Terung Yang Haram Dimakan Rileks Media


Di kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah. Kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi.
Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat fakir. Dia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam masjid Al-Taubah. Suatu hari, Sulaim merasa sangat lapar. Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir ma ti.
Otaknya berfikir; apa yang harus dilakukan? Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencu ri sesuai keperluan. Dia memilih untuk mencu ri.
Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada saat itu saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran. Jika seseorang mahu, dia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah. Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid.
Dia terus melangkah ke atap rumah penduduk. Dia melihat seorang wanita dari atap tersebut, dia segera menutup matanya dan menjauh. Kemudian dia tiba ke sebuah rumah kosong, dia mencium dari dalamnya bau sebuah masakan. Bau itu macam magnet yang menarik dirinya untuk turun.
Dia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Dia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi) yang sedang dimasak. Tangannya mengambil salah satu dari terung tersebut dan segera menggigitnya.
Namun sebelum ia berhasil menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali. Hatinya segera berkata, “Auzu billah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut saya menceroboh rumah orang lain dan mencu ri makanannya.”
Dia menjadi sangat menyesal. Dia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula. Dia kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun kerana sangat lapar, dia hampir tidak mengerti apa yang didengar.
Setelah majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing, tidak ada yang masih berada di dalam masjid kecuali Syeikh Sulaim dengan gurunya. Dalam keadaan itu seorang wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus.
Kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya, “Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja mening gal dunia. Dan ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pak ciknya yang sudah sangat tua.
Dia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang-orang jahat. Mahukah engkau menikahinya?”
Syeikh Sulaim berkata, “Ya.”
Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu, “Mahukah engkau menerimanya sebagai suami?”
Ia menjawab, “Ya.”
Pakcik perempuan itu hadir bersama dua orang saksi. Akad nikah pun dilaksanakan segera.
Syeikh itu lalu berkata, “Bawalah suamimu ini.”
Perempuan itu lalu memimpinnya ke rumah tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata dia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik. Juga ternyata, rumah kediamannya adalah rumah yang tadi dicerobohinya.
Isterinya bertanya, “Mahukah engkau makan?”
Dia menjawab, “Ya.”
Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. Dia segera berkata, “Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku?”
Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya. Isterinya itu segera berkata, “Inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh seisinya melalui cara yang halal.”
Tinggalkan yang Haram
Kisah ini diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali Al-Thantawi, seorang ulama besar di Syria yang wafat beberapa tahun lalu, di dalam muzakarahnya. Beliau berkata, “Cerita ini kisah nyata. Saya sendiri mengenali tokoh-tokohnya dan saya masih ingat perincian ceritanya.”
Masya-Allah, ketika membaca kisah ini saya kembali teringat kota Damsyiq yang penuh dengan ilmu dan keberkatan. Kejadian luar biasa sering terjadi di kota ini bagi orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.
Pengajaran yang terkandung di dalam kisah ini sangat jelas.
Satu biji terung haram yang anda tinggalkan kerana Allah akan dibalas dengan rumah besar berserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini. Belum lagi balasan tidak terkira daripada Allah di akhirat kelak:
”Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti dan yang indah dipandang, sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan.” (surah al-Sajdah: 17).
Mening galkan perkara haram adalah ibadah yang paling Allah sukai.
Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tinggalkanlah perkara-perkara yang haram, maka engkau menjadi orang yang paling banyak ibadahnya.”
Siti Aisyah berkata, “Kamu semua tidak akan membawa amalan yang lebih baik daripada sedikit dosa. Maka barang siapa yang mahu mengalahkan seorang ahli ibadah yang tidak pernah berhenti menyembah Allah, maka tahanlah dirinya daripada dosa.”
Para ulama berkata, “Perbuatan taat dapat dilakukan oleh semua orang. Namun mening galkan mak siat, hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang siddiq (jujur kepada Allah).”
Maimun bin Mahran, seorang ulama tabiin berkata, “menyebut nama Allah dengan lisan adalah perbuatan yang sangat baik. Namun lebih baik daripada itu ialah seseorang yang mengingat Allah ketika hampir melakukan mak siat.”
Source link
The post Terung Yang Haram Dimakan – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/terung-yang-haram-dimakan-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Sebab Suami Ben Ci Isteri Dari Dr Fadzilah Kamsah Rileks Media

7 Sebab Suami Ben Ci Isteri Dari Dr Fadzilah Kamsah Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 485 hits
Dalam hubungan suami isteri di alam rumahtangga tidak dinafikan adanya kelemahan pada setiap pasangan namun yang paling penting adalah menyedari apa yang pasangan kita tidak suka lalu berusaha memperbaiki diri Tips 7 C sebab suami benci ist...
9 Amalan Hari Jumaat Agar Sentiasa Didoakan Malaikat Rileks Media

9 Amalan Hari Jumaat Agar Sentiasa Didoakan Malaikat Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 326 hits
HARI JUMAAT LAGI HEBAT DARI HARI RAYA Rasulullah s a w bersabda Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah pada har...
Cara Menghilangkan Plak Atau Karang Gigi Serta Memutihkannya Secara Alami Dan Cepat Rileks Media

Cara Menghilangkan Plak Atau Karang Gigi Serta Memutihkannya Secara Alami Dan Cepat Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 333 hits
Memiliki gigi putih bersih dan bebas dari plak merupakan impian setiap orang Gigi yang sehat membuat seseorang menjadi lebih percaya untuk berkomunikasi baik dengan sahabat atau rakan kerja Namun tidak sedikit orang yang mempermasalahkan ka...
Cuba Petua Ini Jika Mahu Bibir Kembali Merah Bak Delima Guna 5 Bahan Ini Rileks Media

Cuba Petua Ini Jika Mahu Bibir Kembali Merah Bak Delima Guna 5 Bahan Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 355 hits
Bibir merah bak delima itu yang menjadi idaman setiap wanita Nak bibir sihat dan merah merona kena lebih perhatian memandangkan ia sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi Lebih lebih lagi jika anda jenis bermasalah kulit mengelupas El...
Doa Doa Untuk Mengeluarkan Racun Ilmu Sihir Dan Jin Pada Tu Buh Manusia Rileks Media

Doa Doa Untuk Mengeluarkan Racun Ilmu Sihir Dan Jin Pada Tu Buh Manusia Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 444 hits
Berikut ini beberapa di antara surah surah Al Qur an yang sungguh luar biasa manfaatnya untuk mengeluarkan jin dan juga benda benda halus atau racun ilmu sihir dari tu buh manusia Mengeluarkan benda benda tersebut memang terbilang cukup sul...
Cara Murah Ibu Boleh Buat Rawatan Facial Di Rumah Untuk Cantik Rileks Media

Cara Murah Ibu Boleh Buat Rawatan Facial Di Rumah Untuk Cantik Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 425 hits
Penjagaan wajah yang rapi dan teratur adalah kunci kepada memiliki kulit wajah yang licin dan bersinar Umumnya wanita akan mendapatkan khidmat di spa kecantikan untuk merawat wajah agar kekal cantik dan sihat Namun semua itu memerlukan kos ...
Bersin Dan Resdung Teruk 2 Bahan Dapur Ini Paling Mujarab Dan Meredakan Rileks Media

Bersin Dan Resdung Teruk 2 Bahan Dapur Ini Paling Mujarab Dan Meredakan Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 307 hits
Mungkin bagi mereka yang tidak mengalami masalah resdung tidak merasa betapa sengsaranya setiap pagi Bagi yang mengalami masalah ini kegatalan muka dan kepala ditambah dengan bersin bertubi tubi serta tidak terkawal buat kita rasa resah dan...
Mengapa Celak Mata Baik Dipakai Sebelum Tidur Ternyata Ini Rahasia Rileks Media

Mengapa Celak Mata Baik Dipakai Sebelum Tidur Ternyata Ini Rahasia Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 339 hits
Celak biasa digunakanan wanita untuk menambah kecantikan baik untuk dilihat suami atau teman sesama wanitanya Namun syafa at memakai celak tidak berhenti hanya sampai soal urusan kecantikan Celak memiliki manfaat lain dan baik saat dipakai ...
Kesan Minum Air Kosong Selepas Bangun Tidur Rileks Media

Kesan Minum Air Kosong Selepas Bangun Tidur Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 335 hits
Khasiat air kosong bukan sekadar untuk membersihkan tubuh malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air kosong adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur Jangan bagi alasan and...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan

Craving Roti Canai Restoran Abc Brickfield

Dah Macam Acik Cleaner Dah Ha Kami Yang Multi Talented