Susulan kritikan berpanjangan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada minggu lalu mengumumkan harga runcit petrol akan kembali ditetapkan secara mingguan bermula 1 Januari 2019.Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan beberapa hari ekoran bantahan daripada Pengusaha Stesen Minyak, sebelum akhirnya beliau mengumumkan penurunan harga runcit semua jenis bahan api, hari ini. Dalam kenyataannya hari ini, Guan Eng mengumumkan harga RON95 akan diturunkan daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter, manakala harga runcit petrol RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter.Sementara itu harga runcit diesel pula diturunkan sebanyak 14 sen, daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.Sementara itu dalam hantaran berasingan, Chee menggesa Guan Eng memberi penjelasan mengenai ‘lebihan’ 7 sen memandangkan dalam pendedahan Najib sebelum ini menyatakan harga RON95 sepatutnya RM1.86 seliter mengikut sistem Automatic Pricing Mechanism (APM), bukan RM1.93.“Guan Eng, jangan sesekali fikir harga minyak dah turun rakyat dah puas hati, mohon pencerahan mengenai bagaimana lebihan 7sen/liter hasil jualan minyak itu dibelanjakan seperti mana yang Najib bongkarkan kepada kita minggu lepas harga sebenar adalah RM1.86/liter. “Jangan pandang enteng nilai 7 sen ini kerana dengan 7 sen/liter ini, kerajaan mampu mengutip kira-kira RM4 juta seminggu ataupun RM12 juta sebulan cukup untuk membeli kira-kira 4 buah banglo mewah milik Guan Eng di Pulau Pinang,” tulis beliau.Katanya, Guan Eng perlu memberi penjelasan jika berpegang kepada prinsip CAT yang dilaung-laungkannya selama ini. -SuaraTv |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |