Tersebar Che Ta Zain Saidin Bakal Cerai
Tersebar...Che Ta-Zain Saidin Bakal Cerai?
Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan terkejut apabila dia didakwa bakal memfailkan perceraian terhadap suaminya,
Zain Saidin. Foto Instagram @rozitachewan1
AKTRES Rozita Che Wan terkejut apabila timbul khabar angin rumah tangganya dengan Zain Saidin berhadapan masalah
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 45, turut menafikan dia adalah individu yang didakwa bakal memfailkan perceraian di mahkamah syariah
“Saya terkejut apabila ditanya oleh pengurus saya berkaitan perkara itu. Informasi itu tidak benar atau salah artis
“Fakta-fakta yang mungkin diberikan tentang artis itu... bukan saya seorang sahaja yang ada anak menerusi perkahwinan dahulu
Rozita nafi dirinya individu yang dikhabarkan bakal fail perceraian.
“Saya tidak ke mahkamah syariah tapi saya akan ke mahkamah tinggi atas urusan tuntutan berkaitan perniagaan,” ujarnya kepada mStar Online
Rozita ditemui pada majlis Anugerah Nona Superwoman 2018 anjuran majalah Nona yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby pada malam Selasa
Pada minggu lalu, sebuah portal mendedahkan rumah tangga seorang pelakon wanita bergolak dan aktres itu sudah melantik peguam untuk menguruskan perceraiannya
Bagaimanapun, pasangan yang didakwa sering bercuti ke luar negara itu dapat menyelesaikan masalah tersebut disebabkan faktor anak
Dalam pada itu, Rozita menambah, hubungannya dengan Zain berada dalam keadaan baik namun sebagai suami-isteri mereka juga melalui detik pasang surut seperti pasangan lain
Zain dan Rozita bakal menyambut ulangtahun perkahwinan ke-5 pada 11 Disember ini.
“Hubungan rumah tangga saya tidaklah boleh kata bahagia sampai 110 peratus tapi 99 peratus tu ada laa. Biasalah rumah tangga pasti ada pasang surutnya
“Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri,” ujarnya
Rozita dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia empat tahun
Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 22, dan Aniq Ezzra, 20, hasil perkahwinan pertamanya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bulletinsaya.blogspot.com/2018/12/tersebarche-ta-zain-saidin-bakal-cerai.html