Terserah Kepada Rakyat Untuk Nilai Pencapaian Kerajaan Pn Muhyiddin


Mohd Zaini Samsu Hadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap sesuatu dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di Persatuan Alumni Universiti Malaysia (PAUM), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, KUALA LUMPUR – Ketiadaan manifesto dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) tidak bermakna kerajaan yang baharu tertubuh itu tidak mempunyai kebertanggungjawaban kepada rakyat.
Sebaliknya, sebagai seorang muslim yang dipilih unutk memimpin, seseorang itu perlu bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, pembentukan kerajaan Perikatan Nasional bukanlah selepas diadakan pilihan raya seperti biasa, tetapi berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh itu, kerajaan ini tidak mempunyai apa-apa manifesto atau akujanji yang biasanya dibentangkan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya.
“Tanpa manifesto, saya fikir agak sukar untuk saudara-saudari menilai pencapaian kerajaan. Janji-janji mana yang telah tertunai dan mana yang belum tertunai tidak boleh disenaraikan satu-persatu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, di sini, hari ini.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara pemimpin paling awal menyokong beliau menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan.
Katanya, ia kemudian diikuti pemimpin parti-parti lain yang membawa kepada pembentukan kerajaan PN.
“Saya dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong setelah mantan perdana menteri meletak jawatan dan saya mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen dari parti PPBM, Barisan Nasional, PAS, GPS, STAR dan PBS.
“Antara yang paling awal menyokong saya ialah YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang dan Presiden PAS yang ada di sini pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan,” katanya.
Muhyiddin berkata, beliau secara peribadi tidak menjangka dilantik sebagai perdana menteri ketika krisis politik berlaku hujung Februari.
“Tetapi oleh kerana berlakunya krisis politik yang agak rumit pada ketika itu, rakan-rakan pimpinan parti-parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional hari ini mencadangkan nama saya sebagai Perdana Menteri.
“Setelah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa saya mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat, maka jadilah saya Perdana Menteri.
“Keberadaan saya di sini hari ini selain daripada ketentuan Allah yang maha kuasa adalah kerana sokongan yang saya terima daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
“Sebagai Perdana Menteri, tugas saya yang pertama menurut Perlembagaan Persekutuan ialah membentuk Kabinet, maka saya telah membentuk Kabinet saya yang menggabungkan ahli-ahli Parlimen dari parti-parti yang menyokong saya, seorang ahli perbankan dan seorang mantan mufti.
“Kabinet inilah yang membentuk sebuah kerajaan yang dinamakan kerajaan Perikatan Nasional,” tambah beliau.
Menurut Muhyiddin lagi, tempoh enam bulan kerajaan PN satu jangka yang singkat untuk dinilai pencapaiannya.
“Dalam keadaan biasa, enam bulan adalah umpama tempoh percubaan atau probation period.
“Sudah pasti tempoh yang agak lebih lama diperlukan untuk membuat penilaian yang lebih komprehensif tentang pencapaian sesebuah kerajaan,” katanya.
Muhyiddin memaklumkan beliau kini menyerah kepada rakyat untuk menilai pentadbirannya.
Hadir sama pada konvensyen tersebut, Abdul Hadi yang mewakili Pas serta pimpinan kerajaan PN termasuk PPBM.
Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri, pada 29 Februari lalu selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen terdiri daripada, BN, PPBM, Pas, GPS dan parti di Sabah dan Sarawak. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/terserah-kepada-rakyat-untuk-nilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
69 Rakyat Gembira Dengan Pencapaian Kerajaan Pimpinan Pm Muhyiddin Yassin

69 Rakyat Gembira Dengan Pencapaian Kerajaan Pimpinan Pm Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 440 hits
Percaya atau tidak sebanyak 69 rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin Ini adalah hasil kajian dari Merdeka Center di antara 15 Julai hingga 10 Ogos lalu tentang penerimaan pengundi terhada...
Kerajaan Lancar Sukuk Prihatin Tiada Rakyat Akan Dipinggirkan Pm

Kerajaan Lancar Sukuk Prihatin Tiada Rakyat Akan Dipinggirkan Pm

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 289 hits
PUTRAJAYA Kerajaan hari ini melancarkan Sukuk Prihatin yang membuka peluang langganan kepada orang awam dan pihak korporat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendekatan bottom up itu merupakan satu bentuk penyatuan sumber yang...
Muhyiddin Kesal Sahabat Baik Tidak Bersama Dalam Kerajaan

Muhyiddin Kesal Sahabat Baik Tidak Bersama Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 254 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini meluahkan kesedihan kerana Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal yang disifatkannya sebagai sahabat baik tidak bersamanya dalam memimpin kerajaan Perdana Menteri berkata dia bersama Mohd Shafie meru...
Menjelang Bajet 2021 Muhyiddin Ke Sana Ke Sini Takut Kerajaan Tumbang

Menjelang Bajet 2021 Muhyiddin Ke Sana Ke Sini Takut Kerajaan Tumbang

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 306 hits
Khabar angin mengatakan Tun Mahathir mungkin telah mempunyai 118 ahli parlimen di sebelah beliau menyebabkan Muhyiddin Yassin ke sana ke sini mencari sokongan mengelakkan kerajaan beliau tumbang dalam sesi meluluskan Bajet 2021 pada Oktober...
Bilangan Penjawat Awam Kekal Meskipun E Kerajaan Dilaksanakan Muhyiddin

Bilangan Penjawat Awam Kekal Meskipun E Kerajaan Dilaksanakan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 329 hits
SANDAKAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan jumlah penjawat awam seramai 1 6 juta di seluruh negara tetap dikekalkan meskipun sistem kerajaan elektronik dilaksanakan Beliau berkata ini kerana penjawat awam mas...
Kerajaan Akan Lantik Anggota Pac Sebelum Mesyuarat Dewan Rakyat Berakhir

Kerajaan Akan Lantik Anggota Pac Sebelum Mesyuarat Dewan Rakyat Berakhir

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 234 hits
MalaysiaGazetteDatuk Takiyuddin Hassan foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Kerajaan akan memuktamad pelantikan anggota Jawatankuasa Kira kira Wang Negara sebelum berakhirnya mesyuarat Dewan Rakyat sesi semasa pada minggu depan Menteri di Jabata...
Tiada Perarakan Hari Kebangsaan Kerajaan Galak Rakyat Tunjuk Patriotisme Di Media Sosial

Tiada Perarakan Hari Kebangsaan Kerajaan Galak Rakyat Tunjuk Patriotisme Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 268 hits
Saifuddin Abdullah KUALA LUMPUR Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini menyeru rakyat agar menghidupkan suasana sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos dengan penuh semangat patriotik sekalipun negara sedang berdepa...
Ruu Covid 19 Pembangkang Minta Kerajaan Senarai Jumlah Rakyat Dihalau Tak Mampu Bayar Sewa

Ruu Covid 19 Pembangkang Minta Kerajaan Senarai Jumlah Rakyat Dihalau Tak Mampu Bayar Sewa

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 295 hits
Fahmi Fadzil memberei contoh seorang seorang ibu terpaksa tinggal bersama anaknya di kampus Universiti Malaya selepas dihalau dari rumah sewa kerana tidak mempunyai pendapatan akibat Covid 19 KUALA LUMPUR Wakil pembangkang menggesa kerajaan...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya