok tau. Begukkk. Hehehe. Mak pakaikan tudung sekolah sebab leher penuh dengan nila biru. Hahaha. Jadi, bermulalah episod perlahan-lahan berhijab, jaga aurat dan pakaian no more skirt pendek atau baju sekolah skirt biru tu. Saban hari, untuk terus Istiqamah menjaga aurat memang banyak sangat cabaran

Tambahan pada usia muda, tengok kawan-kawan berpakaian kasual selesa terdedah aurat. Ia seperti memanggil-manggil untuk membuka hijab. Tetapi Ruby bersyukur kerana mempunyai persekitaran yang amat membantu. Contohnya Ustazah dan Ustaz di sekolah sentiasa puji, "cantik bertudung Rabiatul". Kemudian, saudara mara yang sentiasa puji "cantiknya berhijab Along". Kemudian ibu bapa yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Mak selalu izinkan beli apa sahaja tudung di pasar malam. Zaman dulu pasar malam adalah medium membeli belah paling best. Hehehe

Jadi, alhamdulillah sudah 14 tahun berhijab. Istiqamah semasa berhijab ni kena kuat fizikal dan mental. Sebab bukan mudah. Kadang-kadang ada kawan kita yang dari tidak berhijab kemudian berhijab dan setelah beberapa bulan kembali menanggalkan hijab. Astagfirullahalazim. Dari situ Ruby terfikir, apa yang membuatkan mereka jadi sebegitu. Ada kalanya, tiap malam sebelum tidur, Ruby akan bermonolog sendirian. Mahalnya syurga Ya Allah. Ujian Allah s.w.t ternyata berbeza. 

Cara Ruby Istiqamah untuk terus berhijab adalah menceriakan diri kita dengan berpenampilan menarik dari koleksi hijab terkini, material, trend atau stail kegemaran. Ini adalah idea untuk memberi penghargaan kepada diri kita. Sebab itu, ramai wanita akan membeli hijab baru setiap bulan. Hahaha. Kalau ada jenama kegemaran, mereka akan segera dapatkannya. Ia bukan pembaziran apabila kita memakainya. Ia untuk memberi kekuatan kepada wanita muslimah terus berhijab menutup aurat. Betul tak

Koleksi Summer Raya Shera LeeKoleksi baru SUMMER RAYA dari SHERA LEE ini direka khas buat semua pelanggan. Sama ada pelanggan baru atau sedia ada. Ia sangat sesuai untuk muslimah yang ingin kelihatan lebih menyerlah, anggun dan elegan. Kempen #SummerRaya 1.0 ini telah dilancarkan pada 20 MARCH 2020 dan di atas sambutan yang sangat menggalakkan, pihak Shera Lee melanjutkan tempoh untuk anda menebus kod diskaun yang akan tamat pada pertengahan April 2020. Koleksi kali ini menampilkan 4 variasi yang sangat menarik dengan 13 rona warna

Ruby baru mengenali jenama Shera Lee. Pada mulanya tengok koleksi gambar di instagram dan laman web. Nak pilih koleksi mana yang berkenan pun rambang mata. Semua cantik-cantik. Pada mulanya dapatkan sehelai dulu. Kemudian berhelai-helai. Hahaha. Jom tengok koleksi Shera Lee yang Ruby miliki

Honey Blossom in Pewter & Viscose in Champagne
Koleksi Honey Blossom direka untuk anda yang suka corak bunga-bunga. Rekaan ini memberi anda pilihan untuk memilih bunga bewarna atau tidak untuk digayakan. Bunga yang tidak bewarna itu seakan nostalgic seperti hitam putih kan. Hehe. Kedua-dua bahagian tetap cantik. Kemudian corak sarang lebah yang menyerikan lagi rekaan ini. Tampak eskslusif. Material dari Matte Silk. Ukuran 1.80 m x 0.756. Basuh dengan tangan sahaja. Jangan masuk mesin basuh. 

Koleksi Honey Blossom terdapat 3 warna iaitu Pewter, Blush Pink dan Steal Blue. Harga asal RM 99. Sekarang ada harga promo, RM 84 sahaja sekarang! Beli dua helai, RM 160. Jimaaaaaat kan

Moroccan Muse in Moonlight Grey & Viscose in Buttercup
Seterusnya dari koleksi Moroccan Muse iaitu warna Moonlight Grey. Hijab ini bercorak geometri. Mood Ramadan dan Aidilfitri dah maiiiii. Material dari Matte Silk. Ukuran 1.80 m x 0.756. Jahitan baby seam. Harga asal RM 99. Sekarang ada harga promo selama 10 hari, RM 75 sahaja sekarang! Untuk koleksi ini, terdapat 4 warna menarik iaitu Moonlight Grey, Shades of Nude, Heather dan Sweet Pandan



Pelanggan akan dapat penjimatan sehingga RM 38 apabila mereka membeli 2 helai hijab pada harga RM 160 dan dapat penghantaran PERCUMA (Semenanjung Malaysia sahaja) 
Shera Lee Basic Shawls
Apabila terus Istiqamah mengenakan hijab, koleksi tidak bercorak juga perlu dimiliki. Mudah untuk kita pakai keluar rumah sekejap untuk sidai kain atau bercucuk tanam. Tapi, sejak PKP ni. Banyak Video Conference perlu Ruby siap sedia. Jaga penampilan dan aurat. Hehehe. 
Satin Matte in Midnight Blue & Viscose in Serenity Blue
Banyak warna terdapat di website Shera Les  Anda boleh pilih mana-mana warna yang berkenan. Ia adalah dari material Satin Matte yang sangat ringan dan tidak buat anda pekak apabila memakai bersama Viscose. Jahitan tepi adalah Eyelash Hem. Harga asal RM 69. Promosi sekarang RM 52.90. Saiz 1.8m x 0.7M. Cantik tak? 

Satin Matte in Raspberry & Viscose in Onyx 
Warna Raspberry ini sangat cantik. Material satin matte dan amat mudah untuk digayakan.Jahitan tepi tuding ini adalah Eyelash Hem. Harga asal RM 69. Promosi sekarang RM 52.90. Saiz 1.8m x 0.7M. Cantik tak? 


Viscose Snowcap Shera Lee Unik
Diantara produk yang menjadi kegemaran Ruby adalah Viscose Snowcap dari Shera Lee. Material yang digunakan adalah sangat selesa. Ia adalah Washable Cotton Viscose. Sebab itu nama koleksi ini digelar sebagai Viscose. Tapi, Ruby panggil inner atau anak tudung aje. Haha. Viscose Snowcap memudahkan kita untuk melipat dan menyimpan rapi inner. Lihat gambar dibawah untuk sama-sama kita fahami inovasi inner dari Shera Lee. 

Menarik? Ya sangat menarik. Jahitan kemas, material best dan mudah untuk disimpan. 
Kod Promosi Shera Lee
Menariknya sebagai pembeli, Shera Lee sentiasa menyediakan kod-kod promosi. Sebagai contoh untuk koleksi SUMMER RAYA, 2 helai hijab bernilai RM 160 apabila anda menggunakan kod promo SUMMER2020. Manakala untuk Viscose bernilai RM 29 untuk dua helai. Harga asal RM 19 untuk satu helai. Masukkan kod promo SLXO2PC. Best kan? Seterusnya apabila anda kali pertama daftar di website, anda akan dapat 10% diskaun. 
Pengurusan Sistematik Pasukan Shera Lee
☑️ Penghantaran Percuma
☑️ Penghantaran setiap hari Selasa dan Jumaat. ☑️ Instagram SheraLee sangat aktif dan sentiasa mengemaskini IG story. Malah, mereka juga akan repost ig story yang kita post. Rasa sangat dihargai gituhh. ☑️ Notifikasi Email lengkap
☑️ Notifikasi Whatsapp untuk anda mengetahui perjalanan parcel
☑️ Bungkusan menarik. Ada kotak khas untuk setiap koleksi shawl Shera Lee. ☑️ Hargai SL Babe dengan Thank You Card


Mengenai Shera Lee
Shera Lee dibina untuk memenuhi permintaan Premium Custom Shawls untuk wanita Sophisticated & Stylish dari semua peringkat umur. Teras perniagaan jenama ini didorong oleh Girl Empowerment & Passion for Fashion.
Shera Lee mementingkan Keselesaan & Kualiti di dalam kesemua produknya. Dengan cara ini dapat meraikan wanita Idealis & Karismatik dari seluruh dunia

Hustle Beats Talent when Talents wont Hustle.
Apa yang tidak dimiliki oleh seseorang dalam Bakat & Sumber dapat ditangani dengan Keinginan & Kejayaan yang tinggi.  
Istilah peribadi ini sering digunakan oleh Shera Lee. Ia bermaksud bekerja keras untuk mencapai apa yang ingin dimiliki. Semua kerja keras menyumbang kepada peningkatan Nilai Peribadi Diri sehingga istilah Good muncul.  Hustle & Be Gold sebenarnya adalah enkapsulasi tentang siapa Shera Lee. Adakah sebagai orang yang hanya menurut sahaja atau A Real Hustler.


Address: GP3.03, 3rd Floor Treehouse Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Isnin - Jumaat : 10AM - 8 PM
Sabtu & Ahad : 12PM - 8 PM
NU Sentral Mall, Level G (Pushcart)
Setiap Hari | 10AM - 10 PM Web : www.sheralee.myIG : www.instagram.com/sheralee.myFB : www.facebook.com/sheralee.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2020/04/terus-istiqamah-berhijab-bersama-shera-lee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shera Lee Koleksi Summer Raya 2020 Serlahkan Keanggunan Dan Keselesaan Wanita Berhijab

Shera Lee Koleksi Summer Raya 2020 Serlahkan Keanggunan Dan Keselesaan Wanita Berhijab

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 506 hits
Shera Lee Koleksi Summer Raya 2020 Ramai yang bertanya adakah saya sudah menggenakan hijab Ok pada mereka yang bertanya tu ya saya sudah berhijab Penghijrahan yang dibuat bukan disebabkan Covid 19 barulah saya nak berubah Sebenarnya niat tu...
Tampil Anggun Elegen Dengan Koleksi Hijab Summer Raya Shera Lee

Tampil Anggun Elegen Dengan Koleksi Hijab Summer Raya Shera Lee

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 409 hits
Tampil Anggun Elegen Dengan Koleksi Hijab Summer Raya Shera Lee l Assalamualaikum Ada yang kemurungan ke bila PKP bersambung lagi Ye lah dah hampir sebulan kita terpaksa stay at home kan Nak keluar memang tak boleh So apa aktiviti korang un...
Akui On Off Pakai Tudung Sebelum Ini Shiera Tekad Terus Berhijab

Akui On Off Pakai Tudung Sebelum Ini Shiera Tekad Terus Berhijab

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 198 hits
Banyak yang berlaku sepanjang tempoh PKP ini Ada yang jarang bersama keluarga kini sudah banyak masa bersama anak anak dan isteri di rumah ada yang mungkin dulu kurang mahir memasak sekarang sudah pandai memasak banyak jenis makanan Itulah ...
Rambut Iman Dah Gugur Kesan Kimoterapi Terus Doakan Iman Kuat Ya Semua

Rambut Iman Dah Gugur Kesan Kimoterapi Terus Doakan Iman Kuat Ya Semua

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 371 hits
Kehidupan adik Muhammad Iman Al Khausar Bin Ismail sejak menjalani kimoterapi selepas disahkan mengalami kanser saraf tahap 4 mengubah kehidupannya dari seorang kanak kanak yang ceria dan aktif kini hanya mampu tersenyum saja Segala pergera...
Kini Watsons Memudahkan Anda Berbelanja Dengan Penghantaran Terus Ke Rumah

Kini Watsons Memudahkan Anda Berbelanja Dengan Penghantaran Terus Ke Rumah

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 205 hits
Faham dengan kesusahan dihadapi pelanggan mereka Watsons kini memperkenalkan servis Click Deliver yang mana korang tak perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni Ohmedia faham memang ramai y...
Anak Tak Sihat Terus Suap Antibiotik Jangan Main Bagi Ikut Saranan Doktor

Anak Tak Sihat Terus Suap Antibiotik Jangan Main Bagi Ikut Saranan Doktor

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 449 hits
Ketika anak tidak sihat kita akan membawa mereka untuk mendapatkan rawatan di klinik Biasanya jika tiada sebarang jangkitan yang serius doktor tidak akan membekalkan antibiotik untuk si anak Antibiotik hanya dimulakan jika terdapat indikasi...
Netizen Puji Menteri Alam Sekitar Baru Share Masalah Semalam Menteri Terus Beri Maklum Balas

Netizen Puji Menteri Alam Sekitar Baru Share Masalah Semalam Menteri Terus Beri Maklum Balas

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 319 hits
Foto Facebook Baru share semalam hari ni sudah ada tindakan Tahniah pantas itulah respon netizen terhadap tindakan pantas Menteri Alam Sekitar dan Air Pencemaran dikatakan telah berlarutan selama 20 tahun tetapi tindakan yang diambil diragu...
Pos Malaysia Tidak Leka Terus Berkhidmat Kepada Masyarakat

Pos Malaysia Tidak Leka Terus Berkhidmat Kepada Masyarakat

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 273 hits
gambar hiasan Sumber googelKUALA LUMPUR 9 April Jenama Pos Malaysia pasti terlintas dalam fikiran masyarakat apabila terdapat keperluan untuk mendapatkan perkhidmatan penghantaran barangan di dalam dan luar negara Sejak arahan Perintah Kawa...
Kes Ingkar Pkp Terus Naik Selepas Tiga Minggu

Kes Ingkar Pkp Terus Naik Selepas Tiga Minggu

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR 9 APRIL Statistik kes ingkar Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari ke 23 terus meningkat sekali gus mencetus kebimbangan Perkara itu turut disuarakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang a...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa