Tersalah Solat Bersama Jemaah Yang Telah Selesai Solat Berjemaah



SOALAN:
Apakah hukum jika saya tersalah solat berjemaah bersama dengan jemaah yang saya sangka masih berimam, tetapi setelah itu saya mendapati bahawa mereka sebenarnya telah selesai? Apakah saya perlu menyambung solat saya atau memulakannya semula?

JAWAPAN:
Rasulullah SAW memerintahkan umatnya supaya mendirikan solat dan menggalakkan mereka untuk mendirikannya secara berjemaah. Firman Allah SWT:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah: 43)

Disamping itu, dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
“Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.” [Riwayat Muslim (1509)]

Di dalam riwayat lain menyebutkan:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ وَحْدَهُ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ جُزْءًا
“Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat kalian yang secara bersendirian sebanyak 25 bahagian.” [Riwayat Muslim (1504)]

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa sama ada 25 atau 27 bahagian adalah berdasarkan keadaan solat dan orang yang menunaikannya. Ada yang dapat 25 darjat dan ada yang dapat 27 berdasarkan kesempurnaan solatnya dan sejauh mana dia menjaga solat secara berjemaah. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/183)

Berbalik kepada persoalan yang ditanya, hukum tersalah solat bersama dengan jemaah yang sudah selesai berjemaah dengan imam adalah tidak sah dan wajib untuk diulang semula solatnya. Ini kerana kaedah fiqh menyebutkan bahawa;

لَا عِبْرَةَ بِالظّنّ البَيّن خَطَؤُهُ
“Tidak diambil kira dengan andaian-andaian yang sudah jelas kesalahannya.”

Hal ini bermaksud jika seseorang itu menyedari bahawa dia tersalah mengikut jemaah yang imamnya sudah selesai menunaikan solat, maka tidak boleh dia mengandaikan lagi bahawa solatnya adalah sah mengikut imam dan meneruskan solat.

Sheikh Ba’lawiy dalam membincangkan berkaitan perkara ini di dalam kitabnya Bughyat al-Mustarsyidin menyebutkan bahawa:

مَسْأَلَة: رَأَى جَمَاعَةً يُصَلُّونَ فَظَنَّ أَنَّهُم مُقْتَدُونَ بِإِمَامٍ وَلَمْ يَدْرِ أَيَّهُم هُوَ فَصَلَّى مَعَهُم، ثُمَّ تَبَيَّنَ أَنَّهُم مُنْفَرِدُونَ وَجَبَتْ الِإعَادَة
“Seseorang melihat jemaah sedang mendirikan solat dan menyangka bahawa mereka sedang solat berjemaah dengan mengikuti imam, namun dia tidak tahu siapakah dalam kalangan mereka itu yang menjadi imam, lalu dia solat bersama mereka. Walau bagaimanapun, selepas itu dia mendapati bahawa mereka sebenarnya solat secara bersendirian. Oleh itu, maka wajiblah keatas dia untuk mengulangi kembali solatnya tersebut.” (Rujuk Bughyat al-Mustarsyidin: 92)

Disamping itu juga, Imam Ramli menyebutkan di dalam fatwanya bahawa:

سُئِلَ عَمَّنْ رَأَى جَمَاعَةً يُصَلُّونَ فَظَنَّ أَنَّهُم مُقْتَدُونَ بِإِمَامٍ وَلَمْ يَدْرِ أَيَّهُم هُوَ فَاقْتَدَى بِهِ وَصَلَّى مَعَهُم، ثُم تَبَيَّنَ كَوْنُهُم مُنْفَرِدِينَ فَهَلْ تَجِبُ إِعَادَةُ صَلَاتِهِ أَمْ لَا؟ فَأَجَابَ بِأَنَّهُ تَجِبُ إِعَادَةُ صَلَاتِهِ
“Ditanyakan tentang seseorang yang melihat jemaah sedang mendirikan solat dan menyangka bahawa mereka sedang mendirikan solat jemaah dengan mengikuti imam namun dia tidak mengetahui siapakah dalam kalangan mereka itu yang menjadi imam, lalu dia mengikuti mereka dan solat bersama mereka. Walau bagaimanapun, selepas itu dia mendapati bahawa mereka sebenarnya solat secara bersendirian. Soalannya, adakah wajib dia mengulangi solatnya tersebut ataupun tidak? Maka Sheikh menjawab bahawa dia wajib mengulangi semula solatnya tersebut.” (Rujuk Fatwa al-Ramli fi Furu’ al-Fiqh al-Syafie: 136)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyatakan bahawa hukum tersalah solat bersama jemaah yang disangka mengikuti imam tapi sebenarnya masbuq dan telah selesai jemaah mereka bersama imam adalah tidak sah. Justeru itu, hendaklah saudara yang bertanya tidak meneruskan solatnya dan hendaklah mengulangi kembali solat yang dilakukan tersebut.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya untuk kita melaksanakan ibadah kepada-Nya dengan ikhlas dan sebaik-baiknya. Amin. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/10/tersalah-solat-bersama-jemaah-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Solat Jemaah Walau Berkaki Palsu Lelaki Sujud Atas Sejadah Buat Netizen Sebak

Video Solat Jemaah Walau Berkaki Palsu Lelaki Sujud Atas Sejadah Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 444 hits
Bagi orang Muslim solat adalah tiang agama Setiap muslim wajib mengerjakan solat 5 waktu yang merupakan satu ibadah yang dituntut dalam Islam Ibadah 5 waktu perlu ditunaikan termasuklah golongan yang cacat anggota ataupun lebih sopan dipang...
Apa Alasan Korang Untuk Tak Solat Lelaki Kaki Robot Tunai Solat Jemaah Di Masjid Buat Netizen Sebak

Apa Alasan Korang Untuk Tak Solat Lelaki Kaki Robot Tunai Solat Jemaah Di Masjid Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 470 hits
Tular sebuah video di laman media sosial tentang rakaman seorang lelaki yang menggunakan kaki mekanikal sambil menunaikan solat Video berdurasi 25 saat itu benar benar menyentuh hati netizen Kekurangan yang dimiliki inidvidu terbabit langsu...
Nak Tarik Generasi Muda Masjid Ini Beri Wang Saku Untuk Semua Pelajar Sekolah Solat Subuh Berjemaah Di Masjid

Nak Tarik Generasi Muda Masjid Ini Beri Wang Saku Untuk Semua Pelajar Sekolah Solat Subuh Berjemaah Di Masjid

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 315 hits
Bukan senang untuk bangun subuh apatah lagi menunaikan solat Subuh berjemaah kan Jangan kata angkat selimut angkat kelopak mata pun berat Kalau mak mak tak kejut ramai yang tak bangun atau terlewat bangun lah jawabnya Bangun awal pagi ni ba...
Cukup 7 Kali Baca Surah Ini Selesai Solat Dijamin Allah Melepaskan Kesusahanmu

Cukup 7 Kali Baca Surah Ini Selesai Solat Dijamin Allah Melepaskan Kesusahanmu

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 344 hits
Cukup 7 Kali Baca Surah Ini Selesai Solat Dijamin Allah Melepaskan Kesusahanmu Dijamin Allah akan melepaskan kesusahanmu dan melancarkan rezekimu Hidup dirundung kesusahan disempitkan rezeki sudahkah Menyemak diri anda Cukup 7 Kali Baca Sur...
Solat Jemaah Baca Al Quran Bersama Hati Suami Makin Cinta Pada Isteri

Solat Jemaah Baca Al Quran Bersama Hati Suami Makin Cinta Pada Isteri

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 652 hits
Isteri memerlukan perhatian daripada suaminya Benar mungkin ada teman rapat yang lain boleh berkongsi cerita tetapi tidak sama dengan kehadiran suami di sisi Tidak perlu buat apa pun dengan hanya meluangkan masa bersama isteri dan mendengar...
Diduga Aliran Sesat Hingga Aktivitas Asusila Antar Jemaah Warga Dan Tni Polri Gerebek Kelompok Ini

Diduga Aliran Sesat Hingga Aktivitas Asusila Antar Jemaah Warga Dan Tni Polri Gerebek Kelompok Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 214 hits
Sejumlah warga gerebek kelompok diduga sebar aliran sesat yang diduga kelompok sebar aliran sesat tersebut yakni Majelis Rasulullah Assabatu Sahabah Diyakini warga Majelis Rasulullah Assabatu Sahabah beraliran sesat dan membuat sejumlah war...
Demi Selfie Bareng Jemaah Putri Pria Di Sukoharjo Pakai Jilbab Dan Cadar

Demi Selfie Bareng Jemaah Putri Pria Di Sukoharjo Pakai Jilbab Dan Cadar

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 273 hits
Indratmoko pria di Sukoharjo menyamar dengan memakai jilbab dan cadar agar bisa mendekati jemaah perempuan Aksi tersebut dilakukan Indratmoko di Masjid Agung Baiturrahman Sukoharjo Kasatreskrim Polres Sukoharjo AKP Gede Yoga menuturkan peri...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi