Ruu Covid 19 Pembangkang Minta Kerajaan Senarai Jumlah Rakyat Dihalau Tak Mampu Bayar Sewa
 Faiz Zainudin

Fahmi  Fadzil (PH-Lembah Pantai) memberei contoh seorang seorang ibu terpaksa  tinggal bersama anaknya di kampus Universiti Malaya (UM) selepas dihalau  dari rumah sewa kerana tidak mempunyai pendapatan akibat Covid-19.KUALA LUMPUR: Wakil pembangkang menggesa kerajaan menyenaraikan  jumlah rakyat yang dihalau keluar dan syarikat ditutup kerana tidak  mampu membayar sewa akibat Covid-19.
Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) berkata, langkah itu bagi memberi  gambaran sebenar kesan Covid-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat.
“Saya minta menteri senaraikan berapa ramai rakyat Malaysia tinggal  di rumah sewa telah diusir, jumlah syarikat terpaksa tutup akibat tidak  boleh bayar sewa, supaya kita boleh lihat secara jelas kesan kelewatan  RUU (Rang Undang-Undang) ini dibentang,” katanya di Dewan Rakyat hari  ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU  Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus  2019 (Covid-19) 2020.
Menerusi ucapannya, Fahmi memberi contoh seorang seorang ibu terpaksa  tinggal bersama anaknya di kampus Universiti Malaya (UM) selepas  dihalau dari rumah sewa kerana tidak mempunyai pendapatan akibat  Covid-19.
Katanya, kejadian berlaku ketika kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.
“RUU ini sepatutnya dibentang April lalu. Saya bagi contoh ada  seorang ibu yang tinggal di kawasan Batu dihalau dari rumah kerana gagal  membayar sewa kesan tidak ada pendapatan akibat Covid-19, ibu tersebut  terpaksa tinggal dengan anaknya di kampus di UM, sepatutnya RUU ini  dibentang ketika itu,” katanya.
Katanya, banyak lagi isu lain yang sepatutnya boleh dibincangkan bagi  merungkai pihak yang terkesan ketika kerajaan melaksanakan PKP akibat  Covid-19 pada Mac jika RUU tersebut dibentang lebih awal.
Kenyataan Fahmi turut disokong Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh)  apabila turut membangkitkan isu kehilangan kerja, pengangguran termasuk  banyak syarikat terpaksa ditutup akibat Covid-19.
Sementara itu, Azizah Dun (PPBM-Beaufort) tidak menganggap  RUU tersebut lewat dibentang di Parlimen kerana kerajaan Perikatan  Nasional (PN) sudah bertindak lebih awal dalam membantu rakyat termasuk  memulih ekonomi.
“Kerajaan PH mengambil langkah proaktif, membantu rakyat dengan  memberi peruntukan demi peruntukan, menerusi pakej rangangan ekonomi,”  katanya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/ruu-covid-19-pembangkang-minta-kerajaan.html