Tertuduh Menjerit Ketika Tombol Pintu Bilik Dipecahkan Kata Saksi


MAALYAIAKINI

   
Seorang pengawal keselamatan hari ini memberitahu Mahkamah TinggiShah Alam, Samirah Muzaffar, tertuduh pertama kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, menjerit ketika tombol pintu bilik yang terbakar di rumahnya berjaya dibuka.

Saksi keempat pendakwaan itu, Raju Kumar Pandit, 31, bagaimanapun berkata beliau tidak mengetahui punca Samirah berkelakuan demikian.

Beliau berkata ketika kejadian, beliau sedang melakukan rondaan menggunakan motosikal di taman perumahan berkenaan kira-kira 12 tengah hari, 14 Jun 2018, sebelum menerima panggilan dari pondok pengawal yang memaklumkan bahawa terdapat kejadian kebakaran di salah sebuah rumah di kawasan itu.

Raju Kumar berkata ketika tiba di rumah itu, Samirah berada di tempat letak kereta dalam keadaan menangis dan ketakutan.

Beliau kemudian segera naik ke tingkat atas dan menuju ke arah bilik yang berasap kerana Samirah memberitahu suaminya (Nazrin) masih berada di dalam bilik.

"Saya cuba membuka (pintu) bilik dengan menendang tetapi tidak berjaya.Saya kemudian meminta kunci daripada Samirah tetapi dia beritahu tidak ada kunci itu, kemudian saya meminta penukul tetapi Samirah berkata dia tidak memiliki penukul, kemudian jiran Samirah memberikan sebatang besi untuk digunakan bagi membuka pintu bilik.

“Bila saya berjaya buka tombol kunci, saya dengar wanita itu menjerit tetapi tidak pasti kenapa, sama ada terkena besi yang saya guna atau sebab lain.

"Ketika itu, pintu bilik itu belum dibuka. Hanya tombol yang pecah," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dalam perbicaraan kes pembunuhan Nazrin di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Raju Kumar yang merupakan ketua pengawal keselamatan di taman perumahan itu berkata walaupun beliau berjaya memecahkan tombol pintu berkenaan, pintu bilik berkenaan masih tidak dapat dibuka dan beliau kemudian bertindak menendang pintu itu sehingga terbuka.

Apabila pintu terbuka, kelihatan api dan bilik berkenaan dipenuhi asap menyebabkan beliau tidak dapat masuk ke dalam bilik itu sebelum diarahkan keluar oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba kemudiannya.

Samirah, 44, bekas eksekutif senior di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri kepada Nazrin, 47, dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun, didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh lelaki berkenaan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Prosiding perbicaraan itu disambung Jumaat depan.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/tertuduh-menjerit-ketika-tombol-pintu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adatlah Budak Kecil Suka Explore Siapa Sangka Tombol Pintu Makan Jari

Adatlah Budak Kecil Suka Explore Siapa Sangka Tombol Pintu Makan Jari

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 507 hits
Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati Ibu bapa selalunya menganggap di rumah anak anak akan selamat tetapi salah ye tanggapan begitu Perhatikan setiap inci di rumah mesti akan ada beberapa bahagian yang boleh menyebabkan kemal...
1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 285 hits
Perbicaraan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development yang masuk hari ke 8 menyaksikan saksi Datuk Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan balas melibatkan pertuduhan penyelewengan dana RM2 3 bilion oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Pegu...
Ph Johor Sudah Bawa Haluan Masing Masing Kata Bekas Pengerusi Pkr

Ph Johor Sudah Bawa Haluan Masing Masing Kata Bekas Pengerusi Pkr

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 542 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Bekas pengerusi PKR Johor Hassan Abdul Karim hari ini mendedahkan kerjasama Pakatan Harapan Johor tidak lagi sekuat sewaktu gabungan itu cuba menumbangkan Barisan Nasional negeri Hassan mendakwa selepas PH Johor ...
Deb Hanya Menguntungkan Orang Kaya Kata Pakatan Harapan

Deb Hanya Menguntungkan Orang Kaya Kata Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 254 hits
Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan sepatutnya tamat pada tahun 1990 kini digunakan untuk memanfaatkan segelintir elit Melayu kata Nik Nazmi Nik Ahmad Anggota Parlimen Titiwangsa itu berkata DEB bukan sahaja ...
Kami Bukan Punca Masalah Kata Menteri Indonesia

Kami Bukan Punca Masalah Kata Menteri Indonesia

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 246 hits
Gambar sumber dari GoogleSekarang sedang berlaku masalah yang melanda negara iaitu masalah jerebu yang kian meruncing apabila semakin banyak lokasi khususnya Semenanjung yang mempunyai bacaan IPU yang tinggi sejak semalam khususnya dibahagi...
Umno Kata Chin Tong Lebih Menonjol Dari Mat Sabu

Umno Kata Chin Tong Lebih Menonjol Dari Mat Sabu

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 233 hits
Umno kata Chin Tong lebih menonjol dari Mat Sabu Oleh September 11 2019Kenyataan Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang cuba membuat persepsi kononnya pemimpin DAP lebih menonjol dalam Kementerian Pertahanan dianggap lucu Setiausaha ...
Syiah Tiada Hak Sebar Fahaman Di Malaysia Kata Mufti

Syiah Tiada Hak Sebar Fahaman Di Malaysia Kata Mufti

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 236 hits
Di sebalik keterbukaan mufti Pulau Pinang menyokong pengikut Syiah mengamalkan kepercayaan mereka asalkan dibuat secara tertutup 2 mufti lain bagaimanapun menyokong tindakan pihak berkuasa menyerbu dan menahan pengikut fahaman itu Mufti Per...
Tembak Isteri Hingga Mati Selepas Orang Kampung Kata Dia Sudah Bernikah Di Luar Negara

Tembak Isteri Hingga Mati Selepas Orang Kampung Kata Dia Sudah Bernikah Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 653 hits
KISAH GAUN PENGANTIN PUTIH Seorang wanita yang di tembak mati suaminya wanita ini dikatakan mempunyai suami dan bekerja di Luar Negara Setelah balik dari negara tempat dia bekerja Wanita ini di fitnah oleh orang sekelilingnya kononnya berka...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims