Perlembagaan Persekutuan Undang Undang Utama Negara


 Perlembagaan Persekutuan undang-undang utama negara. Hakikat ini diterima sebagai tersurat dan tersirat. Hal ini tidak dipertikai mana-mana pihak. Namun, tidak dinafikan ada yang membuat pentafsiran berbeza berkaitan kandungannya.  
Itu perkara lumrah kerana manusia ada pandangan berbeza, lebih-lebih lagi berkaitan kefahaman mengenai sesuatu yang berkaitan undang-undang.  Sebab itu, persoalan undang-undang sering dilihat melalui sisi yang berbeza-beza. 
Perbincangan mengenai kandungan Perlembagaan Persekutuan tidak tamat dibincangkan biarpun sudah banyak keputusan mahkamah berkaitan sesuatu kes telah dibuat. 
Pun begitu, keputusan mahkamah dalam banyak kes yang mempunyai kaitan dengan Perkara-perkara Perlembagaan Persekutuan semakin menyerlahkan bahawa ia adalah undang-undang tertinggi yang perlu dirujuk untuk memutuskan sesuatu kes. 
Sebenarnya, kedudukan tertinggi Perlembagaan Persekutuan telah termaktub sepertimana Perkara yang berkenaan di dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Fakta ini jelas dan tidak ada kilaf mengenainya. 
Di negara kita, Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang.
Ketinggian Perlembagaan Persekutuan boleh difahami dengan jelas di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut: Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini adalah terbatal setakat yang berlawanan itu"
Peruntukan tersebut dengan jelas menetapkan bahawa kedudukan Perlembagaan Persekutuaan sebagai yang tertinggi.
Biarpun tidak dijelaskan sebagai tertinggi, tetapi dapat difahami maksud " adalah terbatal setakat yang berlawanan itu" membawa erti bahawa undang-undang lain mesti tidak berlawanan dengan perkara-perkara yang berkaitan. 
Pembatalan terhadap undang-undang yang berlawanan itu setakat yang berlawanan bermaksud tidak keseluruhan bahagian undang-undang itu terbatal, kecuali bagi maksud yang berlawanan itu saja.    
Undang-undang yang dimaksudkan ialah sama yang bertulis atau tidak bertulis, sama ada diperbuat di parlimen atau dewan undangan negeri, oleh pihak kerajaan, pertubuhan, parti politik atau orang perseorangan. 
Berkenaan undang-undang bertulis yang diperbuat di parlimen atau dewan undangan negeri, percanggahan tentu sekali sukar berlaku kerana ia melibatkan pakar yang mendraf dan kemudian melalui proses yang teliti sebelum diluluskan.
Bagaimanapun, undang-undang atau peraturan yang tidak bertulis yang diwujudkan oleh pihak awam sering mencetusan pertikaian apabila secara sedar atau tidak belaku berlawanan dengan apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.   
Hal ini tidak berlanjutan sekiranya pihak berkenaan menyedari kesalahan dan bersedia menukarkan atau menghentikan undang-undang atau perbuatan yang berkenaan.
Masalahnya, apabila ada yang berdegil dan masih mengatakan perkara itu benar dan menjadi hak mereka untuk terus menganggap perkara berkenaan betul dan berpegang kepadanya.
Situasi berkenaan membawa kepada dibawa kepada mahkamah oleh individu untuk mendapat status apa yang dilakukan, atau individu berkenaan di bawah ke mahkamah untuk pihak kerajaan atau individu lain untuk menghalang perkara berkaitan terus dianggap betul.
Contoh kes Azalina Jailani yang memohon untuk menukar status agamanya dari Islam kepada Kristian setelah memeluk agama berkenaan. Isunya bermula apabila dia berkahwin dengan penganut Kristian dan ingin mendaftarkan perkahwinannya itu, tetapi tidak diluluskan kerana status agama Islam yang tertera pada kad pengenalannya.
Inti pati kes tersebut menunjukkan bahawa pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai kuasa untuk menukar status agama penganut Islam, melainkan disahkan oleh Jabatan Agama Islam atau Mahkamah Syariah. 
Mahkamah Sivil tidak berkuasa untuk mencampuri urusan Mahkamah Syariah. Kes ini juga melibatkan soal Perkara 160 dan pengiktirafan kepada Perkara 3.
Justeru, isu kebebasan beragama dan hak asasi yang dijadi alasan kepada permohonan itu, apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dicabar.      
Ini membuktikan bahawa Perlembagaan Persekutuan mengalah dan mengatasi kepada semua undang-undang yang lain, biarpun ia dianggap melanggar hak asasi yang diamalkan di seluruh dunia.
Sesungguhnya, di negara kita mempunyai acuan sendiri dalam mentakrif mengenai hak asasi dan kebebasan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2021/12/xdw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adalah Wajar Untuk Najib Dan Rosmah Menunjukan Bagaimana Lemahnya Undang Dan Peguam Negara

Adalah Wajar Untuk Najib Dan Rosmah Menunjukan Bagaimana Lemahnya Undang Dan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 349 hits
Rosmah dan Najib adalah netizen terbaik memberi gambaran setakat mana nilai status imej undang di Malaysia Kerajaan mahupun badan yang mewakili undang perlu cermin diri sendiri Itulah kamu Tidak wajar salahkan Najib dan Rosmah serta peguam ...
Hiburan Kau Selamatkan Negara Dan Bangsaku Dr Maszlee Bimbang Rekod Pelajar Berhenti Sekolah Meningkat

Hiburan Kau Selamatkan Negara Dan Bangsaku Dr Maszlee Bimbang Rekod Pelajar Berhenti Sekolah Meningkat

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 216 hits
Seperti yang sudah kita sedia maklum sepanjang penularan kes COVID 19 di negara berlaku banyak sektor yang telah terkesan dan salah satunya adalah sektor pendidikan Oleh kerana itu menerusi ciapan di Twitter yang dibuat oleh Dr Maszlee Mali...
Warga Terdampak Bencana Gunung Semeru Diputuskan Relokasi Ke Lahan Negara

Warga Terdampak Bencana Gunung Semeru Diputuskan Relokasi Ke Lahan Negara

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 181 hits
Thoriq mengaku sudah mengusulkan kepada Kepala Negara agar warga Kampung Renteng Desa Sumberwuluh Kecamatan Candipuro Kabupaten Lumajang direlokasi ke lahan Perhutani yang lebih dikenal Jatian
Hiburan Fazura Batal Hasrat Bercuti Ke Luar Negara Demi Keselamatan Fatima

Hiburan Fazura Batal Hasrat Bercuti Ke Luar Negara Demi Keselamatan Fatima

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 252 hits
Gara gara penemuan varian baharu Covid 19 iaitu Omicron yang lebih berbahaya dan cepat merebak selebriti jelita membatalkan hasrat membawa puteri kesayangannya Fatima Aisha bercuti ke luar negara 1 bulan laluFazura Lancar Koleksi Baru Stok ...
Kembalikan Gst Untuk Jana Pendapatan Negara

Kembalikan Gst Untuk Jana Pendapatan Negara

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 328 hits
RAMAI mempertikaikan cukai barang dan perkhidmatan menjadi punca kenaikan harga barangan sekali gus memberi bebanan kepada rakyat Ada yang ingin mencadangkan agar semua barangan keperluan makanan dan asas dikecualikan daripada cukai GST Kae...
Malaysia Benar Benar Jadi Korup Jika Najib Kembali Pimpin Negara Tun Mahathir

Malaysia Benar Benar Jadi Korup Jika Najib Kembali Pimpin Negara Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 289 hits
By December 6 2021TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa apabila Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak atau rakan rakannya memimpin kembali kerajaan pada masa depan mereka akan terus merosakkan semua orang dengan korupsi termasuk jentera...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil