Negara Akan Kerugian Besar Jika Dnb Dimansuhkan Muhyiddin


SUARA MERDEKA
Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat negara akan kerugian besar jika Digital Nasional Berhad (DNB) dibatalkan termasuk kehilangan keyakinan pelabur akibat perubahan dasar mendadak.
Bekas Perdana Menteri yang terlibat langsung dalam merancang pembangunan kemudahan 5G negara berkata, inisiatif berkenaan bagi memastikan penyediaan kemudahan itu dilaksana segera dengan kos yang lebih jimat.
“Ia akan juga menyebabkan kehilangan penjanaan ekonomi berjumlah RM122 bilion menjelang tahun 2030,” katanya dalam kenyataan hari ini.
KENYATAAN MEDIA
YB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN MANTAN PERDANA MENTERI
Baru-baru ini, terdapat beberapa perkara yang telah menarik perhatian umum mengenai pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB), terutamanya kaedah yang akan diadaptasi oleh mereka, iaitu model Rangkaian Borong Tunggal, atau Single Wholesale Network (SWN).

Sebagai mantan Perdana Menteri, saya telah terlibat dengan pelbagai perbincangan, termasuklah sesi libat urus dalam menjayakan usaha ini. Saya telah dimaklumkan bahawa cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Pasukan Petugas 5G Kebangsaan dan Laporan Akhir Peruntukan Jalur Spektrum untuk 
Perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak berjaya dilaksanakan kerana perbezaan kepentingan di kalangan syarikat telekomunikasi. Ini telah menyebabkan usaha untuk berkongsi rangkaian, menjimatkan kos dan melancarkan 5G tidak berlaku seperti yang diharapkan.
Susulan itu, perbincangan bersama pakar industri telah diadakan untuk mencadangkan pembentukan sebuah syarikat tujuan khas, atau Special Purpose Vehicle (SPV), yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan untuk melaksanakan rangkaian borong tunggal 5G ke seluruh negara. Kapasiti 5G dan akses secara borong (wholesale) akan disediakan kepada syarikat telekomunikasi sedia ada melalui SPV ini.
Pulangan kepada SPV pula adalah berdasarkan kepada model pendapatan yang berpatutan bagi memastikan caj perkhidmatan 5G kepada pengguna adalah rendah. Pada 3 Februari 2021, Majlis Jemaah Menteri telahpun mengambil maklum mengenai perkara tersebut.
Selanjutnya, pada 19 Februari 2021, semasa Majlis Pelancaran MyDigital dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan perkara ini serta bahawa teknologi 5G akan mula dinikmati oleh rakyat secara berperingkat bermula hujung 2021.
Saya ingin menekankan sekali lagi bahawa model pelaksanaan tersebut adalah amat penting untuk memastikan keterangkuman dan penyediaan perkhidmatan 5G yang mampu dinikmati oleh setiap golongan rakyat pada masa hadapan.
Antara sebab-sebab yang ingin saya tekankan termasuklah:
a. DNB tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak SKMM bagi memastikan rangkaian 5G dapat dibangunkan dengan cepat pada kos yang lebih rendah, akses kepada kapasiti dan rangkaian diberikan kepada semua syarikat telekomunikasi secara terbuka dan adil, dan isu persaingan dan harga borong perkhidmatan yang disediakan oleh DNB dapat dikawal.
b. DNB telah melaksanakan tender melalui Request for Proposal (RFP) bagi Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G pada 7 April 2021 dan selesai pada 1 Julai 2021. Penilaian tender yang dijalankan meliputi aspek teknikal, komersial dan sosio ekonomi. Berdasarkan penilaian tersebut, Ericsson (Malaysia) Sdn Bhd (Ericsson) telah dilantik sebagai penyedia perkakasan rangkaian (Network Equipment Provider atau NEP). Proses tender ini juga dijalankan setelah mengadakan perundingan dengan pihak syarikat telekomunikasi termasuk dalam aspek mereka bentuk rangkaian.
c. Kospelaksanaanrangkaian5GakandibiayaisepenuhnyaolehDNB melalui hasil jualan yang dijana di samping gabungan pembiayaan tertunda serta pembiayaan perdagangan dan modal kerja.
d. Kepentingan kontraktor Bumiputera akan diutamakan di dalam projek 5G melalui DNB. Ini adalah kerana salah satu syarat projek 5G ialah keperluan untuk memanfaatkan lebih 60% kontraktor Bumiputera dan kontraktor dari Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Saya juga ingin menekankan bahawa sekiranya pihak Kerajaan memutuskan untuk menukar model tersebut di saat ini, beberapa implikasi akan mengakibatkan risiko reputasi terhadap Kerajaan, termasuklah:
a. Kehilangan keyakinan pelabur akibat perubahan pendirian Kerajaan;
b. Implikasi serius dari aspek kewangan dan perundangan ke atas negara dan DNB sekiranya sebarang pelanggaran atau penamatan kontrak disebabkan oleh penukaran model;
c. Kehilangan penjanaan ekonomi berjumlah RM122 bilion menjelang tahun 2030 seperti yang dilaporkan oleh kajian yang dijalankan oleh Ernst & Young Sdn Bhd (EY);
d. Kehilangan kos peluang, atau opportunity cost pihak industri dalam memperolehi keuntungan memandangkan rangkaian 5G akan mengguna pakai infrastruktur sedia ada untuk meningkatkan kecekapan; dan
e. Kehilangan sokongan bagi sehingga 15 ribu pekerjaan berkaitan pembangunan rangkaian 5G, serta gangguan terhadap penciptaan 148 ribu pekerjaan di dalam ekonomi secara keseluruhannya, yang sepatutnya mendorong peralihan ekonomi kepada pekerja berkemahiran tinggi
Kesimpulannya, model SWN yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan mempunyai kelebihan untuk melaksanakan rangkaian 5G dengan pantas, pada kos paling rendah dan kualiti yang lebih baik. Model SWN yang dikawal selia oleh SKMM akan menyediakan akses yang adil dan sama rata kepada semua syarikat telekomunikasi seterusnya menggalakkan persaingan yang berfokuskan perkhidmatan kepada pelanggan. Selain itu, SWN juga tidak akan terlibat di dalam pasaran runcit berdasarkan model perniagaan syarikat dan juga syarat lesen oleh SKMM.
Pada masa yang sama, saya menyambut baik keputusan Telekom Malaysia Berhad yang telah menandatangani perjanjian percubaan bersama DNB. Ini akan melihat pelanggan mereka menerima perkhidmatan rangkaian 5G dalam masa terdekat. Ini jelas membuktikan bahawa model yang diadaptasi oleh DNB serta pengurusan mereka berjaya untuk menyampaikan perkhidmatan 5G berdasarkan garis masa yang ditetapkan.
Saya berharap Kerajaan akan mempertimbangkan perkara-perkara ini dalam menentukan model pelaksanaan yang paling sesuai untuk seluruh rakyat. Ini termasuk aspek keterangkuman dan kemampuan rakyat untuk menikmati perkhidmatan 5G pada kos yang rendah.
Selain itu, saya juga ingin mengingatkan bahawa model yang berteraskan bekalan ini juga penting bagi memastikan perkhidmatan 5G dapat dinikmati oleh penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar. 
Hakikatnya, buat masa ini, perkhidmatan 4G tidak dinikmati oleh kebanyakan penduduk luar bandar, dan kes Adik Veveonah Mosibin pada Jun 2020 adalah contoh yang dekat di hati kita. Ini adalah kerana kawasan-kawasan tersebut tidak menguntungkan bagi syarikat-syarikat telekomunikasi.
Malah, Kerajaan terpaksa menyediakan perbelanjaan tambahan berjumlah RM28 bilion daripada wang awam dan swasta di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk menghubungkan perkhidmatan ke kawasan-kawasan luar bandar, di mana syarikat telekomunikasi yang lazimnya dipacu keuntungan komersial, gagal menyediakan liputan.
Syarikat telekomunikasi telah mengambil masa tujuh tahun untuk mencapai liputan 4G di kawasan berpenduduk sebanyak 82.2%, manakala sebaliknya DNB menyasar melancarkan 5G kepada lebih 80% liputan kawasan berpenduduk menjelang 2024.
Akhir kata, model SWN yang digunapakai DNB berserta manfaat-manfaat yang yang lain jelas menguntungkan semua pihak. Yang lebih utama, model ini akan memastikan keterangkuman liputan rangkaian 5G serta harga yang murah bagi perkhidmatan tersebut untuk seluruh rakyat, tidak kira individu atau perniagaan.
Saya harap perkara ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak atas kepentingan sempit masing-masing.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/negara-akan-kerugian-besar-jika-dnb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ingatkan Dnb Boleh Jadi Skandal Lebih Besar Dari 1mdb

Anwar Ingatkan Dnb Boleh Jadi Skandal Lebih Besar Dari 1mdb

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 168 hits
December 11 2021Anwar Ibrahim berkata beliau percaya beberapa syarikat yang diberikan tender secara rahsia oleh kerajaan dalam projek itu dimiliki beberapa tokoh utama politik PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memberi peringatan...
Kenaikan Harga Barang Boleh Jejaskan Pemulihan Negara Muhyiddin

Kenaikan Harga Barang Boleh Jejaskan Pemulihan Negara Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 158 hits
Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid MAJLIS Pemulihan Negara memandang serius isu kenaikan harga barang yang dilihat akan menjejaskan proses pemulihan negara daripada pandemik COVID 19 Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin ber...
Negara Kita Ni Punya Besar

Negara Kita Ni Punya Besar

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 143 hits
NORSHIDAH MOHD DAUDTu pun daging kita import dari luarGunakan modal dari rakyat wujudkan NFC kononnya nk ternak lembu utk elak pergantungan dari negara luarSudahnya rakyat di kencing duit utk bela lembu digunakan utk beli kondo di Singapore...
Kemaman Air Pasang Besar Tiga Kampung Ditenggelami Air

Kemaman Air Pasang Besar Tiga Kampung Ditenggelami Air

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 388 hits
KEMAMAN nbsp Tiga kampung di daerah Kemaman ditenggelami air berikutan peningkatan paras air laut mencecah 3 7 meter susulan fenomena air pasang besar yang bermula Jumaat lepas Antara kawasan terlibat adalah Kampung Bakau Tinggi Kampung Pen...
Pasaran Saham Merosot Di Tengah Tengah Jualan Syarikat Teknologi Besar

Pasaran Saham Merosot Di Tengah Tengah Jualan Syarikat Teknologi Besar

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 179 hits
Minggu lalu ditandai dengan turun naik mendadak dalam pasaran kewangan Satu contoh ialah penjualan dalam syarikat teknologi besar pada Jumaat lalu yang menyebabkan kejatuhan besar besaran dalam saham Jelas sekali banyak perkara yang perlu d...
Hanya Tujuh Keluarga Mangsa Kebakaran Besar Di Sungai Lembing Mendapat Tapak Gantian

Hanya Tujuh Keluarga Mangsa Kebakaran Besar Di Sungai Lembing Mendapat Tapak Gantian

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Hanya tujuh daripada 32 keluarga yang terlibat dalam kebakaran besar di Sungai Lembing di sini pada 31 Ogos 2019 mendapat tapak gantian untuk membina semula rumah namun masing masing masih belum membuat permohonan sewajarnya Exco Ke...
Api Apabila Kecil Jadi Kawan Besar

Api Apabila Kecil Jadi Kawan Besar

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 189 hits
ANGKA 73 calon Parti Bumi Kenyalang dicampur 15 calon lagi dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak sudah jadi 88 orang Dua parti ini menerusi kumpulan besar calon mereka cuba membangkitkan isu referendum tepatnya mahu bawa keluar Sarawak dari Ma...
Bila Tiba Birthday Anak Cubalah Untuk Celebrate Walaupun Sederhana Mereka Akan Ingat Sampai Besar

Bila Tiba Birthday Anak Cubalah Untuk Celebrate Walaupun Sederhana Mereka Akan Ingat Sampai Besar

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 213 hits
Bila tiba hari jadi anak sebagai ibu bapa kita cubalah raikan Kalau tak ada majlis besar pun cukuplah sekadar makan makan dan bagi hadiah simple Raikan Ini lah kenangan yang akan mereka ingat sampai bila bila Anggap sahaja ini sedekah untuk...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Rezeki Dikongsi Bersama Anak Anak Yatim Cahaya Ain

Unlock Level 99 Chinese Mastery Gamifying Hanzi With On Screen Adventures

Resepi Sambal Ikan

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh