Terus Bersatu Ketika Negara Usaha Keluar Krisis Pandemik Pm


Oleh Bernama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR: Abd Razak Aid MEMBINA semula ekonomi bukanlah sesuatu yang mudah, oleh itu adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk terus bersatu ketika negara mengharungi jalan keluar daripada kemelesetan ekonomi yang disebabkan pandemik.
Itu saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, falsafah yang menyokong perniagaan Malaysia dibuktikan dengan komitmen kerajaan terhadap konsep perkongsian awam-swasta.
“Justeru, saya menyeru sektor swasta untuk menjadi pemangkin kepada pembaharuan bagi memacu kemampanan dan seterusnya menyumbang kepada matlamat kolektif kita untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya tahan,” kata Perdana Menteri dalam ucapan perasmian yang dirakam lebih awal pada Sidang Kemuncak Ekonomi dan Teknologi China Global (GCET), di Pulau Pinang, hari ini.
Perdana Menteri berkata, Malaysia menawarkan kelebihan yang tiada tandingan kepada pelabur bukan sahaja sebagai gerbang masuk ke ASEAN tetapi juga kepada pasaran dunia sementara beberapa organisasi antarabangsa dalam laporan terkini membuktikan keberkesanan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Sebagai conth, beliau berkata, Pusat Daya Saing Dunia IMD menempatkan Malaysia sebagai negara ke-25 paling berdaya saing dalam kalangan 64 ekonomi pada 2021 dan Forum Ekonomi Dunia mengenai Indeks Kesediaan Rangkaian 2016 meletakkan Malaysia di tempat ke-6 kerajaan paling arif digital daripada 139 ekonomi.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, dalam mengiktiraf potensi ekonomi China, Malaysia mempelopori jangkauan diplomatik ke negara itu dan menjadi negara anggota ASEAN pertama yang merasmikan hubungan diplomatik dengan China pada 1974.

Beliau berkata, bersandarkan kepada persahabatan yang erat dan berkekalan, Malaysia dan China terus mengukuhkan hubungan ekonomi walaupun semasa krisis semasa dan China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 menyumbang 18.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada 2020.
“Eksport ke China mencatatkan paras tertinggi baharu pada 2020, berkembang sebanyak 11.1 peratus kepada AS$37.77 bilion dan China juga merupakan sumber import terbesar Malaysia, menyumbang 21.5 peratus daripada jumlah import,” katanya.
Mengenai pelaburan, Perdana Menteri berkata, China muncul sebagai pelabur asing terbesar dalam sektor pembuatan di Malaysia dari 2016 hingga 2020.
Beliau berkata, sepanjang lima tahun ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensinya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 243 projek dengan jumlah pelaburan AS$14.91 bilion, menyediakan lebih 50,000 peluang pekerjaan di Malaysia.
“Syarikat China yang terkenal seperti Huawei, Longi Solar, Jinko Solar, Alliance Steel, Alibaba Group, Geely Auto Group, Xiamen University dan banyak lagi telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan masing-masing. Kehadiran syarikat-syarikat terkenal dunia ini adalah bukti ekosistem mesra perniagaan Malaysia,” katanya.
Sidang kemuncak GCET satu hari yang diadakan bertujuan mempromosikan kerjasama dan diplomasi perniagaan, budaya dan ekonomi digital turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/terus-bersatu-ketika-negara-usaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sila Tunggu Giliran Jangan Lari Keluar Negara

Sila Tunggu Giliran Jangan Lari Keluar Negara

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 199 hits
COURT Mula2 ROSMAH lepas ni NAJIB Please shareMore cartoons www zunar my najibrazak rosmahmansor
Pentingnya Peran Ibu Bawa Bangsa Bangkit Keluar Dari Krisis Covid 19

Pentingnya Peran Ibu Bawa Bangsa Bangkit Keluar Dari Krisis Covid 19

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 226 hits
Saat ini pengorbanan perempuan Indonesia terbilang besar akibat krisis kesehatan tersebut baik sebagai tenaga kesehatan sebagai ibu sekaligus perawat bagi anggota keluarga yang sakit sebagai ibu sekaligus pendidik bagi anak anak belajar di ...
Pemimpin Bersatu Makan Besar Ketika Kl Selangor Berhadapan Banjir Disindir

Pemimpin Bersatu Makan Besar Ketika Kl Selangor Berhadapan Banjir Disindir

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 286 hits
MALAYSIA DATELINERakyat Selangor dan Kuala Lumpur diminta bersabar dengan memakan biskut dan kopi sahaja kerana Presiden Bersatu dan kesemua pimpinan parti itu sedang sibuk makan besar sempena Perhimpunan Agung Tahunan parti itu malam tadi ...
Syahdu Saat Anak Dapat Cam Ibunya Yang Terpisah 2 Tahun Ketika Jalan Jalan Di Mall Yakin Itu Mummy Dia Terus Pelvk

Syahdu Saat Anak Dapat Cam Ibunya Yang Terpisah 2 Tahun Ketika Jalan Jalan Di Mall Yakin Itu Mummy Dia Terus Pelvk

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 263 hits
HIDUP berjauhan dengan anggota keluarga bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi apabila ia melibatkan anak anak yang masih kecil Video pertemuan yang penuh dengan air mata antara seorang kanak kanak yang terpisah selama dua tahun dengan ibu...
Malaysia Kekal Negara Kleptokrasi Jika Umno Terus Disokong Dr Mahathir

Malaysia Kekal Negara Kleptokrasi Jika Umno Terus Disokong Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 266 hits
satuberita myBy December 15 2021 Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir MohamadMALAYSIA akan kekal sebagai satu negara kleptokrasi sekiranya orang Melayu dan Bumiputera meneruskan sokongan mereka kepada parti UMNO kata bekas Perdana Menteri...
Negara Akan Kerugian Besar Jika Dnb Dimansuhkan Muhyiddin

Negara Akan Kerugian Besar Jika Dnb Dimansuhkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 291 hits
SUARA MERDEKA Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat negara akan kerugian besar jika Digital Nasional Berhad dibatalkan termasuk kehilangan keyakinan pelabur akibat perubahan dasar mendadak Bekas Perdana Menteri yang terlibat langsung dalam m...
Perlembagaan Persekutuan Undang Undang Utama Negara

Perlembagaan Persekutuan Undang Undang Utama Negara

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 276 hits
Perlembagaan Persekutuan undang undang utama negara Hakikat ini diterima sebagai tersurat dan tersirat Hal ini tidak dipertikai mana mana pihak Namun tidak dinafikan ada yang membuat pentafsiran berbeza berkaitan kandungannya Itu perkara lu...
Skandal Src International Bossku Memalukan Negara Rayuan Ditolak

Skandal Src International Bossku Memalukan Negara Rayuan Ditolak

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 292 hits
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib Razak terhadap sabitan dan hukumannya bagi beberapa pertuduhan melibatkan kira kira RM42 juta dana SRC International mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu yang mendapati bekas perdana menteri ...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Hard Rock Penang

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

A Grand Comeback For A Grand Seaside Hotel

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekalan Nasi Lemak Air Tangan En Suami

Permata Ametis Si Batu Kecubung

Kaabah Alami Kerosakan

Urutan Surat Dan Ayat Terakhir Yang Diturunkan Kepada Rasulullah

Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex