Pos Malaysia Tidak Leka Terus Berkhidmat Kepada Masyarakat


gambar hiasan Sumber googel
KUALA LUMPUR, 9 April — Jenama Pos Malaysia pasti terlintas dalam fikiran masyarakat apabila terdapat keperluan untuk mendapatkan perkhidmatan penghantaran barangan di dalam dan luar negara

Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak COVID-19, Pos Malaysia bersama-sama dengan penyedia perkhidmatan penting negara, terus memainkan peranan utama dalam memastikan kesalinghubungan negara dan akses kepada barangan penting

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor, berkata pihaknya telah meningkatkan usaha bagi memastikan perkhidmatan pos dan kurier tanpa gangguan kepada orang ramai khususnya bagi ubat bagi pesakit atau individu yang mempunyai keperluan tertentu dihantar ke rumah masing-masing

“Petugas kami bekerja sepanjang masa dalam tempoh PKP bagi memastikan barangan keperluan penting dan pembelian dalam talian dihantar ke destinasi pelanggan

“Permintaan untuk menghantar bungkusan sepanjang tempoh PKP telah menunjukkan peningkatan susulan aktiviti pembelian dalam talian oleh pelanggan yang duduk di rumah…ini adalah petanda baik kerana ini menunjukkan masyarakat patuh kepada peraturan PKP dan jarakan sosial,”  katanya kerpada Bernama, baru-baru ini

Syed Md Najib berkata semasa PKP, pesakit yang terpaksa tinggal dalam rumah boleh bergantung kepada Pos Malaysia untuk menerima bekalan ubat yang dihantar kepada mereka dari lebih 160 buah hospital kerajaan

“Kementerian Kesihatan kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos secara percuma selama tiga bulan sehingga 30 Jun ini. Pos Malaysia bangga menjadi sebahagian daripada usaha mulia ini yang dapat membantu meringankan beban pesakit dalam masa yang mencabar ini,”  katanya

Selain itu, katanya, Pos Malaysia juga menghantar barangan keperluan sebagai sebahagian daripada kempen ‘Stay Home Essential’  melalui platform e-dagang Shopee dengan bertujuan menggalakkan pelanggan untuk berada di rumah dan membeli barangan keperluan secara dalam talian

“Kami menjamin masyarakat bahawa barangan seperti surat, bungkusan dan barangan dihantar ke seluruh negara berada dalam keadaan baik dan selamat,”  katanya

Beliau turut mengingatkan pelanggan supaya menggunakan alamat rumah untuk penghantaran apabila membuat pembelian dalam talian kerana Pos Malaysia tidak dapat menghantar barangan kepada alamat perniagaan yang ditutup semasa tempoh PKP

Syed Md Najib berkata Pos Malaysia mempunyai kira-kira 23,000 pekerja di seluruh negara dengan lebih 15,000 daripada mereka berada di barisan hadapan termasuk dalam [perkidmatan kaunter, pemprosesan, pengurusan pengangkutan, penghantaran mel dan kurier

Beliau memberi jaminan bahawa syarikat itu telah melaksanakan langkah keselamatan dan kesihatan yang sangat ketat untuk memastikan petugas barisan hadapan dan pelanggan sentiasa dilindungi dan rasa selesa dan selamat ketika berurusan dengan Pos Malaysia

“Pos Malaysia mengambil langkah pencegahan dengan petugas perkhidmatan kaunter dan penghantaran wajib menggunakan penutup mulut dan hidung, pakai sarung tangan dan guna cecair pembasmi kuman serta mengamalkan jarakan sosial, sekurang-kurang satu meter serta saringan suhu badan di semua pejabat pos dan outlet perkhidmatan pos,”  katanya

“Barangan yang disampaikan oleh posmen atau penghantaran melalui Pos Laju, amalan tanpa sentuhan diguna pakai di mana pelanggan tidak perlu menandatangani dokumen atau hanya nombor pengenalan disebut apabila menerima barangan, justeru mengurangkan kontak rapat antara petugas dan pelanggan,”  katanya

Beliau berkata waktu operasi untuk semua cawangan Pos Malaysia di seluruh negara telah dipendekkan dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang kepada 8.30 pagi hingga 3 petang dan beberapa outlet yang terletak dalam premis swasta dan kerajaan ditutup sepanjang tempoh PKP

Syed Md Najib berkata pelanggan boleh melakukan bayaran bil dan memperbaharui insurans kenderaan dan insurans perjalanan dalam talian menerusi posonline.com.my dan juga boleh menggunakan perkhidmatan Pos Laju Ezibox dengan mengambil bungkusan mereka di 255 lokasi di seluruh negara

Di samping itu, katanya, semasa tempoh PKP, platform penghantaran PosLaju SendParcel turut diteruskan di 681 pejabat pos, 99 pusat Pos Laju, 169 kedai serbaneka, 7-Eleven dan 170 lokasi Ezibox di seluruh negara serta perkhidmatan mel antarabangsa dan Express Mail Service (EMS) yang terhad kepada destinasi negara-negara tertentu

Pos Malaysia juga menjalin kerjasama dengan CollectCo Services Sdn Bhd (CollectCo), sekali gus memperluaskan perkhidmatan penghantaran dan penerimaan bungkusan kepada 30 premis rakan kongsi CollectCo termasuk premis kedai serbaneka dan farmasi

Syed Md Najib juga menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu atau maklumat yang berniat jahat yang boleh menimbulkan rasa tidak percaya dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, susulan beberapa berita dan mesej palsu dalam aplikasi WjatsApp berkaitan dengan Pos Malaysia

“Kami menggalakkan orang ramai untuk terus bersatu dan mematuhi peraturan PKP dalam masa yang sukar ini kerana usaha kolektif diperlukan untuk membantu kerajaan memutuskan rantaian virus COVID-19

“Pada masa sama, penyebaran berita dan mesej palsu dilihat sebagai satu lagi virus yang berpotensi untuk menimbulkan rasa curiga dan menjejaskan semua usaha untuk berada dalam keadaan selamat,”  katanya

Bagi sebarang bantuan dan pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pos Malaysia menerusi AskPos di pos.com.my atau Twitter @pos4you,
Sumber: BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2020/04/pos-malaysia-tidak-leka-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mpkk Seri Bandi Terus Berkhidmat Asak Tohmahan

Mpkk Seri Bandi Terus Berkhidmat Asak Tohmahan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 146 hits
Pengerusi MPKK Seri Bandi Aziz Daud mengagihkan bantuan berupa barangan dapur kepada keluarga yang telah dikenal pasti benar benar memerlukan bantuan Oleh Alfian MamadKEMAMAN 16 April Bantuan kepada mereka yang terkesan akibat Perintah Kawa...
Tak Ingin Ada Kasus Penolakan Jenazah Polri Terus Edukasi Masyarakat Soal Corona

Tak Ingin Ada Kasus Penolakan Jenazah Polri Terus Edukasi Masyarakat Soal Corona

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 125 hits
Indonesia yang memiliki sikap toleransi dan juga gotong royong tentunya mengedepankan empati dan simpati terhadap korban yang meninggal akibat corona ini Sehingga tidak ada penolakan dari pemakaman jenazah corona
Angka Kematian Akibat Covid 19 Di Malaysia Terus Meningkat Terkini 23 Orang Takziah

Angka Kematian Akibat Covid 19 Di Malaysia Terus Meningkat Terkini 23 Orang Takziah

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 255 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian ke 22 merupakan kes ke 1797 lelaki warga Malaysia berumur 48 tahun Angka Kematian Akibat Covid 19 Di Malaysia Terus Meningkat Terkini 23 orang TAKZIAH
Covid 19 Pos Malaysia Nafi Kakitangannya Sebar Virus

Covid 19 Pos Malaysia Nafi Kakitangannya Sebar Virus

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 297 hits
Pos Malaysia Bhd menafikan dakwaan kononnya kakitangan syarikat itu dijangkiti COVID 19 dan menyebarkannya melalui surat atau bungkusan yang dihantar kepada pelanggan Dakwaan itu disebarkan menerusi satu rakaman audio yang di media sosial B...
Pos Malaysia Tawar Khidmat Hantar Ubat Ke Rumah Secara Percuma Sepanjang Pkp

Pos Malaysia Tawar Khidmat Hantar Ubat Ke Rumah Secara Percuma Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 524 hits
Pos Malaysia Berhad menawarkan perkhidmatan penghantaran Ubat Melalui Pos ke rumah secara percuma bagi pesakit yang mengambil ubat di klinik atau hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia Tawaran tersebut adalah inisiatif prihatin be...
Is Pos Malaysia Getting Covid 19 Aid

Is Pos Malaysia Getting Covid 19 Aid

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 277 hits
IT IS expected that Pos Malaysia will register a sluggish 1H20 on the protracted Covid 19 pandemic which has disrupted e commerce cross border shipments and regional air travel That coupled with the government s MCO is seen as directly impa...
Iklan Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia Adalah Di Bawah Tanggungjawab Pertubuhan Sendiri Tiada Kaitan Dengan Jkm

Iklan Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia Adalah Di Bawah Tanggungjawab Pertubuhan Sendiri Tiada Kaitan Dengan Jkm

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 211 hits
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat iklan berkaitan pengumpulan maklumat bantuan COVID 19 oleh Pertubuhan Penggerak Masyarkat Malaysia adalah di bawah tanggungjawab pertubuhan itu sendiri dan tiada kait
Kenduri Keluarga Pemimpin2 Malaysia

Kenduri Keluarga Pemimpin2 Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 384 hits
Tun M is like your old grumpy grandfather He is powerful and always be critical to you Tan Sri Muhyidin is like typical Malay father Quiet less talk only do what is necessary DS Najib is like your happy go lucky rich uncle who is the most s...
Domino S Pizza Pertama Di Malaysia Melancarkan Zero Contact Untuk Semua Penghantaran

Domino S Pizza Pertama Di Malaysia Melancarkan Zero Contact Untuk Semua Penghantaran

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 378 hits
Domino s Pizza syarikat perkhidmatan penghantaran tersohor mengambil pendirian yang kukuh bagi para pekerja dan pelanggannya Berkuatkuasa hari ini semua perkhidmatan penghantarannya akan dijalankan tanpa sentuhan Shamsul Amree Ketua Pegawai...
In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Siapalah Punya Kerja

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Pemenang Bintang Paling Popular Tahun 2024

Rumah Terbuka Tc Metal Care

Has Pn Behaved Ungentlemanly By Wanting To File A Petition After Its Face Losing Defeat In Kkb S By Election

Box Bag Crochet

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik