Tertekan Kerja Kerja Pembinaan Suri Rumah Fail Saman Rm5 5 Juta




KUALA TERENGGANU - Tertekan dengan kerja-kerja pembinaan berhampiran sehingga mengakibatkan rumah didiami rosak teruk selain berdepan masalah debu dan bunyi bising berterusan sejak lima tahun lalu, seorang suri rumah memfailkan saman terhadap tiga syarikat termasuk sebuah agensi milik kerajaan negeri berjumlah RM5.5 juta.

Fairuz Atida Ariffin, 58, selaku plaintif memfailkan writ saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini melalui peguam cara Tetuan W.A. Wan Adnan & Associates.

Dalam writ saman itu, plaintif menamakan sebuah agensi kerajaan negeri, Perbadanan Memajukan Iktisad Terengganu sebagai defendan pertama, syarikat P. Excell Management Sdn Bhd dan syarikat Dacing Sempurna Sdn Bhd selaku defendan kedua serta ketiga.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif yang juga pemilik sebuah rumah banglo setingkat di Kampung Seberang Baroh, Bukit Bayas, di sini mendakwa defendan-defendan memulakan kerja-kerja pembinaan Projek 55 unit rumah teres dua tingkat serta kerja-kerja berkaitan bersebelahan dengan kediamannya.

Plaintif mendakwa ketiga-tiga defendan memulakan kerja-kerja pengubahsuaian, pembersihan, penambunan tanah dan lain-lain di lokasi pada pertengahan 2015.

Dalam masa sama, defendan ketiga didakwa membuat kerja-kerja menambun dan merata tanah di mana ia membentuk aras formasi yang lebih tinggi daripada aras lantai rumah dan arah hartanah plaintif.

Selain itu, plaintif mendakwa debu terhasil dari kerja-kerja pembinaan tersebut mengakibatkan masalah pencemaran udara.

Akibatnya, plaintif mendakwa terpaksa sentiasa menutup pintu dan tingkap rumah; terpaksa menghadkan aktiviti luar selain menjejaskan kesihatan mereka sehingga terpaksa berpindah dan menyewa rumah lain kerana kediaman sudah tidak selamat diduduki dan tidak bersih lagi.

Plaintif mendakwa sehingga kini, dia dan ahli keluarganya hidup mengalami trauma serta tekanan perasaan oleh kerana keadaan rumah yang retak teruk dan tidak selamat didiami lebih-lebih lagi kerja-kerja fasa kedua iaitu kerja pembinaan rumah telah bermula.

Justeru itu, defendan diminta membayar ganti rugi khas termasuk kos laporan perubatan; kos menyewa rumah di tempat lain; kos laporan juruukur; kos laporan juru nilai; kos laporan pakar jurutera dan kos guaman untuk tindakan ini yang mana jumlah kesemua kos dikemukakan kepada mahkamah semasa perbicaraan kelak.

Plaintif turut menuntut defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM4 juta; ganti rugi teladan sebanyak RM1 juta dan ganti rugi melampau berjumlah RM500,000.

Selain itu, defendan dituntut membayar faedah 5 peratus setahun ke atas ganti rugi tersebut dari tarikh pemfailan saman sehingga tarikh penyelesaian penuh, kos tindakan ini dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan adil dan suai manfaat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/02/tertekan-kerja-kerja-pembinaan-suri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suri Rumah Hidap Kanser Kulit Rayu Bantuan

Suri Rumah Hidap Kanser Kulit Rayu Bantuan

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 282 hits
POKOK SENA 20 Jamadilakhir 1441H Jumaat Seorang suri rumah Sharifah Sharimah Syed Ali 41 merayu bantuan orang ramai bagi meringankan beban suaminya menyediakan keperluan mereka sekeluarga termasuk rawatannya selepas disahkan mengidap kanser...
Gerebek 4 Rumah Di Bandung Bnn Temukan Dua Juta Pil Diduga Narkoba

Gerebek 4 Rumah Di Bandung Bnn Temukan Dua Juta Pil Diduga Narkoba

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 242 hits
Menurut dia empat rumah tersebut saling berhubungan satu sama lain Rumah itu diduga dirancang sedemikian rupa untuk mengelabui petugas yang melakukan penggeledahan
Peluang Kerja Dari Rumah Dengan Ilancee

Peluang Kerja Dari Rumah Dengan Ilancee

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 220 hits
kini menjadi salah satu pilihan untuk menambah pendapatan hanya dari rumah Saya juga merupakan pengguna dan penjual di ilancee Pengalaman saya dengan ilancee sangat menyeronokkan kerana setakat ini saya telah berjaya membuat beberapa jualan...
Suri Rumah Kena Bersedia Sekurangnya Mesti Ada 6 Bulan Simpanan Belanja Rumah

Suri Rumah Kena Bersedia Sekurangnya Mesti Ada 6 Bulan Simpanan Belanja Rumah

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 611 hits
Kejadian baru baru ni buat ramai orang tersedar akan realiti sebenar masyarakat kita Mahu tak mahu suri rumah kena pandai berdikari dan tak boleh 100 peratus bergantung pada suami sahaja Berikut perkongsian dari seorang suami yang selalu me...
Perkongsian Suri Rumah Jana Pendapatan Rm18k Main Pubg

Perkongsian Suri Rumah Jana Pendapatan Rm18k Main Pubg

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 655 hits
Roslinda Bt Embran atau lebih dikenali Lynda Embran merupakan seorang gaming video creator di Facebook Bermula dengan hanya 5 orang viewer sahaja dia tidak berputus asa dan terus mencuba sehingga pendapatan pertamanya cecah RM18 ribu Menuru...
Urutan Kaki Sebelum Tidur Sesuai Untuk Ibu Yang Tak Berhenti Buat Kerja Rumah

Urutan Kaki Sebelum Tidur Sesuai Untuk Ibu Yang Tak Berhenti Buat Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 499 hits
Beberapa kajian mengatakan bahawa urutan di tapak kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan lebih santai dan mengurangkan risiko kekejangan pada otot otot Diambil petikan dari laman stylecraze com terdapat banyak manfaat melakukan urutan pa...
Ini Cara Mak Malas Didik 6 Anak Perempuan Buat Kerja Rumah Barulah Anak Tak Bantah Kalau Kena Suruh

Ini Cara Mak Malas Didik 6 Anak Perempuan Buat Kerja Rumah Barulah Anak Tak Bantah Kalau Kena Suruh

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 581 hits
Mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya perempuan pasti bukan satu tugas mudah buat seorang ibu Maklum sahajalah setiap anak ada perangai masing masing Namun menurut Nor Shaeriani Awang Hamat dia bersyukur dan beruntung kerana kesemua anak a...
Pemerintah Akan Sediakan 3 Juta Lapangan Kerja Di Ibu Kota Baru

Pemerintah Akan Sediakan 3 Juta Lapangan Kerja Di Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 190 hits
Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa menjelaskan pemerintah merencanakan penyediaan lapangan kerja di ibu kota baru Penajam Paser Utara dan Kutai Kertanegara Ketua plt PPP tersebut menjelaskan akan menyediakan tiga juta...
Kenapa Aku Buat Semua Kerja Rumah Sebab Aku Ada Anak Lelaki Ayah Cerminan Anak

Kenapa Aku Buat Semua Kerja Rumah Sebab Aku Ada Anak Lelaki Ayah Cerminan Anak

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 1019 hits
Sebenarnya dalam rumahtangga kita perlu banyak bertolak ansur dengan pasangan kita dan juga anak anak Sebagai isteri jika anda rasa tak mampu jangan paksa diri lakukan semua kerja Itu hanya akan mencederakan emosi anda sendiri Kita manusia ...
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Jom Ke Pkns Pilih Karnival Di Galeri Jualan Selangor Cyber Valley

Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah

Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan