Terrapuri Heritage Village Lost Malay Kingdom



"Land Of Palaces" atau lebih dikenali sebagai Terrapuri ("Terra" adalah tanah dalam bahasa Latin & "Puri" pula adalah istana dalam bahasa Sanskrit) merupakan sebuah projek yang memulihkan 29 rumah antik Melayu berusia antara 150-200 tahun

Diapit oleh Laut China Selatan dan sungai bakau Setiu Wetland, resort Terrapuri  yang terletak di di Kampung Mangkuk di Setiu telah benar-benar membangkitkan rasa sebenar tentang kehilangan sebuah kerajaan Melayu lama (lost Malay kingdom). Lokasi ini terletak kira-kira 50 km dari Kuala Terengganu. Untuk datang ke sini lebih mudah melalui jalan lama (Jalan Pantai)


Terbentang di atas tanah seluas 4.05 hektar, Terrapuri mempunyai 29 buah rumah kayu antik tulen yang mencerminkan seni bina Melayu Terengganu klasik dan dikatakan telah dibina dan wujud kira-kira 150 hingga 250 tahun yang lalu


Dua puluh buah dari rumah tersebut telah dibina kembali (dipulihkan) menjadi sebagai villa untuk tetamu menginap, manakala baki sembilan buah darinya telah dijadikan sebagai reception counter, spa, bilik mesyuarat, perpustakaan dan kemudahan lain di Terrapuri, yang dibuka pada tahun 2012

ASAL USUL RUMAH 

Encik Alex telah mengambil masa selama 18 tahun untuk mengumpul semua 29 buah rumah dan menempatkan kesemuanya di Terrapuri Heritage Village. Rumah ini kebanyakannya milik bangsawan pada zaman dahulu dan menjadi sebagai rumah pusaka. Encik Alex telah memutuskan untuk membeli dan mengumpul beberapa rumah ini untuk menjaga budaya dan sejarah hidup untuk generasi akan datang.


Berikut merupakan beberapa info ringkas yang boleh saya kongsikan berkaitan dengan rumah-rumah yang ada di sini. Rumah klasik Terengganu (Rumah Bujang & Rumah Bujang berserambi) mempunyai ciri seperti rumah Kemboja dan Thailand. Dibina sepenuhnya dari kayu Cengal (Neobalanocarpus Heimii), dinding, pintu, tingkap dan gubalan terdiri daripada panel kayu berasingan yang dipasang bersama dengan sendi kayu yang dipegang oleh pasak (kayu pasak) dari kayu penaga.Hebatnya!! Tiada satu paku pun digunakan, oleh itu keseluruhan struktur boleh rombak dan disusun kembali. Rumah itu boleh dipasang dengan mudah atau dibongkar dan bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.Setiap rumah tidak pernah mempunyai ukuran yang sama. Ini adalah kerana pada zaman dahulu, rumah-rumah diukur berdasarkan panjang lengan wanita (isteri / ibu). Dari sini, mereka akan mencari pusat yang kemudiannya menempatkan "tiang seri" atau tiang utama.Rumah-rumah dibina tinggi untuk mencegah daripada banjir. Tiang itu dibina tebal dan kukuh agar tidak terjatuh apabila gajah menggeselkan badannya pada tiang rumah.Beberapa rumah disini ini mempunyai ukiran berhampiran serambi mereka dengan tulisan khas mengenai falsafah Melayu.Jenis rumah di sini termasuk Rumah Kedai Buluh, Rumah Paloh, Rumah Belukar Titian, Rumah Tasek, Rumah Dusun, Rumah Binjai Rendah, Rumah Tembakang, Rumah Gelugor Raja, Rumah Seberang Takir, Rumah Jeram, Rumah Kubang Jela, Rumah Nibong, Rumah Pulau Musang , Rumah Pengkalan Kubu dan Rumah Sungai Mas.Rumah yang diambil di serata Terengganu seperti Jeram Tepoh, pulau Bahagia, Pulau Duyong, Losong, Pulau Manis, Gelugor Raja, Seberang Takir, Binjai Rendah dan Kedai Buluh 
RUMAH PENGKALAN KUBU

Rumah yang saya stay di dipanggil Rumah Pengkalan Kubu. Ianya dikatakan asal dari rumah petani. Jadi hiasan dalaman dan luar juga disepadankan dengan tema lifestyle sebenar seorang petani. Setiap rumah yang dibina disini adalah berbeza antara satu sama lain.


Setiap rumah dilengkapi dengan kemudahan peti sejuk, kemudahan membuat kopi dan teh, kain batik, pengering rambut, sandal pandanus dan air mineral percuma. Alhamdulillah, dalam almari rumah kami juga disediakan sejadah dan senaskah Al-Quran. Walaupun rumah lama ini sudah mempunyai sistem pengudaraan yang natural dan bagus, mereka tetap meletakkan penyaman udara untuk memberi lebih keselesaan kepada mereka yang menginap di sini.


Rumah ini dilengkapkan dengan dua (2) katil single yang betul-betul klasik. Memandangkan kita berada di kampung, maka kelambu adalah harus untuk mengelakkan kita di gigit nyamuk ketika tidur. Bagi korang yang tidak sukakan kelambu, mereka juga ada sediakan ubat nyamuk elektrik


Bilik mandinya cukup luas dan lengkap. Selain dari tab mandi kayu yang begitu klasik, mereka juga ada menyediakan air pancuran hujan. Pastikan langsir ditutup rapat untuk elak korang di intai semasa mandi. hehehe


Walaupun rumah itu sendiri merupakan rumah tradisional, kemudahan dalamannya adalah setengah tradisional, setengah moden. Jadi hanya kerana rumah lebih dari 100 tahun tidak bermakna bahawa setiap bahagian mesti antik. Akan tetapi, medium telekomunikasi seperti TV dan telefon tidak terdapat di kampung warisan ini untuk mewujudkan suasana kampung sebenar

Walaupun kos penginapan di Terrapuri bermula antara RM400 dan lebih tinggi untuk satu malam, ia sangat bernilai kerana pemiliknya telah menghabiskan banyak wang dan masa memulihkan rumah untuk menjadikannya tempat yang paling indah di Terengganu ni. Bukan mudah untuk menjaga sesuatu yang begitu antik 100 tahun lamanya seperti ini. Masa terbaik untuk tinggal disini adalah apabila ia berada di luar musim sibuk. Tidak terlalu ramai guest dan harga pon mungkin rendah

Bagi mereka yang tidak mempunyai bajet untuk menginap di sini, korang juga berpeluang untuk masuk dan menikmati keindahan Desa Warisan ini. Hanya dengan bayaran RM 22, korang boleh akses ke dalam resort ini selama 1 jam beserta dengan refreshment. Amacam! Murah bukan? Selain dari itu, Terrapuri turut membuka pintu resort mereka untuk photo shoot perkahwinan dengan bayaran sebanyak RM500 untuk setengah hari

KAMPUNG MANGKUK, PENARIK
Bertentangan dengan desa warisan ini, hanya dengan berjalan kaki sahaja, korang boleh menikmati keindahan sebenar suasana kampung yang berada di persisiran pantai. Tempat yang bersih dan banyak pokok-pokok kelapa yang hidup subur tinggi melambai. Dari sini juga kita mampu untuk melihat keindahan pulau-pulau yang ada di sekitarnya seperti Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulau Cepu, Pulau Redang dan Bidong yang jauh di tengah laut



Terrapuri Heritage VillageKampung Mangkuk, Penarik, 22120 Setiu, Terengganu
Phone : +6 09 - 6245020 / +6 09 - 6312081Email : [email protected] : www.terrapuri.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2019/08/terrapuri-heritage-village.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chinese Fber Call On Non Malay Bumiputera To Assimilate

Chinese Fber Call On Non Malay Bumiputera To Assimilate

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 413 hits
Until all races can drop their defence for their own race and start assimilating the Malay bumiputera agenda can only and should be intensified This is unhealthy for the country Yet everyone is pointing fingers to each other s races As long...
Eye On Malay Show Of Force

Eye On Malay Show Of Force

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 249 hits
PAS and Umno will soon ink their unity charter at a mammoth gathering that will signal their clout but which will likely put off the non Malays Joceline Tan The Star SUMMER is almost over but Malaysia s long hot summer will drag on for a wh...
Yoursay Don T Allow Bigotry To Hijack Malay Minds

Yoursay Don T Allow Bigotry To Hijack Malay Minds

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 161 hits
YOURSAY and keep them in perpetual fear of everybody and everything Anonymous 4031c Controversial Muslim preacher Dr Zakir Naik has attracted a large following and will easily be able to influence his Muslim followers even if they don t und...
Utusan End Of A Malay Pride

Utusan End Of A Malay Pride

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 244 hits
MY heart goes out to Utusan workers who had struggled to revive Malaysian oldest newspaper from folding down bracing a no salary period for a few months and having to beg some monies to make ends meet Sad to say that the Malays in Pakatan H...
1969 Dr Mahathir Tulis Malay Dilemma Untuk Tagih Sokongan Melayu 2019 Dr Mahathir Gunakan Tulisan Jawi Pula

1969 Dr Mahathir Tulis Malay Dilemma Untuk Tagih Sokongan Melayu 2019 Dr Mahathir Gunakan Tulisan Jawi Pula

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 566 hits
Kenyataan Dr Mahathir Bahawa Dong Zhong Rasis Hanyalah Untuk Menarik Kembali Sokongan Orang Melayu The Malay Dilemma adalah retorik pembohongan sulong Dr Mahathir dalam menyelamatkan karier politik beliau Hilang kemasyhuran hilang kebanggaa...
We Need A Saddam Hussein In Malaysia Says Asri In Hitting Out At Anti Malay Voices

We Need A Saddam Hussein In Malaysia Says Asri In Hitting Out At Anti Malay Voices

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 289 hits
He said it was time that authorities rein in leaders from among the minority communities who question the Malay dominance in an attempt to undermine the country s national character Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin has defended his rema...
Iceland Commemorates First Glacier Lost To Climate Change

Iceland Commemorates First Glacier Lost To Climate Change

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 172 hits
The Spencer Glacier collapses forming a big wave moments before it crashes into a kayaker in Alaska US on Aug 10 in this still image taken from a video obtained from social media Reuters photo REYKJAVIK Iceland yesterday honours the passing...
Robbed By Phone Calls How I Lost Rm95 000

Robbed By Phone Calls How I Lost Rm95 000

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 213 hits
It was an ordinary day after work I was having my evening nap as I was a bit under the weather when suddenly my home phone rang I answered the call I heard Nombor anda menyalahi undang undang telekomunikasi dan akan diberhentikan sila tekan...
Sakit Hati Motif Pegawai Restoran Tusuk Rekan Kerja Di Mall Pluit Village

Sakit Hati Motif Pegawai Restoran Tusuk Rekan Kerja Di Mall Pluit Village

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 233 hits
Rahmat mengatakan sebelum kejadian itu pelaku telah mempunyai masalah dengan rekan rekan lainnya Di mana pelaku pernah melakukan pemukulan sesama karyawan
Johor Apa Yang Menarik Di Iskandar Puteri

Business Marketing For Success

Ayam Madu Sira Masak Guna Resipi Ni Memang Sangat Sedap

Andika Putera Biodata Usahawan Kacak Geng Old Money

Ikan Siakap Masak Berlada

Biarkan Aku Menangis

Apa Itu Old Money Memahami Konsep Old Money Dan Keistimewaannya Yang Unik

Lirik Lagu Nombor 1 Sleeq


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


We Buy Small To Medium Sized Companies

Breakfast Hari Ini

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Wings Mayang Sulit Chord

Siti Nurhaliza Sejarah Chord