Nak Tarik Generasi Muda Masjid Ini Beri Wang Saku Untuk Semua Pelajar Sekolah Solat Subuh Berjemaah Di Masjid
Bukan senang untuk bangun subuh apatah lagi menunaikan solat Subuh berjemaah, kan? Jangan kata angkat selimut, angkat kelopak mata pun berat. Kalau mak-mak tak kejut, ramai yang tak bangun atau terlewat bangun lah jawabnya.
Bangun awal pagi ni banyak manfaatnya. Di samping mempunyai lebih masa untuk melakukan rutin atau kerja pada hari tersebut, kita juga akan berasa lebih positif dan produktif.
Bukan tu saja, anak-anak bersekolah pun boleh dapat wang saku percuma dari pihak masjid.
Eh, biar betul?
Ya, pelajar sekolah yang hadir solat Subuh berjemaah akan mendapat duit belanja pada hari tersebut. Tapi ini untuk mereka yang ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, KL lah. Kalau anda tinggal di tempat lain, boleh lah cadangkan idea ini pada jawatankuasa masjid daerah masing-masing untuk buat juga.
Menurut Ketua Pentadbir Masjid, Ustaz Mohammad Akmal B Abdul Aziz, program ini bermula sejak 7 Oktober lalu untuk menarik anak muda hadir solat Subuh di masjid yang mana secara tak langsung menawarkan kepada ibu bapa untuk turut bersama.
Amaun yang diberikan pun sesuai dengan keadaan semasa, RM 3 untuk pelajar sekolah rendah dan RM 5 untuk pelajar sekolah menengah. Sangatlah membantu ibu bapa, kan? Bayangkan kalau sebulan penuh berjemaah di masjid, bukan sahaja dapat membantu kewangan keluarga, malah membentuk disiplin pelajar.
Pelajar hanya perlu memakai uniform sekolah dan pergi berjemaah untuk mendapatkan manfaat ini. Insentif ini diberikan pada setiap hari persekolahan iaitu setiap Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum.
Untuk makluman, dana program ini merupakan hasil sumbangan ahli kariah dan korporat kepada masjid berkenaan.
Dan jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada program bermanfaat masjid ini, bolehlah sumbangkan melalui Bank Islam Malaysia Berhad : 14229010005272 (Masjid Saidina Umar Al-Khattab).
Kredit: Facebook Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Jom hebahkan berita ini beramai-ramai. Moga sampai manfaat untuk anak-anak dan keluarga kita bila idea ini dilaksanakan di tempat masing-masing.
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Usaha dan kesedaran ini mungkin kecil tetapi nilainya untuk jangka masa panjang akan membentuk akhlak anak-anak ini ke arah yang lebih baik insyaAllah.”
Tahniah adik-adik!
Sejuk hati dan kagum tengok mereka. Usia muda pun dah mampu berjemaah Subuh di masjid. Ini pasti hasil didikan mantap ibu bapa mereka. Tahniah mak ayah!
Oh ya, terima kasih dan tahniah juga buat pengurusan masjid atas inisiatif yang baik ini.
Gambar: FB Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Gambar: FB Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Gambar: FB Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Moga mereka semua menjadi anak soleh, solehah dan berguna untuk agama, masyarakat serta negara. Aamin.
Sumber: Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/10/11/nak-tarik-generasi-muda-masjid-ini-beri-wang-saku-untuk-semua-pelajar-sekolah-solat-subuh-berjemaah-di-masjid/